SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, May 22, 2012

SUMBER EKONOMI DAN KEHENDAK (LECTURE ON MICROECONOMICS, MODULAR)

Pendahuluan


Telah dijelaskan sebelum ini bahawa ekonomi ialah sains kekurangan, iaitu kajian tentang cara pelaku ekonomi  memperuntukkan sumber yang terhad bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad dengan cekap. Pelaku ekonomi terdiri daripada isi rumah, firma dan kerajaan; sumber ialah faktor pengeluaran; kehendak ialah keinginan memperoleh barang dan perkhidmatan; manakala cekap ialah dengan sejumlah faktor yang diberi, pengeluaran dapat dihasilkan pada tahap optimum.

Sumber ekonomi melibatkan sumbangan fizikal dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan. Secara relatif (berbanding), sumber ekonomi bersifat terhad. Ertinya, sumber atau faktor (pengeluaran) tidak mencukupi bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad.

Faktor terdiri daripada buruh, modal, tanah dan usahawan. Bentuk sumbangan faktor dan bayaran kepada faktor akan diperincikan. Seterusnya, perbincangan tentang kehendak akan dijuruskan kepada klasifikasi barang, iaitu barang ekonomi, barang percuma dan barang awam.

Sepintas Lalu Sumbangan Faktor
Faktor
Definisi
Ciri
Contoh (peranan)
Bayaran /Ganjaran
Buruh
sumbangan mental, fizikal
input berubah,
 boleh ± ~ Ʃ pgⁿ
buruh mahir,
tidak mahir
upah / gaji
Tanah
sumber asli
penawaran tetap
beza kualiti, lokasi
sewa
Modal
bentuk fizikal tetap
ciptaan manusia
alat, jentera,
 bahan mentah
bunga / faedah
Usahawan
m’gabung faktor
menanggung risiko
pemimpin, perancang, penyelaras
untung

Perbandingan Kumpulan Barang

Ciri
Barang Ekonomi
Barang Percuma
Barang Awam
Penawaran
terhad
tidak terhad
terhad
Bayaran (harga)
ada
tiada
tiada
Kos Lepas
ada
tiada
ada
Pengecualian
ada
tiada
tiada



Contoh
makanan, pakaian 
udara, cahaya, hujanjalan raya, sekolah



penyedia
swasta
anugerah alamkerajaan



Penawaran = jumlah kuantiti keluaran sesuatu barang


Harga = perbelanjaan / caj yang ditanggung oleh seseorang untuk memperoleh barang dan perkhidmatan


Kos Lepas = pilihan kedua terbaik yang terpaksa dikorbankan untuk penggunaan pilihan pertama


Pengecualian = tidak dapat menghalang sesiapa daripada menggunakannya, tidak bersaing


Barang ekonomi boleh dibahagikan kepada barang pengguna, barang modal dan barang perantaraan.

(a)  barang pengguna / akhir memberikan kepuasan langsung. Contoh: barang tahan lama, tidak tahan lama
(b)  barang modal = digunakan untuk pengeluaran barang lain. Contoh: mesin dan peralatan pejabat
(c)  barang perantaraan = digunakan sebagai input (bahan mentah) untuk pengeluaran barang lain. Contoh: tepung.

Barang awam disediakan oleh kerajaan menerusi pembiayaan hasil cukai. Barang awam ialah satu alat agihan semula kekayaan negara dan memenuhi fungsi tunggal kerajaan untuk memaksimumkan kebajikan. Contoh barang awam ialah rumah api, jalan raya, hospital, sekolah dan taman rekreasi.

Barang persendirian dibiayai oleh individu, serta tertaktuk kepada prinsip pengecualian. Maknanya, sama ada perlu membayar, atau mendapat persetujuan pemilik sebelum boleh menggunakannya. Contoh: kenderaan, buku teks.


Penutup


Perbincangan tentang sumber dan kehendak di atas akan diteruskan dengan perincian masalah asas ekonomi. Masalah kekurangan, pilihan (proses membuat keputusan ekonomi) dan kos lepas akan dilanjutkan kepada 3 masalah asas ekonomi, iaitu:
a)  apakah dan berapakah  }
b)  bagaimanakah               }    barang yang hendak dikeluarkan?
c)  untuk siapakah              }

3 comments:

nisha ranganathan said...

cikgu, im suganisha here ( LSA 2). ini rumusan untuk bab 1 ??

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu.. ada satu soalan yang tidak dapat saya jawab.. soalannnya berbunyi begini 2. Untuk melariskan jualan, sesetengah penjual memberikan ‘barangan percuma’ jika membeli sesuatu barangan tertentu. Adakah barangan yang diberikan secara percuma ini ádalah barang percuma daripada segi ekonomi. Berikan alasan anda. mohon cikgu bagi pendapat mengenai soalan diatas..dan jawapan yang patut saya jawab...

cikgu azhar said...

W.salam,

barangkali sudah pun siap jawapannya. barang sampel walaupun percuma bukanlah barang percuma menurut perspektif ekonomi. penawaran barang sampel bersifat terhad dan pada ketika promosi sahaja ...