SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, May 8, 2012

KERJAYA UNDANG-UNDANG MASIH LUAS (THE COURT AND SOCIETY)

Antara bidang pengajian yang menjadi idaman pelajar jurusan sastera ikhtisas (sains kemanusiaan dan kemasyarakatan) ialah undang-undang. Tempat yang terhad di fakulti undang-undang universiti awam tempatan menjadi rebutan. Pengajian undang-undang masuk dalam kategori kritikal, umpama pengajian perubatan untuk pelajar sains.

Bilangan hakim di mahkamah masih belum mencukupi, manakala bilangan peguam yang berdaftar hanya lebih kurang 12,000 orang. Permintaan terhadap perkhidmatan perundangan juga menjangkau sektor korporat sebagai penasihat undang-undang syarikat. Sebahagian lulusan undang-undang juga melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah untuk bergelar ahli akademik.

Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) misalnya hanya menawarkan antara 80 hingga 100 tempat kepada lulusan STPM dan matrikulasi. Hanya pelajar yang mencatat pencapaian terbaik di peringkat prauniversiti, di samping penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang baik di peringkat SPM dan Muet. Pembelajaran bahasa Arab juga menjadi pilihan, justeru kefahaman tentang undang-undang syariah harus ada buat pengamal undang-undang di Malaysia.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula menghendaki pelajar undang-undang menyambung pengajian dalam tempoh tambahan setahun untuk turut bergelar sarjana muda undang-undang syariah. Universiti Teknologi Mara pula menawarkan Diploma Pascasiswazah Amalan Undang-undang Syariah. Universiti awam lain yang menawarkan kursus undang-undang ialah Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). 

Di samping kuliah asas teori dan amalan undang-undang, pelajar bakal menjalani aktiviti perbicaraan simulasi, iaitu moot court. Pelajar undang-undang harus memiliki kebolehan untuk persediaan mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil, serta menguruskan segala dokumen yang berstatus undang-undang. Proses mahkamah untuk sebutan kes, pendakwaan, pembelaan dan hukuman juga perlu difahami secara tuntas.

Hakim dan peguam juga tertakluk kepada etika yang luhur supaya keadilan juga yang akhirnya bersuara dan menang. Tiada ruang untuk keraguan yang munasabah supaya tidak berlaku hukuman dijatuhkan kepada orang yang tidak bersalah. Tindakan membebaskan orang yang bersalah ialah juga sejenis kesilapan, tetapi masih tidak seberat menghukum orang yang tidak bersalah.

Pengamal undang-undang harus sentiasa mengemas kini pengetahuan ikhtisas masing-masing memandangkan saksi dan barang bukti mungkin hanya dapat dijelaskan melalu proses saintifik dan teknologi yang canggih. Pembacaan jurnal berkala undang-undang dan persidangan undang-undang ialah antara aktiviti wajib pengamal undang-undang. Konsep pembelajaran sepanjang hayat ialah hakikat yang menjadi tanggungjawab penting.

Tindakan pelbagai pihak penguat kuasa undang-undang termasuk polis, kastam, imigresen dan sebagainya pada akhirnya akan dirujuk kepada proses undang-undang. Sebarang pertikaian politik, ekonomi dan sosial juga memerlukan pentafsiran undang-undang. Maka, sangat jelas bahawa dalam sesebuah masyarakat dan negara yang maju, perkhidmatan undang-undang menjadi sebahagian keperluan hidup yang tidak dapat dielakkan...

8 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
CastWriter86 said...

Sekadar pembetulan:

1. Program undang-undang di Terengganu seperti yg dinyatakan bukanlah di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), tetapi di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) TIDAK mengkehendaki untuk graduannya sambung lagi setahun untuk ijazah Shariah. Ini adalah optional/pilihan sendiri.

VISIT: http://llb-unisza.blogspot.com/

Rais Al Attas said...

Saya masih belajar dalam jurusan undang undang di IPTS(UK program)dan kini berusia 33 tahun. Adakah masih ada peluang untuk saya?

cikgu azhar said...

W.salam,

CastWriter: terima kasih daun keladi

Rais Al Attas: peluang tidak pernah tertutup atas faktor usia. seorang mantan ketua pengarah jpj (pahamin rajab)lulusan sastera u m masuk kolej selepas bersara kemudian membuka firma guaman.

Wallahu a'lam ...

Grace David Branch said...

Thank you

Anonymous said...

Undang-undang syariah mmg kena belajar dlm bahasa arab ke? Adakah wajib ambil?

Unknown said...

Jika seseorg peljr undang2 yg belajar di United Kingdom dan berjaya mendapat Third Class Honors apakah peluang pekerjaan beliau dlm bidang undang2 di negara kita.

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu, saya nak tanya. Result spm english saya, saya hanya dapat C dan bercadang nak sambung STPM. Layak ke saya sambung Law lepas ambik STPM nanti