Friday, April 24, 2015
SAMSUNG LAWAN OPPO (MULTIFUNCTION SMARTPHONES)
...
...
OPPO R1x yang disifatkan sebagai menepati
kehendak pengguna yang mahukan elemen mewah kerana mempunyai rekaan kepingan
berlian di belakangnya. OPPO memperkenalkan model telefon pintar terbaharunya,
Oppo R1x yang disifatkan sebagai menepati kehendak pengguna yang mahukan elemen
mewah kerana mempunyai rekaan kepingan berlian di belakangnya. Oppo R1x turut
dilengkapi dengan penggunaan perlindungan Gorilla Glass 3. Mengikut
spesifikasi, peranti itu hanya setebal 6.85 milimeter dilengkapi skrin 12
sentimeter (sm) dengan resolusi HD 720 x 1280 piksel. Oppo R1x turut dipadankan
dengan pemproses Snapdragon 615 1.7GHz yang disokong oleh RAM 2GB. Peranti
baharu ini juga didatangkan dengan memori simpanan 128GB serta tambahan 16GB
microSD. Penggunaan telefon bimbit ini dikendalikan oleh sistem operasi OS
Android KitKat 4.4. Telefon pintar ini mempunyai kamera utama 13MP di hadapan
serta kamera sekunder 5MP. Untuk pilihan warna, Oppo R1x hanya ditawarkan dalam
dua pilihan warna, Ice White serta Sapphire Blue.
...
...
...
Samsung Malaysia
Electronics Sdn Bhd akan menambah semula stok telefon Samsung Galaxy S6 Edge
Gold Platinum bagi memenuhi permintaan yang sangat menggalakkan daripada
pengguna Malaysia. "Prapesanan bagi Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge
memberangsangkan sejak pelancaran pada 2 April dengan Samsung Galaxy S6 Edge
Gold Platinum menjadi pilihan dalam kalangan pelanggan Malaysia," kata
syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini. Naib Presiden Lee Jui Siang berkata
peranti Samsung dibina dengan mementingkan keperluan pelanggan. "Samsung
Galaxy S6 dan S6 Edge mempunyai kelebihan dari segi fungsi dan rupa.
Menggabungkan reka bentuk dengan ciri-ciri kuasa, Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge
memberikan nilai sebenar dan kami percaya itulah sebabnya ia menerima maklum
balas positif di seluruh dunia dan juga di Malaysia," katanya. Galaxy S6
dan Galaxy S6 Edge berharga masing-masing RM2,599 dan RM3,099, termasuk Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST). - BERNAMA
...
...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment