SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, November 2, 2014

DUA SAYAP BAWA INSAN TERBANG TINGGI (PASSION AND PATIENCE)

Dalam perjalanan dari Parit ke Ipoh, semasa memandu kenderaan petang tadi, penulis blog sempat mengikuti slot Raudhah (Radio Nasional.fm) dan cermah agama Perak.fm. Raudhah berkisar tentang rahsia kecemerlangan mukmin menerusi penghayatan surah al-Asr. Ceramah di Perak.fm pula menampilkan pendakwah wanita selebriti (3 Ustazah dan Usrati Ikim.fm), Ustazah Norhafizah Musa.


sumber ambilan gambar di sini


Ustazah Norhafizah, pensyarah gred DS 45 Jabatan Kokurikulum, Kolej Sains dan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak, Kuala Lumpur memulakan ceramah dengan alunan lagu nasyid (dendangan asal kumpulan Inteam) dan mengakhirinya dengan zikir munajat (dendangan asal kumpulan Hijjaz). Ceramah dirakamkan di kediaman Menteri Besar Perak anjuran Pertubuhan Kebajikan Wanita Islam Perak sempena sambutan Maal Hijrah. Ibu kepada tujuh orang cahaya mata ini memiliki ijazah sarjana muda sastera bahasa Arab dari Universiti Yarmouk, Jordan dan sarjana psikoterapi dakwah dari Universiti Malaya (klik di sini).

Pada permulaan ceramah berkenaan, beliau juga memaklumkan tentang pengajian peringkat doktor falsafah dalam bidang yang sama (di Universiti Malaya). Sebagai seorang jurulatih pakar (master trainer), Ustazah Norhafizah memang petah berkata-kata bagi menangkap imaginasi khalayak. Ceramah motivasi dan kuliah ilmu beliau boleh diakses menerusi laman perkongsian fail audio video you tube.

Antara inti pati menarik dalam ceramah Ustazah Norhafizah ialah tentang sepasang sayap yang boleh membawa seseorang itu terbang tinggi dan tidak tersekat di takuk lama (status quo). Orang-orang yang suka mengeluh, merungut dan melayan perasaan negatif tidak akan ke mana-mana sementelah orang lain sudah jauh di hadapan. Sepasang sayap yang dimaksudkan ialah sabar dan syukur.

Sabar ialah rahsia kejayaan tertinggi dalam kalangan insan yang dimuliakan, iaitu para nabi dan sekalian pendakwah yang tersohor. Ciri sabar dimiliki oleh insan yang cenderung menghiasi peribadi dengan sifat terpuji atau mahmudah. Orang yang sabar tidak cepat buntu, tenggelam punca, gelabah, melatah dan naif terhadap sebarang cabaran yang dihadapi.

Penceramah sempat menegur sikap sebahagian masyarakat yang sangat berkira masa dengan Allah, misalnya sengaja menangguhkan ibadat solat fardu hanya kerana mendahulukan tugasan lain. Maka, keberkatan masa telah ditarik mengakibatkan orang yang berkenaan sentiasa dihambat dengan kesibukan yang tidak menentu, serta sering terperangkap dengan pembaziran masa. Dia mungkin selalu sahaja menghabiskan sebahagian masa berkualiti dalam kesesakan jalan raya.

Pengalaman peribadi insan yang sentiasa menjaga solat, termasuk solat sunat (misalnya dhuha) diberikan jalan keluar dari arah yang tidak disangka-sangka (seperti mafhum ayat at-Talaq, 67:2-3). Walaupun tidak pernah mengharapkan balasan, tetapi Allah telah memberi kemudahan kepada mereka dalam urusan harian seperti terhindar daripada kesesakan jalan raya, mudah mendapat ruang meletak kereta dan sebagainya. Rezeki mereka juga murah, kesihatan Alhamdulillah dan ada-ada sahaja pertolongan pada kala mereka sangat memerlukannya.

Insan yang bersyukur sentiasa bersangka baik terhadap al-Khaliq dan sentiasa rela berkongsi sebahagian rezeki yang dikurniakan dengan orang lain. Mereka terhindar daripada pesona panjang angan-angan, tamak, iri dan segala sifat tercela (mazmummah) yang lain. Semoga pendakwah selebriti di negara kita sanggup mempelbagaikan penyampaian risalah nubuwwah bukan sahaja kepada sasaran elit, bahkan perkhidmatan tanpa bayaran seperti program dakwah orang asli (DOA) oleh Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM ...

No comments: