SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, April 18, 2015

KASIH DATUK DAN NENEK (THREE GENERATIONS UNDER ONE ROOF)

Jangka hayat purata kaum lelaki di Malaysia 72 tahun dan wanita 75 tahun memungkinkan negara ini bakal berstatus negara tua menjelang tahun 2035. Maka, dalam satu rumah boleh jadi berhimpun empat generasi bermula dengam moyang, datuk nenek, ibu bapa dan anak-anak. Syaratnya ikatan kekeluargaan benar-benar kukuh apabila generasi muda sudah terbiasa dengan keadaan jurang generasi dan faktor kesihatan generasi tua.

Golongan tua yang melalui fasa penghujung kehidupan dibayangi tekanan psikologi lanjut usia seperti tubuh badan yang semakin lemah serta mimpi 'ngeri' tentang detik kematian yang semakin dekat. Mereka juga mempunyai banyak masa terluang untuk melayan perasaan yang bercampur baur antara syukur dengan ketakutan melainkan beroleh bimbingan kecerdasan emosi dan bekalan ilmu yang ada di dalam diri masing-masing. Lebih banyak kompromi diperlukan kerana kenangan zaman silam mereka sudah tidak lagi dimengerti oleh generasi semasa.

Jika kita rajin menjengah taman rekreasi akan kelihatan lebih ramai golongan warga emas yang berusaha supaya kekal cergas dengan kegiatan seperti berjalan-jalan, senaman taichi dan sebagainya. Uban sudah memutih di kepala kecuali dicelup inai atau pewarna, tetapi mereka tidak mahu duduk di rumah sambil melayan duka lara dan kemurungan. Mereka juga tidak mahu menjadi beban kepada seisi rumah atau bergaduh suami isteri yang sama-sama tua kerana anak cucu tidak tahan mendengar leteran.
Paparan gambar di atas menunjukkan betapa warga tua tetap aktif melayan cucu yang masih mentah. Si nenek sanggup memegang payung menemani suami membawa cucu pusing keliling kampung mengambil angin pagi (waktunya lebih kurang 11.30 ketika gambar diambil). Kalau di kawasan bandar memang tidak selamat tanpa memakai topi keledar dan naik empat orang sekali gus.

Datuk dan nenek di atas tidak mustahil memiliki kereta mewah dan rumah agam, tetapi sengaja memilih motosikal bagi memberi pengalaman kepada cucu sambil melayan nostalgia ketika muda belia. Perkara yang pasti juga ialah ibu bapa kanak-kanak itu mempercayai tahap kesihatan datuk nenek anak mereka untuk menunggang motosikal sambil melindungi keselamatan kanak-kanak yang belum cukup peka terhadap ciri dan persekitaran selamat. Kasih sayang yang bersemi dalam sanubari generasi muda terhadap warga emas seperti itu berkait rapat dengan sikap berterima kasih, saling menghormati dan prihatin seadanya.

Perancangan dasar warga lanjut usia perlu dikaji semula dengan segera supaya isu-isu kekeluargaan dan masyarakat terus menyumbang terhadap keseimbangan sosial dalam jangka panjang. Kepakaran para sarjana ekologi manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pakar perubatan berkaitan warga tua sama ada pengkhususan psikiatari atau patologi boleh digembleng untuk menyediakan input yang lebih jitu. Suatu kajian bersifat jangka panjang (longitud) boleh dimulakan dengan segera.

Isu kritikal lain tentang warga lanjut usia ialah golongan yang hidup sebatang kara sama ada memang tidak pernah berumah tangga, disisihkan, kurang upaya atau terlantar sakit perlu mendapat perhatian pihak berwajib. Tergamakkah masyarakat hidup senang-lenang dan bergembira bersama keluarga, tetapi dalam masa yang sama enggan mengambil peduli terhadap golongan warga lanjut usia yang kurang beruntung itu? Hubungan strategik yang sedia terjalin antara pihak berwajib seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan pertubuhan sukarela hendaklah diperkukuh.

Tanpa warga lanjut usia, generasi dewasa dan muda tidak akan ada. Golongan muda dan dewasa suatu hari kelak bakal menempuh fasa kehidupan yang sama, iaitu sebagai warga lanjut usia ...

No comments: