SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, January 9, 2010

BUDAK TINGKATAN 4 BELAJAR BAHASA (THE FIRST LESSON OF MALAY LANGUAGE FORM FOUR)

Hari Isnin, 11 Januari 2010 di kelas 4 Sains 5.

Cikgu:  Assalamualaikum, selamat sejahtera...

Murid:  Waalaikumussalam, selamat sejahtera cikgu.

Cikgu:  Alhamdulillah, cikgu sangat gembira dapat bertemu murid sekalian. Tahniah kerana
             berjaya dalam PMR. Kini, masanya untuk terus mara memetik bintang...
             (melihat ke arah murid ke murid untuk membaca reaksi dan bahasa tubuh)

Murid:   (masih senyap dan cuba menyembunyikan rasa curiga)

Guru:    Baiklah, kita mulai pertemuan pertama ini dengan berkenal-kenalan. Caranya agak
             berlainan daripada kebiasaan. Apa kata kita gunakan kaedah iklan pasangan (dyad)?

Murid:  (Sebahagian besar murid masih diam. Beberapa orang murid kelihatan seperti 
              mengangguk).

Guru:    Nampaknya belum bersedia. Semua orang keluarkan buku catatan dan pen. Bayangkan
             seseorang yang anda suka. Senaraikan lima sebab murid menyukainya. Contohnya:

             1   Ahmad baik hati.

             2   Ahmad suka menolong.

             3   Ahmad mementingkan kebersihan.

             4   Ahmad sentiasa kemas.

             5   Ahmad pandai buat kelakar.

             Ayat mesti ringkas. Mulai setiap ayat dengan nama orang yang murid pilih. Antara ayat
             selangkan sebaris.

Murid:  (Ada yang terus menulis, ada yang termenung mencari ilham agaknya... Guru 
              bergerak dari meja ke meja untuk membantu)

Guru:    (setelah melihat murid selesai menulis ayat)
             Cikgu pilih beberapa orang untuk membacakan ayat yang ditulis...
             (guru meminta tiga orang murid membacakan ayat masing-masing)
             Terima kasih daun keladi... Ada apa-apa pertanyaan?

Murid A:  Buat apa buat aktiviti ini, cikgu?

Guru:    Soalan yang hebat. Sebelum cikgu jawab, sekarang semua murid pegang semula pen.
             Potong nama orang yang murid tulis dalam kelima-lima ayat. Tangguhkan sebarang
             pertanyaan sekejap.

Murid:   Kami sudah siap potong cikgu.

Guru:    Macam iklan potong pula. Sekarang murid gantikan nama yang dipotong tadi dengan
             nama murid sendiri...

Murid:   (Keadaan kelas menjadi gamat dan riuh seketika. Guru menunjukkan isyarat 
               memutar kenyaringan bunyi radio ke kiri. Murid akur.)

Guru:    Tahniah. Semua orang sudah mula bersuara. Sebenarnya cikgu hendak memastikan
             murid semua boleh bercakap. Nah, sekarang buktinya jelas di hadapan mata!
             Pembelajaran bahasa hanya akan menjadi hebat jika ada penglibatan murid. Soalan
             sahabat kita tadi sudah terjawab. Apakah murid berasa gembira?

Murid:  Ya, cikgu!

Guru:    Kalau begitu tepuk tangan dengan menggunakan dua jari sahaja.

££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££££
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Begitulah imaginasi penulis blog (PB) tentang sesi pembelajaran pertama untuk mata pelajaran Bahasa Melayu 2010. Dalam minggu yang pertama murid tingkatan empat menjalani minggu suai kenal dan pengurusan organisasi kelas. Harap-harap murid akan beroleh tanggapan pertama yang amat positif. PB wajib memastikannya berjaya.

Biasanya dalam pertemuan pertama, di samping sesi ice-breaking seperti tadi, perbincangan ringkas tentang harapan guru dan murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu akan diberi tumpuan. PB juga akan menggunakan teknik analogi supaya murid dapat menyebut sendiri betapa pentingnya disiplin dan peraturan dalam proses pembelajaran bahasa.

PB akan menanyakan murid tentang pasukan bola sepak yang berjaya, persembahan orkestra yang harmonis dan penghasilan madu oleh koloni lebah di hutan. Biar murid bermain-main dengan metafora dan perlambangan supaya mereka akhirnya bersetuju bahawa pembelajaran bahasa bukan sekadar menjurus kepada pencapaian peperiksaan. Bahasa ialah pancaran akal budi insan. Bahasa jiwa bangsa...




2 comments:

nur farhana said...

assalamualaikum cikgu..
sy nak tanya sket..
sudut pandangan 2 mcm mana..?
sy kena buat untuk novel julia..
blh tak cikgu bagitau sdikit apa tu sudut pandangan?

Anonymous said...

Salam

Sudut pandangan ialah kedudukan pencerita dalam penyampaian cerita sesebuah karya.

Jika pencerita sendiri terlibat sebagai watak dalam cerita, sama ada watak utama, sampingan atau pemerhati, maka dinamakan sudut pandangan orang pertama.

Sudut pandangan orang pertama menggunakan kata ganti nama "aku" atau "saya" dalam penceritaan.

Tiada sudut pandangan orang kedua.'

Sudut pandangan orang ketiga pula menggunakan kata ganti diri "dia" atau "mereka". Pencerita tidak terlibat sebagai watak dalam penceritaan.

Untuk kertas BM 2 cukup setakat itu. Murid yang mengambil mata pelajaran kesusasteraan perlu tahu 4 lagi sudut pandangan: aliran kesedaran, pencerita objektif, pencerita serba tahu, dan pencerita terbatas.

Dalam novel Julia sudah terang lagi bersuluh dalam ayat pertama lagi, hingga ke muka surat terakhir. "Nur Farhana" hanya perlu mengemukakan bukti ayat-ayat berkenaan.

Namun, dalam SPM, soalan gaya bahasa dan teknik penceritaan seumpama ini belum pernah ditanya. Mungkin lebih sesuai untuk calon kesusasteraan tulen.

Selamat...