SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, June 3, 2010

HARI KERJAYA BANTU PELAJAR KENALI PENGAJIAN IKHTISAS (CAREER DAY AT ST MICHAEL)

Ipoh, Khamis: 3 Jun 2010 / 20 Jamadil Akhir 1431

Semua bidang kerjaya profesional mengehadkan keanggotaan pengamalnya menerusi syarat yang ketat. Seseorang pemegang ijazah perakaunan hanya boleh bergelar sebagai akauntan berdaftar setelah menganggotai badan profesional perakaunan kebangsaan, iaitu Institut Akauntan Malaysia. Tapisan yang perlu dilepasi termasuk peperiksaan antarabangsa seperti ACCA, CA, MACPA dan lain-lain.
Menyedari keperluan berbuat demikian, SMI menerusi Unit Bimbingan dan Kaunseling, telah menganjurkan hari kerjaya buat kesekian kalinya. Antara pengisian program termasuk ceramah dan pameran. Giliran mengunjungi pameran diatur mengikut kelas.
Di samping mendapatkan maklumat tentang bidang pengajian ikhtisas, pelajar turut berpeluang mendengar penerangan lanjut daripada wakil IPTS yang mengambil bahagian. Pengunjung pameran turut dibekalkan dengan risalah pengajian dan cenderamata. Sebahagian pelajar yang sempat ditemui menzahirkan rasa puas hati terhadap daya usaha SMI kali ini.
Terdapat kritikan bahawa bidang pendidikan sudah didagangkan sebagai komoditi, selain dianggap sebagai suatu industri yang bermotifkan keuntungan maksimum. Walaupun demikian, negara maju telah lama berbuat demikian. Dengan kawalan ketat dan penarafan yang autentik, semua IPTS yang beroperasi di negara kita akan terus diberi kepercayaan oleh masyarakat dan bakal majikan tempatan, serta antarabangsa...

1 comment:

Jawatan Kosong said...

Apa JawatanKosongKerjaKosong.com tawarkan?

Terlalu banyak websites menyebarkan jawatan kosong, kerja kosong, jawatan kerajaan. Tetapi kebanyakkannya sudah lapuk dan tidak terkini. Ataupun anda terlambat untuk melihat iklan tersebut dan terlepas peluang.

Jangan sia siakan potensi diri anda untuk mendapatkan pekerjaan terbaik. Daftarkan diri anda dengan JawatanKosongKerjaKosong.com. Kami akan menghantar iklan kekosongan pekerjaan dengan segera kepada anda. Update secepat mungkin kepada anda.


Daftar Sekarang