SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, November 24, 2012

NOVEL 'SUTERA DALAM LUKISAN' KOMSAS TINGKATAN 5 (THE HIDDEN TRUTH)

Pengenalan

Sebuah lagi novel komponen sastera tingkatan 5 ialah 'Sutera Dalam Lukisan' (SDL) karya Abdul Talib Mohd Hassan, 65, guru yang berasal dari Teluk Intan dan mendapat pendidikan sepenuhnya juga di Teluk Intan, Perak. Novel SDL merangkumi 20 bab, setebal 329 halaman an turut memuatkan glosari perkataan yang mungkin asing bagi murid sekolah pada muka surat 330 - 331.

Nama panggilan watak utama novel SDL, Bujei hanya disebut buat pertama kali pada muka surat 14, manakala nama penuh Bujei, iaitu Mohamad Hafiz hanya ditemui pada halaman 94. Ilustrasi wajah Bujei tertera pada halaman 11 (ketika cuba menyelamatkan ibunya, Fatimah) dan halaman 40 (ketika pertama kali bersua dengan Adila yang ditemani oleh Same'ah, sepupunya). Kulit hadapan novel dihiasi dengan linangan air mata seorang gadis, barangkali Adila, watak utama kedua (heroin) dalam naskhah SDL, anak Kuala Lumpur  yang mendapat pendidikan tinggi di England, tetapi membawa diri ke rumah sepupunya untuk merawat hati yang terluka. 
Tema

Sinopsis / Kandungan

Novel SDL berkisar tentang kisah Bujei atau Mohamad Hafiz yang mengalami penderitaan akibat penderaan bapa tirinya, Harun dan cemuhan orang kampung yang menganggap dirinya kurang akal dan tidak normal. Kehadiran Adila telah membatu Bujei kembali menemui harga diri dan jati diri yang telah hilang sebelumnya. Walaupun hidup sebatang kara, Bujei masih mendapat simpati keluarga Tuk Sidang Saman, anaknya Same'ah, Samsul dan isterinya Mak Lamah. 

Binaan plot

Permulaan

Perkembangan

Konflik

Puncak / klimaks

Peleraian


Teknik plot / penceritaan

Sudut pandangan orang ketiga

Imbas kembali

Monolog dalaman

Dialog / perbualan

Kejutan / saspens

Unsur lucu / mencuit hati / kelakar

Latar tempat

Tepi sungai kecil: tempat yang selalu dikunjungi oleh Bujei untuk berehat dan mengenang nasib dirinya.
                           Bujei disergah oleh Tuk Sidang Saman kerana dia membenamkan diri ke dalam air separas
                           betis itu. Sangka Bujei Alias yang datang.

Rumah arwah nenek Bujei: Bujei menyuap pisang berangan sambil menonton televisyen yang tidak berfungsi,
                                         dan mendngar radio tanpa bunyi (rosak).

Simpang berhampiran jambatan:  Bujei menunggu kalau ada pelawaan untuk dia bekerja menoreh getah.
                                               :  Dapat minum kopi, makan bengkang dan dua sudu mi goreng sebagai upah
                                                  membawa beg Kasim, Sulaiman, Sani dan Husin.

Kedai makan Pak Sulong:  Bujei mundar-mandir sambil berharap ada orang yang sudi mempelawanya bersarapan

Rumah Alias: Bujei membasuh motosikal Alias dengan harapan mendapat upah seringgit. Alias mungkir janji,
                     tetapi Mak Som kasihan dengan Bujei, lalu memberi seringgit dan juga sarapan.

Rumah Sidang Saman:  Adila berbual dengan Same'ah tentang Bujei sambil menyiapkan bekas bunga telur untuk perkahwinan Same'ah.

Latar masa

Senja / hampir waktu Maghrib:  Bujei melayan perasaan di tepi sungai kecil
                                      :  Bujei dibelasah hingga pengsan oleh Harun kerana merosakkan dokumen serahan harta arwah Fatimah.

Rembang / tengah hari:  Bujei disergah oleh Samsul ketika hendak memetik buah betik di kebun Sidang Saman.

Lewat rembang / petang:

Malam:  Majlis perkhawinan Same'ah berlangsung. Hadirin terpegun dengan alunan lagu 'Bahtera Merdeka' oleh Bujei.

Pagi: Adila meminta penjelasan Same'ah tentang dakwaan Alias kononnya Bujei berpenyakit kulit dan maniac. Sebaliknya,
         cerita Same'ah tentang kisah lucu Bujei dengan putik nanas yang disangka bom oleh Alias dan orang kampung.

Watak dan perwatakan

Watak utama: Bujei / Mohamed Hafiz
                    : Adila binti Dahlan

Watak sampingan:  Same'ah
(protagonis)         :  Sidang Saman
                           :  Mak Lamah
                           :  Samsul
                           :  Saniah
                           :  Mak Som (ibu Alias)
                           :  Wak Senen (pembeli tanah pusaka Bujei tanpa dokumen)

Watak sampingan:  Harun
(antagonis)          :  Alias
                          :  Opah Arah
                          :  Sahak
                          :  Sani
                          :  Faizal / bekas kekasih Adila

Latar masyarakat

Nilai murni (kemanusiaan / kemasyarakatan)

Kasih sayang

Persoalan

Pengajaran

kbkk

1 comment:

Unknown said...

Assalammualaikum cikgu, minta maaf menganggu,saya sedang mencari semula karya-karya hasil tuan abdul latip hassan, saya tahu silibus pelajaran sekarang sudah tidak menggunakan buku tersebut, dan amat sukar bagi saya untuk mencari semula buku tersebut, andai pihak cikgu tahu di mana saya boleh mendapatkan buku Sutera Dalam Lukisan, setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan jikalau cikgu tidak keberatan untuk membantu saya.

Jika mesej ini mengganggu cikgu, mohon hiraukan dan saya minta maaf di atas segala kesulitan

Jika cikgu tidak keberatan, saya sertakan emel dan nombor saya di bawah ini untuk dihubungi:

afifahishak15@gmail.com - 018-218 9421

Terima Kasih banyak saya ucapkan.