SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, December 26, 2014

SEBARAN BERITA PALSU SEMASA MUSIM BANJIR (ETHICS IN COMMUNICATION)

Memang suatu perkara biasa apabila orang ramai begitu teruja bagi memperoleh perkembangan sesuatu peristiwa besar yang sedang hangat diperkatakan. Mereka akan merujuk pelbai sumber sama ada rasmi mahupun tidak rasmi. Media arus perdana juga sering memetik sumber daripada sebaran media baharu seperti catatan facebook peribadi yang dilihat boleh dipercayai.

Wartawan yang terlatih sebagai profesional dan memiliki kelayakan ilmu jurnalisme kini disaingi hebat oleh pengendali media baharu yang disebut sebagi netizens. Ketika teknologi internet yang sebelumnya hanya untuk kegunaan tentera mula dibuka kepada orang awam pada era Ronald Reagan, bekas pelakon gred B Hollywood menduduki Rumah Putih, orang ramai mula berjinak-jinak dengan home page berbayar. Pengenalan laman sesawang (weblog) secara percuma seterusnya memunculkan 'wartawan tidak bertauliah' yang boleh berkongsi maklumat dan pemikiran melepasi batasan geografi dan demografi.

Kini, pengenalan aplikasi facebook dan whatsapp secara masa sebenar menerusi telefon pintar meluaskan lagi akses perkongsian maklumat sesama orang awam. Mereka tidak lagi bergantung kepada media tradisional sama ada bercetak atau elektronik untuk memperoleh berita. Hanya dengan menekan skrin dalam tempoh beberapa saat mereka dapat menyalin segala maklumat, gambar dan video untuk dikongsi sehingga menjadi viral.

Kuasa media baharu sukar dibendung kerana telah terbukti mampu menggerakkan perubahan politik, merancakkan urus niaga secara atas talian dan dari masa ke masa muncul selebriti you tube sama ada penyanyi mahupun pendakwah. Pelbagai perkara boleh dipelajari termasuk yang bermanfaat, berbahaya dan gila-gila. Hak cipta dan harta intelek semakin sukar untuk dipertahankan kerana kegiatan muat turun digital yang berleluasa.

Bencana banjir luar biasa yang melanda negara ketika tahun 2014 mahu melabuhkan tirainya menjadi ujian besar terhadap penyebaran maklumat yang sah dan palsu. Media arus perdana juga tidak boleh mendakwa sebagai suci kerana mereka semakin kerap diseret ke mahkamah. Orang awam juga menaruh curiga terhadap media arus perdana justeru kebanyakan pemberitaan mereka sangat dipengaruhi oleh pemilik saham majoriti.

Pada asasnya segala macam laman sosial lebih bersifat catatan peribadi umpama penulisan buku catatan atau diari. Namun, apabila catatan itu dihantar menerusi internet, capaian terhadapnya sudah di luar kawalan penulis asal. Sesuatu laman blog, facebook, instagram, twitter dan sebagainya boleh mengumpul pengikut tanpa had dari segenap penjuru alam.

Apabila khabar angin disensasikan, gambar kitar semula menjadi parodi dan berita yang tidak diketahui puncanya tersebar serta menjadi viral, timbul suasana kecoh. Sebagai contoh, pihak polis terpaksa menafikan kononnya sepuluh orang sekeluarga dijumpai lemas apabila banjir surut. Kemudian muncul pula sebaran gambar awan hitam yang begitu menakutkan kononnya di Kelantan, tetapi sebenarnya gambar kitar semula dari Thailand pertengahan tahun ini.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) turut mengeluarkan amaran bahawa dalang sebaran berita palsu boleh dijejaki menerusi kepakaran forensik komputer dan rangkaian. Maka, pengguna aplikasi pintar dinasihatkan supaya mengambil langkah berlapik dalam penyebaran maklumat dan menyertakan penafian (disclaimer) sebagai langkah berjaga-jaga. Hakikatnya perbuatan menyebarkan berita atau maklumat yang tidak dikenal pasti sumbernya boleh menjerumuskan seseorang itu dalam kegiatan yang bersifat fasik ...

1 comment:

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.