Kenderaan dari arah Dungun akan ditahan oleh petugas sukarela di Air Hitam serta diberikan pilihan laluan. Mereka boleh berpatah balik dan menuju Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan keluar semula di Kertih sebelum meneruskan perjalanan ke Chukai. Walaupun daerah Kemaman disahkan kritikal, banyak laluan alternatif disediakan.
Jika hendak cepat dan tidak mahu menambah jarak perjalanan sepanjang 40 kilometer, perkhidmatan lori pengangkut kereta (macam feri) disediakan dengan bayaran antara RM60 hingga RM80. Namun, kenderaan pacuan empat roda seperti Hilux dan Triton masih dibenarkan mengharungi air pasang di situ atas tanggungan risiko sendiri. Seronok juga kalau dapat naik 'feri' sambil mengambil gambar atau video sebagai pengalaman unik sekali seumur hidup.
Sementara itu, kilometer 126 LPT dilaporkan masih ditenggelami air, serta ditutup kepada semua kenderaan. Maksudnya, LPT tidak boleh digunakan dari kedua-dua arah. Sebagai pilihan, pihak Jabatan Kerja Raya mencadangkan laluan seperti carta di bawah:
Perjalanan dari Dungun ke Kuala Lumpur yang biasanya mengambil masa lima jam kini berganda. Sebuah keluarga yang bergerak kira-kira pukul dua petang masih terperangkap dalam kesesakan jalan raya menuju Kuala Pilah. Masing-masing menahan lapar kerana semasa dihubungi sudah melepasi pukul sepuluh malam (akhirnya berjaya tiba di rumah pada pukul empat pagi setelah menempuh perjalanan yang sukar, termasuk menyaksikan lima kejadian kemalangan, satu daripadanya membabitkan bas ekspres dua tingkat Sani).
Persiapan perjalanan dalam musim banjir sudah tentu berbeza. Misalnya, keadaan kenderaan yang 'tip-top', bekalan makan minum tersedia dan sentiasa memastikan tangki minyak diisi penuh setiap kali berpeluang berbuat demikian demi ternampak stesen minyak di hadapan. Seisi penumpang kenderaan diajak berdoa sebagaimana di bawah:
Sementara itu sarjana geologi, Profesor Dr. Ibrahim Komoo yang juga naib canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyifatkan banjir kali mungkin yang terburuk dalam tempoh ratusan tahun. Beliau menggesa perancangan yang lebih rapi berdasarkan data curahan hujan dan profil kawasan berisiko banjir. Tindakan secara ad hoc dan sukarela perlu diganti menerusi persediaan tuntas kepakaran apabila berlaku banjir skala besar seperti sekarang.
Pengalaman mangsa banjir memberi iktibar yang sangat berguna tentang musibah yang boleh menimpa sesiapa sahaja. Bayangkan mereka yang terpaksa lari ke bukit sehelai sepinggang tanpa bekalan makan minum, malah terpaksa berdakapan beramai-ramai ketika curahan hujan lebat, kegelapan dan kesejukan. Mereka hanya mampu pasrah dan berdoa agar dapat bertahan tanpa memikirkan lagi tentang harta benda yang sudah ditenggelami air sepenuhnya ...
1 comment:
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.
Post a Comment