SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, July 18, 2012

KEBENARAN TELEFON BIMBIT KEPADA MURID SEKOLAH (ARGUMENTS ABOUT GADGET IN SCHOOL)

Ura-ura supaya murid sekolah dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun hadapan dengan segera meraih perhatian pihak-pihak yang berkepentingan. Misalnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) telah mengeluarkan kenyataan media membantah cadangan berkenaan atas alasan tumpuan murid dalam proses pembelajaran bakal terjejas. Pihak yang menyokong pula berhujah tentang keselamatan kanak-kanak sekolah, terutama apabila dalam keadaan tertentu perlu menghubungi ibu bapa masing-masing dengan segera.

Cadangan membenarkan murid membawa telefon bimbit ke sekolah pernah diusulkan beberapa tahun yang lalu, tetapi dibatalkan justeru bantahan meluas yang diterima. Murid sekolah bukan sahaja tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, bahkan gajet lain seperti kamera, komputer, sebarang bentuk peranti mudah alih dan sebagainya, melainkan dengan kebenaran khas oleh pengetua. Kejadian muat naik rakaman peristiwa  sensitif tertentu yang berlaku di sekolah menerusi you tube dan facebook misalnya telah menyusahkan pihak berkuasa pendidikan, selain menimbulkan salah faham masyarakat tentang dunia persekolahan yang sebenar.

Dalam keadaan larangan pun, segelintir murid generasi Y berjaya "menyeludup" masuk telefon bimbit ke dalam kawasan sekolah, lalu membuat rakaman audio dan video secara sembunyi, kemudian dikongsi menerusi laman sosial internet. Perbuatan negatif murid seumpama itu merupakan ancaman terhadap keharmonian sekolah, malah mungkin menjatuhkan maruah warga sekolah, terutama murid dan guru. Kreativiti pengeluar telefon bimbit mengakibatkan pihak sekolah sukar untuk membezakan antara alat tulis biasa dengan telefon bimbit kerana kedua-duanya benar-benar persis.

Langkah yang mungkin munasabah jika kebenaran membawa telefon bimbit diteruskan ialah dengan syarat yang ketat seperti bon jaminan ibu bapa, telefon bimbit disimpan di pejabat sepanjang sesi pembelajaran dan sistem kawalan penggunaan telefon bimbit yang jelas. Peningkatan kos tempat penyimpanan telefon bimbit, serta tugas pihak sekolah yang bertambah berat perlu diambil kira. Tidak mustahil jika murid sekolah dan kawasan sekolah akan masuk dalam sasaran jenayah ragut dan pencuri kecil-kecilan.

Kepesatan perkembangan teknologi dan kemajuan pembaharuan mungkin boleh disekat buat sementara waktu sahaja, atau dalam jangka masa pendek. Penggunaan buku elektronik (e-book) seperti di sekolah-sekolah rendah seluruh negeri Terengganu misalnya telah menyebabkan larangan membawa peranti mudah alih elektronik seumpamanya telah dilonggarkan. Natijahnya, Terengganu telah berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan pencapaian peperiksaan awam buat beberapa tahun berturut-turut.

Pengenalan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) secara berperingkat-peringkat, serta peperiksaan secara atas talian mungkin lebih mudah dengan kebenaran membawa peranti mudah alih elektronik, termasuk telefon bimbit pintar dengan segala aplikasi terkini. Sekolah-sekolah awam mungkin akan tertinggal jauh di belakang sekolah swasta dan sekolah antarabangsa jika masih berpegang kepada kongkongan peraturan lama yang sudah tidak sesuai lagi. Persekitaran pendidikan yang begitu pesat berubah bukan sahaja menuntut semakan kurikulum yang lebih kerap, bahkan terhadap segala aktiviti dan penggunaan teknologi supaya mampu menjanakan modal insan minda kelas pertama yang berdaya saing di peringkat dunia, tetapi masih dalam lingkungan acuan jati diri Malaysia.

Sesuatu dasar atau keputusan besar seperti kebenaran membawa telefon bimbit ke sekolah perlu melepasi proses penggubalan dasar yang piawai termasuk pengumpulan data hujah bertentangan (dialektik), penyelidikan dan projek rintis. Dengan itu, segala bentuk ralat dan kesilapan akan dapat dianggarkan secara lebih tepat. Keputusan yang dibuat dengan bijaksana dan berhemat umpama menarik rambut daripada dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung pula tidak berserakan!

16 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam cikgu , saya lpasan stpm .. saya nak tnya ,pa sbjek wajib stpm ,, tapi kalau pa saya cuma dpat gred D+ , sdangkan sbjek lain mlepasi syarat ipta , adakah bkemungkinan akan dtrima ke ipta ? sbab saya buat rsearch klayakan ipta hnya mnerima gred C dlam PA .. Mohon pncerahan dlam mmbantu saya dftar UPU nanti .. terima kasih

cikgu azhar said...

W.salam aino izzatino

lebih baik hubungi terus upu untuk kepastian. juga hubungi uitm.

Ku said...

Salam cikgu bagaimana pulak dgn syarat kemasuksn fskulti kejuruteraan UTM adakah sukar krn ikut syarat min 2.8 sahaja

Ku said...

Dan cikgu adakah keputusan SPM Jg mrmpengaruhi pengiraan merit.. tq cikgu

cikgu azhar said...

W.salam ku zabedah ku bakar

layak memohon tetapi tertakluk kepada persaingan dengan oemohon yang lain

ya, mepengaruhi

Wallahu a'lam ...

Zulhusni Afiq said...

Assalamualaikum,ckgu..saya mendapat pointer 2.86 untuk sem 1 matrikulasi tetapi sya mendapat D+ untuk matematik,adakah saya layak untuk masuk ke ipta?

Zulhusni Afiq said...

Assalamualaikum,ckgu..saya mendapat pointer 2.86 untuk sem 1 matrikulasi tetapi sya mendapat D+ untuk matematik,adakah saya layak untuk masuk ke ipta?

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu,sy lepasan diploma keusahawanan di upsi, cgpa 3.72,muet band 3,spm 7a termasuk subjek prinsip akaun dan ekonomi,kecuali subjek bi D. Sy ingin mengetahui layak ke sy memohon kos perakaunan@kos ekonomi di UM@ukm??. Sy risau sy tidak mendapat mana2 tawaran di Ua utk ambilan september 2018.

cikgu azhar said...

W.salam

Zul Husni: semoga dapat membaiki gred matematik sem 2. jika tidak kena memohonkursus bukan sains seperti pengajian bahasa asing (u m, upm), sains pentadbiran (uitm), keusahawanan (umk), sains kreatif (uum)dan banyak lagi.

Anon: permohonan ke semua RU (ukm, um, upm, usm, utm) sangat sengit, kecuali pengambilan terus (tanpa subsidi yuran). cuba umt, uum, upsi, uitm

Wallahu a'lam ...

Zexuan said...

Cikgu, saya lepasan stpm dengan result 3.0,muet band 4,aliran sains. Saya apply architecture dan biomedical science kat upm, ukm, utm. Boleh saya masuk RU dengan result saya?

sukasuka said...

Cikgu boleh pelajar tingkatan 6 membawa telefon di sekolah/kelas

cikgu azhar said...

maaf zexuan. terlepas pandang

unknown: tertakluk kepada peraturan sesebuah sekolah / kolej pra-u

No shit said...

cikgu what school are you from???

Lalisa manoban said...

This karangan is really good...hope it could help me on my examination