Takrif permintaan
Kesanggupan seseorang membayar sesuatu barang (dan perkhidmatan) berdasarkan tingkat harga, kuantiti, pasar dan jangka masa tertentu.
Hukum permintaan
Dengan andaian faktor lain tidak berubah (
ceteris paribus), apabila harga naik, kuantiti diminta turun;
sebaliknya apabila harga turun, kuantiti diminta naik:
P↑, Q↓; P↓, Q↑
Hubungan antara kuantiti diminta dengan harga adalah songsang / negatif / bertentangan arah
Fungsi permintaan bagi menerangkan hukum
DD ialah
Dx = f(Px), c.p. ===> (
1)
dibaca sebagai: permintaan terhadap sesuatu barang hanya ditentukan oleh harga barang itu sendiri, ceteris paribus
Keluk permintaan
menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta bagi sesuatu barang
bercerun negatif
merujuk hukum permintaan dan fungsi permintaan (1) di atas, perubahan kuantiti diminta sebagai akibat perubahan harga barang itu sendiri digambarkan berdasarkan pergerakan titik / lokus di sepanjang keluk yang sama.
Kes harga naik / meningkat: kuantiti diminta turun / jatuh (labelkan Qo ke Q1 pada paksi Q)
: permintaan menguncup (labelkan titik A, B pada keluk)
Kes harga turun / jatuh: kuantiti diminta naik / meningkat (labelkan Qo ke Q1 pada paksi Q)
: permintaan
mengembang (labelkan titik A, B pada keluk)
(Perhatikan beza istilah
arah yang digunakan bagi setiap kes: naik - turun; meningkat - jatuh)
(Penyataan
saiz mestilah sama dengan label titik / lokus yang ditanda pada keluk dan paksi)
Peralihan keluk permintaan
perubahan permintaan berlaku akibat perubahan selain faktor harga barang itu sendiri
Dx = f(
Py,
Y, cita rasa, musim, jantina, dasar kerajaan,...., n); harga barang itu sendiri diandaikan tetap
Py = harga barang lain (barang pengganti, penggenap, neutral)
Y = pendapatan
ΔDD membabitkan peralihan keluk arah ke kanan (pertambahan DD) atau ke kiri (pengurangan DD)
Garis harga selari dengan paksi kuantiti. Dengan tingkat harga yang sama, kuantiti boleh jadi naik atau turun
Keluk DD asal dilabel sebagai DoDo, keluk permintaan yang baharu (beralih ke kanan atau ke kiri D1D1
Tugasan soalan aplikasi
Soalan aras mudah akan berbentuk langsung, iaitu terus kepada teori
Soalan aras lebih sukar dimasukkan jenis barang / hubungan barang
Rujuk kertas STPM 2005: bahagian C soalan 10
Tugasan menghendaki calon menjelaskan kesan kemelesetan ekonomi terhadap permintaan
Calon tidak perlu membazir masa dengan mengarang pendapat sendiri atau ulasan umum tanpa berpegang kepada teori. Teori yang diuji ialah perubahan permintaan, atau lebih khusus: pengurangan permintaan
Ekonomi meleset menyebabkan pendapatan pengguna merosot, iaitu kuasa beli mereka jatuh. Penentu lain diandaikan tidak berubah / malar / tetap
Penentu pendapatan merujuk selain faktor harga barang itu sendiri, atau Dx = f(Y), c.p.
Rangka esei
1 Rujukan teori: kemelesetan ekonomi menyebabkan pengurangan permintaan, iaitu keluk permintaan beralih ke kiri, manakala harga tetap
2 Gambar rajah: dua keluk DD, satu garis harga; labelkan semua keluk, lokus / titik
3 Huraian gambar rajah: keluk DD asal, Po, Qo; keluk DD baharu (sebelah kiri): P1, Q1
(nota: gunakan istilah kemelesetan dalam huraian, tetapi tidak perlu contoh)
...
...
...
No comments:
Post a Comment