Thursday, April 30, 2015
SARAPAN BERSAMA KETUA POLIS PULAU PINANG (BY-ELECTION DUTY AT PERMATANG PAUH)
Bilik penginapan aras bumi di
Hotel Seri Malaysia hanya bersebelahan dengan kafe. Bagi penginapan keluarga,
kupon sarapan untuk tiga orang termasuk dalam pakej promosi pihak hotel. Tempoh
masa srapan ialah antara pukul tujuh hingga pukul sepuluh pagi.
Penulis blog (PB) sekeluarga
memilih untuk ke kafe pada pukul 8.30 pagi. Dari muka pintu lagi sudah
kelihatan ramai anggota pasukan keselamatan berkumpul menunggu giliran di gerai
telur goring dadar di situ. Lebih ramai pula rakan mereka sedang menikmati sarapan
di dalam kafe.
PB mengambil serba sedikit
hidangan buah-buahan tempatan, karipap dan makanan campur. Walaupun bukan
amanalan harian, tetapi kalau di hotel biasanya jus buah-buahan sejuk menjadi
pilihan. Rasanya masakan di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas lebih enak secara
berbanding.
Pada mulanya PB tidak peduli
sangat dengan kumpulan berpakaian seragam itu. Namun, setelah mereka berkerumun
untuk bergambar, disertai oleh sekumpulan orang awam berpakaian kasual,
barangkali wartawan, barulah PB tumpang sekaki. Petugas kafe memberitahu bahawa
individu yang menjadi tumpuan itu ialah Dato’ Abd Rahim bin Hanafi, ketua polis negeri
Pulau Pinang.
Bersama beliau ialah pegawai
kanan polis yang lain, mungkin termasuk dari Bukit Aman. Tidak diketahui dengan
tepat tujuan mereka berada di Hotel Seri Malaysia Bayan Baru ini, tetapi
kehadiran mereka dalam skala besar itu barangkali berkaitan dengan bahang
pilihanraya kecil Permatang Pauh yang menjadi tumpulan seluruh negara. Kerusi
parilmen Permatang Pauh menjadi kosong apabila petisyen pengampunan
penyandangnya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mantan timbalan perdana menteri,
dilupuskan.
Pilihan raya kecil Permatang Pauh
yang membabitkan pertarungan empat penjuru itu dijadualkan berlangsung pada 7
Mei yang telah diisytiharkan sebagai cuti umum oleh kerajaan Pulau Pinang.
Isteri Dato’ Seri Anwar, Dr. Wan Azizah, 63, yang pernah memenangi kerusi
berkenaan sebanyak dua penggal bakal berhadapan dengan Suhaimi Shabudin, awal
40-an, seorang ahli perniagaan merangkap setiausaha bahagian Umno Permatang
Pauh, serta dua orang lagi calon bebas. Pemerhati politik berpendapat bahawa
keputusan satu lagi pilihan raya parlimen di Rompin, Pahang pada tanggal 5 Mei
tidak banyak mempengaruhi pola pengundian di Permatang Pauh.
Permatang Pauh terletak di
bahagian tanah besar Semenanjung Malaysia Barat (Tanah Melayu). Namun,
kedudukannya dengan bahagian pulau tidaklah begitu jauh dengan adanya dua buah
jambatan yang menghubungkan kedua-dua buah tempat. Apabila meter kehangatan
kempen memuncak kelak, sudah pasti bilik penginapan di bahagian tanah besar
akan penuh, lalu melimpah ke bahagian pulau pula.
Setelah dua puluh minit, Dato’
Halim dan rombongan beliau meninggalkan kafe sambil menyapa beberapa orang
anggota pengurusan hotel yang berada di situ. Beliau kelihatan ceria walaupun
hidangan sarapan boleh diberikan penarafan biasa-biasa sahaja. Barangkali
pegawai tinggi polis seperti beliau sudah mangli dengan rutin tugas yang sarat
dengan peristiwa dramatik dan tekanan …
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment