Tuesday, November 6, 2012
TERUSKAN TINGKATAN 6 ATAU KE UiTM, POLITEKNIK? (DILEMMA OF HIGHER EDUCATION ROUTE)
Jawapan kepada soalan seperti tajuk di atas akan bergantung kepada orang yang ditanya. Jika berjumpa dengan kaunselor pelajar, jawapan muktamad akan diambil oleh pelajar sebagai klien sesi kaunseling setelah diajak melalui proses membuat keputusan secara teratur. Hakikatnya, semua pendapat, sama ada amatur dan profesional boleh dijadikan titik tolak pertimbangan, tetapi pada akhirnya pelajar harus membuat keputusan sendiri, justeru segala natijah jangka pendek dan jangka panjang bakal ditanggung secara bersendirian.
Ketika masih memulakan peperiksaan penggal satu sistem modular bermula semalam (Isnin, 4 November 2012), tawaran pengambilan sesi November Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan politeknik tertera secara atas talian. Secara tidak langsung, tumpuan pelajar terhadap peperiksaan yang sedang diduduki terjejas juga sedikit sebanyak. Suatu keputusan penting dalam kehidupan mesti dilakukan dengan segera, dengan tarikh pendaftaran pada minggu keempat November ini.
Pelajar yang menerima tawaran kemasukan institut pengajian tinggi perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan atau klinik swasta yang diiktiraf. Persiapan lain seperti barang peribadi dan urusan kewangan juga perlu dibereskan dalam tempoh yang terdekat. Ibu bapa dan keluarga juga menunggu keputusan muktamad yang akan dipilih oleh pelajar.
Pelajar prauniversiti tingkatan 6 kohort sulung sistem modular sudah mencecah umur 18 tahun, atau melepasi usia juvana. Maksudnya, mereka sudah mencapai tahap usia matang untuk membuat sesuatu keputusan yang besar. Namun, pandangan orang lain harus dihormati juga walaupun tidak semestinya diikuti sepenuhnya.
Kursus diploma di UiTM dan politeknik bertaraf separa teknikal. Namun, peluang untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah tidak pernah tertutup. Cuma, sebagai laluan kemasukan yang setaraf dengan STPM, pemegang diploma mungkin perlu memenuhi beberapa syarat tambahan tertentu IPTA tempatan.
Apabila tiga buah politeknik premier (Ungku Omar, Ipoh; Johor Bahru dan Shah Alam) akan menawarkan program diploma lanjutan yang setaraf dengan ijazah sarjana muda, maka lulusan diploma politeknik memiliki peluang terbaik. UiTM memang telah lama menawarkan program yang sama, tetapi kini telah dinaik taraf sepenuhnya sebagai program ijazah asas. Tiada sekatan seumpama itu bagi IPT swasta dan universiti luar negara.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum keputusan muktamad untuk mengucapkan selamat tinggal kepada program pengajian prauniversiti tingkatan 6. Pertama, jangkaan pencapaian bagi peperiksaan penggal satu yang sedang diduduki. Andai kata, boleh memperoleh PNGK 2.8 ke atas, ada baiknya tamatkan dahulu semua tiga penggal pengajian hingga November 2013.
Tempoh pengajian tingkatan enam berbaki setahun lagi dan kemasukan universiti pada bulan September 2014. Keseluruhannya, hanya 20 bulan waktu menunggu dengan laluan STPM, berbanding dengan minimum 30 bulan (dua tahun setengah) bagi pemegang diploma, tidak termasuk masa menunggu tarikh konvokesyen. Kebanyakan universiti premier tidak memberi pengecualian jam kredit kepada pemegang diploma, melainkan universiti luar negara yang tertentu.
Pilihan program pengajian laluan STPM lebih luas, berbanding dengan laluan diploma yang sudah ada pengkhususan. Calon STPM yang boleh melamar program pengajian bahasa, antropologi dan sosiologi, kajian Asia Tenggara, psikologi, komunikasi, persuratan, falsafah dan sebagainya. Budak diploma bukan sahaja perlu merebut tempat yang terhad untuk laluan khas (kecuali UiTM dan politeknik premier), tetapi bidang pengajian yang dipohon mesti tidak terlalu berbeza dengan pengkhususan semasa pengajian diploma.
Kedua, cita-cita sebenar pelajar dalam haluan mencari rezeki pada masa hadapan, sama ada kerja makan gaji atau berdikari. Dalam persekitaran ekonomi yang penuh persaingan dan tipu helah kini, penguasaan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam sesuatu bidang pengkhususan sudah menjadi keperluan, bukan lagi pilihan. Peribahasa 'seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing' (survival of the fittest), iaitu hukum rimba sentiasa muncul dalam versi yang lebih canggih.
Maka, bidang pengajian yang hendak diikuti harus sejajar dengan cita-cita peribadi. Kelayakan akademik dan kemahiran dengan pengkhususan yang tertentu juga suatu tiket untuk meraih kepercayaan dan penghormatan orang lain. Cerita usahawan seperti Syed Bukhari, Ramly 'burger', SM Nasimuddin 'Naza' (Allahyarham), David Teoh 'Metrowealth', Boon Siew 'Honda', Colonel Harland Sanders KFC, dan Sosilawati (Allahyarhamah), lulusan sekolah menengah lebih bersifat pengecualian dan terpencil.
Ketiga, ialah keupayaan dalam mata pelajaran Matematik Tulen (Matematik Tambahan) yang menjadi komponen utama pengajian diploma kejuruteraan, perniagaan dan teknikal yang lain. Demikian juga pencapaian dalam mata pelajaran Fizik dan Kimia, serta Bahasa Inggeris. Pendek kata, ukur baju di badan sendiri.
Keempat ialah kebolehpasaran atau prospek (dan retrospek) bidang pengkhususan pengajian yang diikuti. Maksudnya ialah peluang pekerjaan, sama ada bekerja dengan majikan tertentu atau menjalankan perniagaan sendiri. Amalan nujum, bertenung nasib dan tukang tilik memang terlarang, tetapi unjuran perancangan senario ialah bentuk persediaan jangka panjang yang digalakkan.
Apabila seseorang itu sudah nekad dengan keputusan tertentu, segala cakap dan pendapat yang bersifat amatur dan negatif mesti ditangkis. Dengar cakap enggang, makan buah belolok; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
267 comments:
«Oldest ‹Older 201 – 267 of 267Salam iera razali,
boleh. ada borang tarik diri lengkap dengan syarat tertentu. jika menghuni kolej kediaman, caj akan dikenakan. tiada denda
Wallahu a'lam ...
Assalam cikgu~ sya ingin minta pendapat drp cikgu. sekarang sya study as form6 and dapat tawaran poli(konvensional) dalam course kejuruteraan mekanikal.. sya kurang berminat dengan course tu.. tapi sya lagi takut jika sya tak boleh score untuk stpm.. actually sya berminat dalam course IT tapi sya tak dapat course yg sya minat.. adakah sya patut stay as form6 or masuk ke poli? minta pencerahan daripada cikgu.. sincerely from Nur
W.salam Nur,
pengajian kejuruteraan mekanikal merangkumi reka bentuk berkomputer (autocad & autocam). tamat diploma, dengan pngk yang baik (3.4 +) boleh mohon ijazah IT. boleh dikatakan kursus itu sebagai laluan untuk sarjana teknologi maklumat. jika masih dilema, istikharah. semoga beroleh petunjuk. amin ...
Assalamualaikum cikgu ,
Saya nak tanya , sekarang saya belajar di ting 6 aliran kemanusiaan . Masalah saya Skarang ini ialah saya dah target saya nak masuk uni mana untuk saya sambung degree nanti ( In Shaa Allah ) . Tetapi saya check di upu syarat asas untuk masuk degree melalui stpm kena score dalam beberapa subject masa spm misalnya math . Masalah saya ialah saya tak kredit dalam subjek math di spm syarat yang lain saya lepas , adakah saya perlu mengulang spm untuk subjek math ? Saya sangat buntu sekarang ni cikgu , saya risau nanti masa habis stpm saya mohon upu balik tapi tak dapat atas sebab math saya tak kredit dekat spm . Course yang saya minat ialah psikologi , dan syarat nak sambung psikologi kena kredit subjek math di peringkat spm . Hmmm
Salam,
Saya nak tnye, sekarang nie saya di f6 aliran sains,saya ade buat rayuan poli dlm bidang teknologi makanan.boleh ke saya sambung ijazah dlm bidang dietetik kalau saya lpsan dip foodtech?. Mohon pendapat Cikgu.terima kasih
W.salam,
Ahmad Amirul:
kursus psikologi memang memerlukan matematik. terdapat banyak model membuat keputusan yang mengaplikasikan kaedah kuantitatif. cabang psikologi sangat luas seperti klinikal, organisasi, pembangunan dan sebagainya. analisis matematik dan statistik membantu ahli psikologi mengenal pasti punca sebenar sesuatu kes dan merancang intervensi tertentu
food tech dengan dietetic memang kurang berkaitan. food tech lebih kepada sektor pembuatan, manakala pengajian pemakanan di bawah fakulti sains kesihatan
Wallahu a'lam ...
Hadi latito:
Assalamualaikum cgu..nak tanye ni..saya sekarang pelajar form 6..lepas tu saya dapat tawaran dri icym kerjasama dgn utm n saya dapat dlm bidang dip. Technology management (utm) ..yg mana harus saya pilih cgu...
Terimas kasih cgu
Annuhi
Assalamualaikum cgu..nak tanye ni..saya sekarang pelajar form 6..lepas tu saya dapat tawaran dri icym kerjasama dgn utm n saya dapat dlm bidang dip. Technology management (utm) ..yg mana harus saya pilih cgu...
Terimas kasih cgu
Annuhi
Sekarang ni saya ambil p.a,seni,kmk n bm kat form 6..tapi saya minat matematik..antara form 6 n diploma teknologi management yg mna harus saya pilih..
Tq
Annuhi
Assalamualaikum,
Cikgu saya ingin meminta pendapat. Saya lepasan spm'15. Skrg saya blum ada smbung mana2 ipt or t6. Skrg, saya apply politeknik untuk second intake dn saya tlh apply pradiploma d uitm utk second intake jga. Jdi, result p'mohonan politeknik tu kluar dlm pertenghn bulan 10 dan pendaftarannya dlm bulan 11 tetapi tarikh result prmohanan utk pradiploma uitm blum lgi d uar2kan(dgr2nya dlm bulan 11 lah cikgu ) . Saya keliru, jika saya dapat politeknik (insyaAllah) tetapi saya lbih harap mendapt pradip d uitm, tetapi dlm masa yg sma rsult utk pradip uitm blum kluar... adakah saya patut memilih poli dn menukarknnya kemudian jika saya mendpt pradip d uitm atau abaikan poli dn tggu utk pradiploma d uitm??
-RR-
Salam cg dip pngurusan prniagaan ok x..pluang pkerjaan bnyk x
Salam cikgu, saya sekarang berada di tingkatan6 dlm jurusan kemanusiaan, tetapi saya mendapat tawaran pengajian perniagaa di uitm, pada pendapat cikgu mana satu lebih sesuai utk saya yang tk sgt struggle sbb t6 kan kena struggle sentiasa dan dlm masa yg sama saya takut nk amik pengajian perniagaan sbb saya agak lemah dalam maths
Salam cikgu pada pendapat cikgu,teruskan tingkatan 6 dlm kemanusiaan ataupun menerima tawaran ke uitm dalam pengajian perniagaan? Saya seorang yg agak lemah maths tetapi dlm masa yg sama saya tkut jika pointer stpm saya rendah kemana saya slps itu
Salam Cikgu,saya nak Tanya pendapat Cikgu. Alhamdulillah saya dah hbiskan sem 1 utk form 6. Semasa dalam f6 saya ada menerima tawaran dari poli utk course civil engineering dan saya telah menolaknya.selepas saya ada perasaan kesal stiap kli saya tdk dpt menguasai pljrn di f6. Alhamdulillah saya berjaya hbiskn sem 1. Semalam saya telah menerima Surat tawaran dr poli utk bidang elektrik Dan elektronik.saya tdk pasti utk accept kerana saya tdk mahu menyesal mcm dulu at the same time saya takut dengan risiko f6. Apa patut saya buat?
Cikgu sy nak tnya , keputusan spm sy hnya mndpt 6 kredit dan tiada yg sy peroleh. Hnya B+ tertinggi. Pada pendapat cikgu, tinggikah peluang sy utk mendapat tmpt di politeknik konvensional dlm pengajian perniagaan atau pilihan lain yg sy pilih?
Sy memerlukan pendapat cikgu utk sy mmbwt keputusan. Terima kasih cikgu.
Maksud sy tiada A sy peroleh
Cikgu kalau ambik kos digital di poli bahagian konvensional ..mudah tak mintak kerja dan sambung belajar di perinkat sarjana
assalamualaikum .. saya nk tanya pendapat cikgu .. saya sekrg di tingkatan 6 .. dan bru ditawrkan politeknik dlm bidang video dan filem .. jadi pada pendapat cikgu .. yang mana bagus untuk diteruskan ??
Assalammualaikum cikgu...selamat hari guru..
saya nak bertanya pendapat cgu mengenai diploma sains kesetiausahaan..
adakah course ini mempunyai masa depan yang cerah? Bolehkah cgu memberi kata2 nasihat untuk saya?{ sya ada terdengar course ini hanya untuk orang yang tidak berpendidikan }btul ke??
salam...ckgu..nak tanya pendapat ckgu..skg saya dlm tingkatan 6 jurusan kemanusian..baru2 ni saya mendapat tawaran ke uitm dlm diploma sains computer...sya x tahu yg mn paling bgus..klulah stay from 6...abis stpm dapat ke saya trus menlnjutkn ke degree sains computer....
Assalamualaikum Cikgu,
Cikgu saya mohon pandangan dan pendapat cikqu. Saya pelajar lepasan SPM 2016. Saya mendapat tawaran dari politeknik premier dalam bidang dip k.mekatronik tp dlam masa yg sama saya mendapat unikl dlm bidang dip k.automotif. sekarang saya dilema sebab sepupu saya kata pelajar lepasan dari poli ni susah mendapat pekerjaan dan beliau berpendapat lebih baik saya memasuki unikl berbanding politeknik. Mohon pencerahan dari Cikgu.
Terima Kasih.
Assalam ckgu...saya nak tanya saya dpt poli premier diploma pengajian perniagaan...yg saya risaukan sekarang ni adakah senang nak dptkan pekerjaan bg pengajiaan perniagaan dan adakah peluang saya untuk melanjutkan pmbelajaran dlm bidang lain tertutup jika saya memilih diploma ini....
Mohon perjelasan dari pihak ckgu
W.salam,
hadi lalito: insya-Allah, dengan syarat pngk terbaik
Annuhi: sudah membuat keputusan?
