Sepintas Lalu Tentang Tugasan
Penulisan karangan Bahagian A memperuntukkan jumlah markah sebanyak 30. Tempoh masa yang dicadangkan ialah 45 minit sahaja. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Bahan rangsangan yang disediakan boleh jadi berbentuk gambar, carta, dialog, cogan kata dan sebarang bentuk komunikasi yang lain. Kebiasaanya hanya tiga atau empat isi yang terkandung dalam bahan rangsangan. Sejajar dengan sifatnya yang tertutup, hanya isi yang dipaparkan dalam bahan rangsangan sahaja yang perlu diberikan huraiannya.
Murid hendaklah menjaga diri supaya tidak terlalu beremosi hingga menulis tentang perkara-perkara yang tidak terkandung dalam bahan rangsangan. Penyampaian isi dan huraian hendaklah jelas seumpama perbezaan benang hitam dengan benang putih. Kalaupun hendak menyelitkan bunga bahasa, jargon, klise dan kecindan biarlah berpada-pada supaya tidak menenggelamkan maksud penyampaian isi dan huraian yang menepati tumpuan tugasan.
Bahagian Pendahuluan
Perenggan pendahuluan seharusnya merangkumi komponen-komponen berikut:
1 menyebut semula tugasan
2 menggambarkan isi yang bakal ditulis
3 menyentuh kepentingan tajuk tugasan
4 unsur kecindan seperti peribahasa, kata hikmat, petikan ucapan, atau sebarang sumber penulisan tokoh
Cara menulis pendahuluan bergantung kepada kreativiti murid. Tiada satu peraturan muktamad yang mengongkong sesiapa. Murid tidak perlu berlama-lama dalam menulis pendahuluan justeru bahagian isi dan huraian sebenarnya lebih mustahak untuk diberikan penekanan.
Bahagian Isi
bersambung...
No comments:
Post a Comment