SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, July 2, 2012

PEMILIK LESEN JURUTERBANG JUAL BURGER (NO MORE JOB GUARANTEE)

Kos latihan bagi memperoleh kelayakan Sijil Juruterbang Profesional (Certificate of Pilot License, CPL)  di lapan buah sekolah penerbangan dalam negara mencecah RM200k, tetapi dilaporkan bahawa sudah terdapat 1,000 orang juruterbang bertauliah masih menganggur. Sejumlah 354 orang lulusan sekolah penerbangan tamat latihan setiap tahun, lalu harus bekerja sambilan dalam bidang lain seperti operator kilang, penjual burger dan seumpamanya. Dalam bahasa ekonomi, fenomena ini dikenali sebagai lebihan penawaran, iaitu penawaran calon juruterbang melebihi permintaan oleh syarikat penerbangan.

Kerjaya sebagai juruterbang di kebanyakan negara masih terhad kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan. Sebagai contoh, di Malaysia, syarikat penerbangan yang ada ialah Sistem Penerbangan Malaysia (Mas) dan AirAsia, serta anak syarikat masing-masing. Selain itu, terdapat pasukan tentera udara, unit helikopter polis dan bomba, serta unit kargo syarikat swasta tertentu. 

Khidmat juruterbang untuk jet, helikopter atau pesawat persendirian juga begitu terhad dan eksklusif. Tambahan pula, pengambilan juruterbang peribadi biasanya mengutamakan juruterbang berpengalaman, bukan "budak" baharu lulus sekolah penerbangan. Pendek kata, pengisian jawatan juruterbang lebih cepat tepu berbanding dengan kerjaya profesional yang lain.

Untuk merebut tempat di negara asing juga membabitkan persaingan yang sengit. Banyak negara lain juga menghadapi masalah lebihan penawaran juruterbang bertauliah. Maka, pada akhirnya tidak semua lulusan sekolah penerbangan berjaya mencapai impian mereka dalam masa yang singkat.

Kerjaya sebagai juruterbang agak berbeza dengan bidang ikhtisas yang lain, justeru di dalam ruang kokpit pesawat, mereka harus ditemani oleh juruterbang kedua atau co-pilot. Jika dalam tempoh tertentu tidak memandu pesawat, seseorang juruterbang akan dikehendaki duduk di kerusi juruterbang kedua atau pembantu. Kalau pemilik lesen penerbangan yang sudah lama menganggur, bagaimana pula?

...

...

...

...

...

No comments: