SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, August 3, 2012

USAH BIAR DUNIA MASUK KE HATI ANDA (THE SACRED VS PROFANE)

Manusia yang berhajat mencapai kejayaan dan kesejahteraan hendaklah bebas daripada dua belenggu utama, iaitu kejahilan dan cintakan dunia. Kehidupan tanpa ilmu mengakibatkan seseorang itu semakin jauh daripada kebenaran hakiki, manakala sifat cintakan dunia menyebabkan seseorang itu hilang daya juang dan tercabut daripada semangat jihad yang berkobar-kobar. Demikian intisari tazkirah Ramadan oleh seorang pendakwah Mesir di Masjid Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, 10 kilometer daripada bandaraya Ipoh sebelum bermulanya solat tarawih secara berjemaah.

Masjid Abdul Rahman Auf sebelum ini ialah sebuah surau, tetapi telah dinaik taraf sejak tiga minggu yang lalu. Selain majlis ilmu, masjid berkenaan mempunyai program tetap yang dianjurkan bersama sebuah pertubuhan persendirian, iaitu pengajian tahfiz kepada kanak-kanak. Tenaga pengajar dan pelatih termasuk yang didatangkan khas dari Somalia dan Sudan. 

Pada malam ini, seorang murid tahfiz yang memikul tugas imam solat tarawih baru sahaja mencecah usia 14 tahun. Murid berkenaan membaca surah al-Anbiya' dalam lapan rakaat, sebelum tugas imam diambil alih oleh gurunya pula. Bacaan murid tahfiz berkenaan begitu fasih dan lancar, seperti qari penutur jati Arab sendiri.

Berbalik kepada tazkirah pendakwah Mesir tadi bahawa kecintaan kepada dunia mestilah dihalang daripada menguasai diri seseorang. Sebaliknya, seseorang yang hanya menjadikan dunia sebagai batu loncatan untuk kesejahteraan akhirat bakal dikurniakan nikmat secara "percuma" oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Para sahabat seperti Abu Bakr, Umar dan Abdul Rahman bin Auf ialah golongan kaya raya, tetapi hati mereka tidak pernah terpaut kepada kekayaan itu, sebaliknya memberi keutamaan kepada perintah Ilahi sebaik sahaja wujud keperluan untuk berbuat demikian. 

Harta benda dan kesenangan yang melimpah ruah ialah ujian atau fitnah buat manusia. Perbuatan mengumpul harta dengan cara yang sah dan disalurkan pula ke jalan yang diredhai bukanlah suatu kesalahan, tetapi jika bertujuan untuk bermegah, maka saat kehancuran pasti tiba. Perkara itu diingatkan dengan jelas lewat surah at-Takathur.

...

...

...

No comments: