SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, July 4, 2012

MAJLIS YASIN NISFU SYAABAN (THE MONTH OF CHARITY)

Kelang, Selangor: Rabu, 4.7.12 / 14 Syaaban 1433

Bertempat di sebuah masjid di Jalan Pasar dekat sini berlangsung majlis bacaan surah Yasin sempena ketibaan pertengahan bulan Syaaban yang menandakan Ramadan kian hampir. Majlis berlangsung antara waktu Maghrib dan Isyak, serta dihadiri oleh lebih daripada 100 orang jemaah. Bacaan Yasin dibuat sekali sahaja secara beramai-ramai, berbanding dengan amalan biasa iaitu sebanyak tiga kali ulang.
Sebelum bermula, tuan imam telah menyampaikan taklimat ringkas tentang tujuan malis diadakan. Tuan imam menyebut semula niat bagi setiap bacaan Yasin, iaitu kali  pertama untuk  panjang umur dalam mentaati Allah, kali kedua untuk diluaskan rezeki yang halal, dan ketiga untuk mati dalam iman (khusnul khatimah). Majlis dimulakan dengan selawat, surah al-Fatihah, serta diakhiri dengan tahlil ringkas dan doa.

Setiap jemaah yang hadir kemudian dihadiahkan dengan sebungkus nasi beriyani dan sebotol air mineral yang diuruskan oleh sebuah restoran bersebelahan dengan masjid. Hampir separuh daripada jemaah yang hadir terdiri daripada warga Bangladesh. Kehadiran mereka dialu-alukan sebagai saudara se-Islam. Rezeki mereka juga murah kerana sebahagian jemaah tempatan bermurah hati menghadiahkan pula bahagian mereka untuk dibawa pulang oleh warga Bangla, sama ada sebagai nasi tambah, hidangan sahur atau sarapan keesokan paginya.

Umat Islam digalakkan menggandakan segala amalan baik seperti berzikir, bersedekah dan berpuasa sunat sepertimana sunnah Nabi Salallahu Alaihi Wasallam. Bukan mudah untuk berpisah daripada aktiviti santai, bermalas-malas dan melayan pelbagai media. Mujahadah (perjuangan melawan hawa nafsu) mungkin mudah sangat disebut, tetapi begitu berat untuk dipindahkan dalam bentuk amalan.

Ganjaran pahala yang berganda disediakan kepada hamba Allah yang ikhlas dalam menjalani hidup beraqidah, bersyariat dan berakhlak. 

...

No comments: