SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, December 25, 2014

DEBARAN MENUNGGU BERITA NASIB MANGSA BANJIR (EMPATHY TO THOSE IN DANGER)

Laporan terkini menyebut bahawa lebih daripada 90,000 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan di seluruh negara, sebahagiannya menerusi operasi pasukan penyelamat. Namun, fenomena bulan penuh, iaitu kedudukan bulan yang hampir dengan bumi mengakibatkan tarikan graviti lebih kuat lalu berlakulah air pasang yang luar biasa. Pusat pemindahan juga dinaiki air, manakala laluan untuk operasi bantuan dan menyelamat tersekat oleh arus deras, serta ketiadaan landasan mendarat untuk helikopter (baca cerita doktor di hospital Kuala Krai di sini).

Permukaan air keruh yang sama rata memang bahaya kerana kedudukan lubang, longkang, parit atau sungai sudah tidak dapat dipastikan dengan tepat. Di dalam air juga mungkin terdapat struktur binaan atau tiang yang boleh menyebabkan bot menyelamat menghadapi risiko terbalik. Di sesetengah tempat mungkin berlaku pusaran air akibat lekukan yang terbentuk di situ.
Manik Urai yang terletak dalam jajahan Kuala Krai di Kelantan merupakan kawasan bencana banjir paling kritikal setakat ini. Pusat pemindahan di SMK Manik Urai ditenggelami air hingga ke aras tiga bangunan menyebabkan 500 orang mangsa terpaksa berpindah ke aras paling atas, sambil berharap air tidak naik lagi. Bayangkan kesusahan yang ditanggung oleh mangsa yang ketiadaan bekalan elektrik, makanan, air bersih dan kemudahan pengurusan diri.

Setelah mengharung perjalanan selama lapan jam, akhirnya sekumpulan kecil anggota bomba dan penyelamat berjaya tiba di situ dengan menggunakan bot beroda (boleh bergerak di jalan raya biasa atau di air seperti hovercraft). Mereka dijangka akan disusuli oleh pasukan penyelamat udara bagi memindahkan mangsa ke pusat pemindahan yang lain. Sementara itu, sekumpulan penduduk yang melarikan diri ke atas bukit pula berhadapan dengan pelbagai risiko seperti keputusan bekalan makanan, perlindungan diri daripada serangga berbisa, gelap gelita dan sebagainya (baca di sini).

Alangkah beratnya ujian yang perlu dilalui oleh insan yang tidak berdaya itu. Sudah pasti keluarga dekat dan jauh sangat teringin turut serta dalam operasi menyelamat, tetapi apalah daya kerana akses hanya mampu dilakukan oleh prefesional dalam bidang menyelamat mangsa bencana. Maka, hanya doa ke Hadrat Ilahi semoga semua mangsa mampu bertahan sehingga bantuan tiba di sana.
Paparan di atas pula amat menyentuh perasaan insani kita (klik di sini). Betapalah nasib pasangan suami isteri yang berusia 37 tahun itu setelah diberitakan semua lima anak mereka berjaya dipindahkan. Kita berdoa semoga Allah memelihara keselamatan mereka berdua, amin.
(Terkini, Jumaat 26.12.14 pukul 4.00 petang jenazah Cikgu Norhayati Sulong ditemui tersangkut pada benteng sampah di Sungai Kemaman, 150 meter dari tempat kejadian, manakala jenazah suaminya, Suhaimi Awang ditemui setengah jam kemudian tidak jauh dari situ. Innalillahi wa inna ilaihi raji un. Ya.Allah, tempatkan mereka dalam kalangan mereka yang Engkau redai, amin)

Banjir kali ini disifatkan sebagai yang terburuk dalam tempoh 30 tahun. Kejadian air pasang besar ini pula berlaku dalam gelombang kedua banjir yang belum menunjukkan tanda akan reda. Gelombang ketiga pula dijangka berlaku mulai 28 Disember ini hingga awal tahun baharu 2015.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kita boleh bercakap, memberi pendapat dan saranan, tetapi musibah yang dialami oleh mangsa banjir yang dahsyat mungkin sukar kita fahami. Marilah kita berkongsi kesengsaraan mereka sambil berdoa dengan sesungguhnya agar mereka diberi kekuatan iman, akal dan jasmani untuk mengharungi detik yang getir itu, amin Ya Rabbal Alamin ...

1 comment:

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.