SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, June 2, 2010

PERSEDIAAN ULBS MURID TINGKATAN 4 (SCHOOL-BASED ORAL TEST)

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) bertujuan memberi peluang kepada murid mencatat pencapaian tertinggi menerusi fleksibiliti pentaksiran guru yang mengajar murid yang diuji. Tarikh, model ujian dan tempat ULBS boleh dipersetujui bersama-sama antara guru dengan murid yang diuji. Murid yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan koakademik bahasa, ataupun tampil dalam mana-mana majlis rasmi untuk memberi taklimat, pengumuman, mendeklamasi sajak, atau menjadi pengacara, maka boleh direkodkan sebagai markah ULBS.

Dalam keadaan biasa, murid diuji di dalam bilik darjah. Murid akan dimaklumi tentang markah yang diperoleh supaya mereka berpeluang untuk memohon ujian ulangan. Garis panduan dan pemantauan oleh pentaksir peringkat kawasan, daerah, negeri dan kebangsaan akan memastikan bahawa pemarkahan yang diberi memiliki kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Murid mesti mengambil berat tentang ULBS dan membuat persiapan yang secukupnya. Markah yang direkodkan di peringkat sekolah, serta telah disahkan oleh pentaksir kawasan, akan dihantar secara dalam talian kepada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Calon SPM wajib lulus ULBS sebagai syarat untuk lulus mata pelajaran Bahasa Melayu, dan SPM.

Dalam sesi ULBS, murid hendaklah bertutur dengan jelas. Maksudnya, setiap patah perkataan yang dituturkan boleh didengari, difahami dan bermakna. Murid mesti berusaha sedaya upaya supaya dapat bertutur dalam situasi rasmi, sebutan baku dan menggunakan ayat yang lengkap, sama ada model individu, dengan penggalak, atau secara kumpulan. Penggunaan bahasa pasar, bahasa rojak, slanga dan sebutan kolokial (pengaruh dialek) hendaklah dihindari.

ULBS tertumpu terhadap pentaksiran bahasa secara lisan. Murid tidak perlu risau jika fakta yang dikemukakan tidak begitu tepat. Cuma hujah atau huraian yang dibuat haruslah masuk akal, dan tidak keterlaluan.

Sebaik mungkin, murid menyediakan skrip atau teks butiran lisan yang hendak disampaikan. Tidak menjadi kesalahan jika berpakat dengan rakan-rakan supaya soalan yang dikemukakan telah diberitahu lebih awal. Pendek kata, ala-ala drama.

Andai kata murid tiba-tiba kelu untuk bercakap tentang tajuk yang telah disediakan, sesi ULBS berkenaan boleh ditunda. Sebagai pilihan, murid boleh mencadangkan tajuk yang berbeza, dengan persetujuan guru. Tiada guru pentaksir ULBS ingin melihat murid yang diuji kecundang. Sebaliknya, konsep bantu dan uji (assess and assist) akan dijalankan secara serentak...

3 comments:

Unknown said...

antara contoh dialog untuk ULBS ..????

cikgu azhar said...

Tidak terikat kepada mana-mana format. Calon boleh berbual, berpidato, bersajak, berdrama, bersoal jawab, berforum, berdebat, bercerita, secara solo (seorang), secara kumpulan (menggunakan penggalak, atau tanpa penggalak), dan sesenarai panjang lagi yang disarankan dalam model ULBS. Asalkan tujuan ujian lisan, iaitu dari segi kefasihan, kelancaran, bermakna dan penggunaan tatabahasa yang sesuai dengan laras percakapan lisan berjaya disampaikan oleh murid yang berkenaan...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.