Namun demikian, ada juga guru yang sudah menerima surat lantikan memilih untuk merayu supaya dikembalikan status quo. Antara alasan yang lazim ialah kesukaran untuk berpindah sekolah, lanjutan masa bekerja hingga petang dan keperluan menyediakan dokumentasi tertentu, terutama penyelidikan. Bagi guru wanita, pengurusan persekolahan anak-anak yang masih kecil mungkin sekali mempengaruhi keputusan sedemikian.
Bagi pelajar pula, mereka hanya menerima, walaupun terdapat segelintir daripada mereka masih terpinga-pinga. Ada yang mengatakan exhausted, sudah tidak bermaya untuk ke pusat tuisyen atau sekadar menonton televisyen. Pelajar perlu stay back dan tidak sempat balik pada waktu tengah hari.
Sudah menjadi lumrah sesuatu perubahan: ada sokongan dan ada bantahan. Pepatah Melayu mengatakan alah bisa tegal biasa. Dengan berlalunya masa, guru dan pelajar tingkatan 6 dipercayai berupaya menyesuaikan diri.
Teori analisis daya lapangan (force field analysis) yang dikemukakan oleh Kurt Lewin menerusi disiplin psikologi dan pengurusan menamakan golongan penyokong perubahan sebagai daya pacu (driving forces), manakala yang membantah sebagai daya rintang (restraining forces). Perubahan mengakibatkan banyak kehilangan: antaranya hilang status quo, hilang rakan, hilang kebiasaan, hilang peranan dan macam-macam lagi. Namun, perubahan juga membuka peluang kepada citra baharu, pemikiran baharu dan kepuasan kerja yang lebih tinggi.
Bagi ibu bapa (segelintir menganggap sekolah sebagai pusat asuhan, babysitter) mungkin berasa teramat lega. Mereka tidak perlu berbelanja lebih dan diserabuti kekhuatiran anak mereka melencong ke mana-mana jika tidak dihantar ke pusat tuisyen. Perniagaan pusat tuisyen peringkat STPM juga mungkin terjejas. Sebahagian markah STPM akan diberikan oleh guru akademik tingkatan 6 menerusi modul dan sistem pentaksiran serba baharu.
Pendek kata, proses penjenamaan semula pengajian prauniversiti tingkatan enam tidak sunyi daripada hujah menyokong dan membantah. Dari segi penggubalan dasar, hal ini memang dialu-alukan kerana hujah dialektik sebegitu akan membantu proses mengumpul input dan perspektif supaya pada akhirnya dasar yang diperkenalkan memberi faedah kepada majoriti, tanpa mengorbankan kepentingan minoriti. Pendekatan utilitarian ini masih mendominasi kebanyakan penggubal dasar.
5 comments:
What you have written here is very true. I'm glad to have found your website. I have found strength in your words to carry out my duty. Thank you
Thanks for your feedback
I really appriciate that...
Terima kasih Cikgu Azhar kerana sudi berkongsi pengalaman. Sebagai pensyarah Tingkatan 6, kami amat berharap segala kelengkapan yang diperlukan untuk menjenamakan semula Tingkatan 6 mengikut ala kolej disediakan segera supaya pengurusan dan pelaksanaan yang sebenar dapat dijalankan dengan berkesan.
Begitulah harapan kita semua.
Permulaannya (perjawatan) sudah terlaksana. Sudah pasti banyak lagi penambahbaikan bakal berlaku.
Pengajian prauniversiti STPM sebenarnya lebih tinggi daripada matrikulasi dan kursus di politeknik...
Begitulah harapan kita semua.
Permulaannya (perjawatan) sudah terlaksana. Sudah pasti banyak lagi penambahbaikan bakal berlaku.
Pengajian prauniversiti STPM sebenarnya lebih tinggi daripada matrikulasi dan kursus di politeknik...
Post a Comment