Unknown: pekerjaan bukan bergantung semata2terhadap bidang pengkhususan, tetapi kehendak majikan dari segi kepimpinan, kemahiran insaniah, kreativiti, kesungguhan dan kejujuran
anon sep 29: apa status permohonan?
anon oct 25: bergantung kepada pngk & kemahiran insaniah
anon nov 4: pilih uitm. matematik bukan 100% exam, tetapi markah kehadiran, tutorial, kuiz dan tugasan
anon dec 7: sudah terima tawaran poli atau masih di tingkatan 6?
anon apr 6: apa status permohonan
anon may 15: mesti pngk terbaik, kualiti kepimpinan dan kebolehan bekerja dalam pasukan, mudah dilatih dan setia kepada organisasi. kriteriaitu akan diuji oleh bakal majikan
Zack 77: bergantung kepada minat. semua bidang pun boleh sambung hingga Ph.D
ifa: siapa kata? boleh ambil kelayakan profesional chartered ICSA yang menjadi rebutan korporat
carmela: pilih uitm jika memang hendak sambung ijazah sains komputer
syuhada samsudin 91: mungkin betul cakap sepupu. uniKL banyak jaringan industri. namun, kos pengajian di uniKL lebih tinggi berbanding politeknik. jika masuk poli pun, boleh sambung ijazah
Adlina Azizan: peluang pekerjaan soal rezeki. selain sambung bidang perniagaan, boleh juga sambung undang2, ekonomi, pentadbiran, sains politik, psikologi dan banyak lagi. mana ada terhad, tetapisyaratnya pngk tertinggi dan muet minimum band 4 ...
Wallahu a'lam
assalamualaikum cikgu ,
saya lepasan spm masih buntu dalam membuat keputusan sama ada ke poli atau tingkatan 6,
saya ditawarkan diploma perniagaan antarabangsa di poli shah alam,saya juga mengambil subjek perniagaan dan ekonomi di tingkatan 6, manakah patut menjadi pilihan saya dari semua aspek
Salam Cikgu
Minta pendapat cikgu . Apakah sebenarnya Teknologi media cetak?
Adakah jurusan ini sesuai dipelajari oleh kaum perempuan pada masa ini?
Adakah peluang pekerjaan cerah untuk jurusan ini?
Bolehkah saya jadi guru disekolah jika saya memilih jurusan ini di politeknik?
W.salam,
bergantung kepada strategi & keupayaan kewangan ibu bapa. kedua-duanya laluan ojazah asas
semua bidang pengajian pun sangat luas sehingga tahap PhD. jadi, pastikan pencapaian tertinggi. dengan teknologi terkini, gender bukan masalah lagi.
Wallahu a'lam ...
Assalamualaikum cikgu..
Saya sekarang form6 jurusan sains sukan.
Then dapat poli premier dip kejuruteraan elektronik perubatan.
Saya dilema nak pilih. Kalau boleh nak yang terus boleh berkerja.
Terima kasih cikgu
Asalam, cikgu
Saya telah ditawarkn & saya menerima program matrikulasi dlm jurusan sains,modul 3,(biologi,kimia,math,sains komputer),layakkah saya untuk menyambung ijazah dalam ukur bahan slps saya habis matrikulasi ?
W.salam,
anon jun 12: soal kerja sussah nak cakap. bergantung kepada rezeki, jika mahu makan gaji. tambahan pula, tiada jaminan seseorang itu memperoleh kerja yang menepati kelayakan akademik / latihan yang dijalani. pada hemat saya, belajar dahulu dan catat pngk terbaik dan gilap kemahiran insaniah, terutama kepimpinan dan kerja berpasukan.
cuba solat istikharah untuk memohon petunjuk Ilahi sama ada terus tingkatan 6 atau ke politeknik
anon jun 13: insya-Allah boleh. cuba capai pngk 3.5 ke atas, serta muet band 4 supaya berada dalam kelompok calon berpotensi tinggi
Wallahu a'lam
Hello, ini adalah kumpulan kewangan Donegal. A bereputasi, sah &
bertauliah pemberi pinjaman. Kami memberi pinjaman daripada semua
jenis dalam cara yang sangat cepat dan mudah. Kami menawarkan pinjaman
komersial, pinjaman perniagaan, Penyatuan Hutang, pinjaman pelajar
atau apa-apa jenis pinjaman pilihan anda pada kadar faedah 2%. Jika
anda berminat untuk kembali kepada kami di Alamat e-mel ini
donegalgroupint@gmail.com Dengan maklumat berikut yang di bawah :.
