Curahan hujan dan mega mendung tiba-tiba sirna sejak awal pagi. Suhu yang dingin semalamnya bertukar kepada panas yang sedikit membahang. Luruan angin monsun yang menuju arah selatan dijangka meletakkan kawasan rendah dan berdekatan lembangan sungai di jajaran pantai timur Pahang dan Johor dalam keadaan waspada.
Walaupun demikian ancaman banjir masih belum berakhir sepenuhnya. Masih banyak laluan utama yang dilimpahi air pasang, air hulu dan lintasan air berarus deras di atas permukaan jalan yang membahayakan pergerakan semua jenis kenderaan. Setakat ini gesaan supaya orang ramai tidak pergi ke pantai timur dan sebaliknya masih dikekalkan sehingga pemberitahuan baharu dibuat.
Dalam slot khas wawancara pascabanjir menerusi Terengganu.fm, Profesor Dr. Mohd Ikhsan, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Unisza meminta orang ramai terus mengambil langkah berjaga-jaga andai kata gelombang keempat menjadi kenyataan. Beliau turut menyarankan supaya pihak berkuasa membina pusat pemindahan banjir kekal yang lengkap dengan segala kemudahan pengurusan diri yang
hyganic, serta patuh syariah khususnya isu mahram. Piawaian kebersihan dan kesihatan dapat mengelakkan kemungkinan wabak penyakit bawaan air.
Beliau juga berpendapat bahawa selain faktor
full moon atau
perigee, pertembungan antara guna tanah dengan intensiti curahan hujan sebagai punca muatan sungai berlebihan berkali-kali ganda. Kawasan lembangan sungai kini turut menerima projek pembinaan berskala besar. Kawasan tadahan hujan juga terjejas oleh kegiatan pembalakan yang tidak terkawal dan juga penerokaan tanah yang berleluasa.
Profesor Ikhsan bukan bercakap berdasarkan teori
semata-mata, sebaliknya bercerita tentang pengalaman benar beliau terperangkap
ketika mengunjungi kawasan bencana banjir di Kelantan, serta tersekat di laluan
Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). Beliau mendapati bahawa penggunaan bangunan
sekolah dan balai raya sebagai pusat penempatan sementara mangsa banjir sebagai
sudah kurang sesuai. Masalah penyediaan makanan berlaku bukan sahaja berpunca daripada
terputus bekalan air bersih dan elektrik, bahkan ketiadaan tukang masak
bertaraf chef mengakibatkan keperluan ratusan mangsa banjir tidak dapat
ditampung.
Perdana Menteri Malaysia yang memendekkan
percutian hujung tahun di Hawaii, termasuk acara golf diplomacy dengan
Barrack Hussien Obama, presiden Amerika Syarikat, petang tadi berada di Bukit
Mentok, Kemaman untuk meninjau keadaan mangsa banjir di sana. Sementara itu,
panglima angkatan tentera mengatakan bahawa buat pertama kalinya pihak tentera menggerakkan
sekian banyak aset secara besar-besaran untuk tugas membantu dan menyelamat.
Timbalan Yang Di-Pertuan Agong pula mengetepikan protokol istana apabila
memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda, serta dilihat berkaki ayam bagi
menolong warga emas yang terperangkap.
Setelah banjir reda sepenuhnya kelak, penderitaan
mangsa banjir bakal berlanjutan apabila harta benda termasuk rumah, peralatan
dan kenderaan mengalami kerosakan, bahkan ada yang sudah dihanyutkan arus
deras. Perasaan sayu, buntu dan risau silih berganti setiap kali mengenangkan
punca kewangan bagi memulihkan keadaan, serta hutang yang masih perlu dibayar
walaupun harta yang dibeli telah musnah dan tidak terangkum dalam polisi
insurans atas alasan Act of God. Asas perlindungan insurans dan takaful mesti termasuk mala petaka alam, tetapi dengan caruman premium yang munasabah.
Cuaca mungkin beransur cerah, awan mendung
berlalu pergi, tetapi banjir air pasang dalam bersambung pula dengan banjir air
mata walaupun barangkali tidak mampu lagi dizahirkan. Maka, sebagai anggota
masyarakat yang prihatin, hendaknya kita semua tidak hanya memandang sambil melafazkan
rasa kasihan belas, tetapi tampil menghulurkan sumbangan dalam lingkungan
keupayaan masing-masing bagi meringankan beban mangsa banjir. Sumbangan
hendaklah disalurkan kepada organisasi yang sah supaya tidak tersilap serah
kepada penyangak dan penyamar yang tega menipu atas kesengsaraan orang lain ...
1 comment:
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.
Post a Comment