SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, December 19, 2014

ISU PLURALISME BERGEMA LAGI DI MIMBAR JUMAAT (REFRESHING EXPERIENCE)

Sudah banyak kali khatib menyampaikan tajuk tentang LGBT (lesbian, gay, bisexual, transgender) yang dikaitkan pula dengan aliran sekular, hedonisme dan pluralisme. Kecelaruan sosial yang semakin mencemaskan itu dikhuatiri bakal meruntuhkan sendi kerukunan sosial yang cuba dibina selama ini. Maka, perhatian yang begitu besar pihak berkuasa hal-ehwal Islam, khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi teks khutbah Jumaat memang tepat (klik di sini).

Namun, bukan hal itu yang menjadi tumpuan penulisan ini. Penulis blog (PB) hanya ingin menceritakan semula pengalaman berhadapan dengan provokasi berkenaan dengan keteguhan aqidah yang wajib dipertahankan oleh umat. Barangkali orang lain juga pernah melalui cerita yang serupa.

Ketika di tingkatan enam rendah, PB dipanggil oleh guru bahasa Inggeris secara bersemuka di dalam kelas sementara rakan-rakan menyiapkan tugasan (jika tidak silap ingatan). Rupa-rupanya cikgu hendak bertanya (atau menguji) tentang kewujudan Tuhan dan semua agama baik. Tentang Tuhan memang tiada masalah kerana banyak perkara ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh pancaindera seperti angin, gelombang (caj elektrik) dan perasaan manusia.

Bab semua agama baik dan sama juga berjaya dipatahkan secara berhemah. Cikgu mahukan kepastian mengapakah PB tetap bertegas mengatakan bahawa hanya Islam sebagai agama yang benar, manakala seluruh agama yang tidak mentawhidkan Allah tertolak. PB membacakan surah al-Kafirun dan terjemahannya.

...

...

...

...

1 comment:

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.