SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, May 7, 2012

PENCIPTAAN WANG, CIPTAAN KREDIT (DERIVATIVE OF DEPOSIT)

Bank perdagangan akan menggunakan deposit akaun semasa sebagai pinjaman kepada pemegang deposit semasa yang lain setelah mematuhi nisbah rezab wajib yang ditetapkan oleh bank pusat. Nisbah rezab yang biasa ialah 20 peratus daripada deposit. Lebihan rezab sebanyak 80 peratus lagi akan dijadikan pinjaman.

Nisbah rezab bank perdagangan ialah suatu bentuk kawalan dasar kewangan untuk mempengaruhi bekalan wang (M) dan kadar bunga (r). Dalam keadaan inflasi, nisbah rezab boleh dinaikkan supaya lebihan rezab akan berkurangan, lalu kebolehan bank perdagangan memberi kredit akan merosot. Sebaliknya, dalam keadaan ekonomi meleset (deflasi), nisbah rezab boleh diturunkan supaya lebihan rezab meningkat, lalu kebolehan bank perdagangan memberi pinjaman akan meningkat.

Proses ciptaan wang, kredit

Katakan A memasukkan wang berjumlah RM100 ke dalam akaun semasa di Bank Pertama. Sebagai memenuhi syarat nisbah rezab 20 peratus, Bank Pertama memiliki lebihan rezab sebanyak RM80 untuk pinjaman. Katakan Bank Pertama memberi pinjaman RM80 itu kepada B menerusi sekeping cek. B perlu mendeposit cek berkenaan dalam akaun semasa di Bank Kedua. Seterusnya, Bank Kedua akan memiliki lebihan rezab sebanyak RM64 sebagai pinjaman, manakala RM160 = 20 peratus sebagai rezab. 

2 comments:

Unknown said...

assalam cg, apakah halang dalam penciptaan wang...??? mohon penjelasan drpd cg

cikgu azhar said...

W.salam Zulaikha Abd Aziz,

Halangan ciptaan wang berlaku apabila andaian yang disenaraikan tidak tercapai: kebocoran tunai, syarat cagaran (deposit semasa baharu dan lebihan rizab tunai menyusut), bank memegang lebihan rizab (keselamatan kecairan), minat meminjam rendah (kadar bunga, persekitaran pelaburan, bank berhati-hati (risiko bayar balik), kemelesetan ekonomi dan penggunaan kad kredit.

kesimpulannya, semua faktor di atas mengakibatkan tidak semua lebihan rizab tunai dapat dipinjamkan. deposit semasa baharu juga semakin menyusut dan demikianlah setrusnya ...