Nama:
Nama keluarga:
negara:
bandar:
pekerjaan:
alamat tetap:
Tarikh lahir:
Poskod:
seks:
Nombor telefon:
Status perkahwinan:
Tujuan pinjaman:
Pendapatan bulanan:
Jumlah pinjaman yang diperlukan:
Tempoh pinjaman:
Waris:
Waris Nombor telefon:
Waris kekal Alamat:
Melampirkan Kad Pengenalan sah anda :.
Assalamulaikum cikgu,saya dpt tawaran diploma kejuruteraan awam(Polisas)...saya skrg sdng belajar f6 aliran kemanusiaan.. Soalan saya,adakah perlu saya terima tawaran poli atau stay f6 yang sudah banyak matapelajaran saya ketinggalan(masuk selepas 2 bulan pelajar lain belajar) bantu lah saya..
Assalamulaikum cikgu,saya dpt tawaran diploma kejuruteraan awam(Polisas)...saya skrg sdng belajar f6 aliran kemanusiaan.. Soalan saya,adakah perlu saya terima tawaran poli atau stay f6 yang sudah banyak matapelajaran saya ketinggalan(masuk selepas 2 bulan pelajar lain belajar) bantu lah saya..
Assalamualaikum cikgu saya nak tny sya memohon pra diploma perdagangan di uitm setelah tdk mendapat tawaran dri upu tetapi sya mendapat politeknik kos kejuruteraan awam dlm upu rayuan ...saya nak tny pendapat cikgu yg mna lebih better utk saya sambung belajar ??? 😁
Maknanya dua2 saya dpt tawaran n then poli to konvensional pya saya takut x leh sambung degree je ..lupa nk tulis
W.salam,
Mohd Akmal: ambil kira kecenderungan pengajian dan kerjaya. juga kewangan keluarga. jika bersungguh-sungguh, sama ada polisas atau tingkatan 6 pun o k untuk laluan ijazah asas. jangan letak sasaran yang rendah
anon jun 17: sama macam diatas, bergantung kepada pencapaian pngk. kalau boleh 3,6 + bagi setiap semester. poli konvensional / premier tidak menjejaskan peluang itu
Wallahu a'lam ...
Assalammualaikum. Saya nak bertanya mana satu pasaran lbih luas (pluang pekerjaan) antara lepasan diploma uitm atau lepasan diploma poli dlm bidang kejuruteraan awam? Yg mana satu senang nak dpt pekerjaan. Takut apabila sudah habis pengajian akan menganggur. Jadi saya ingin meminta pendapat dalam hal ini.
Izazi Athirah
W.salam Izazi Athirah,
setara. peluang pekerjaan susah nak cakap. bergantung kepada persetiran pasaran apabila Izazi tamat pengajian. namun, bidang kejuruteraan masih o k, insya-Allah
Wallahu a'lam ...
Terima kasih bgi pendapat.
salam dan selamat sejahtera,, cikgu dan semua
sorry nak tanya,, saye baru habis diploma pengajian perniagaan di politeknik mersing
xpi xtau kalo nak sambung degree kena masuk politeknik yang mana ya? utk course
degree perniagaan
Salam cikgu,sya skrg masuk form6 aliran kemanusiaan tapi saya ad dpt tawaran ke pra diploma sains politeknik..masa spm saya tak amik subjek sains..rasanya bole ke saya bwk?Mohon pencerahan dri cikgu..yang mna patut sya pilih samada form6 atau politeknik.saya syg nk tinggalkn form6 sbb sem1 dah nak habis..yg mne ptut sya pilih?..mohon pencerahan...maaf cikgu menganggu..
assalamualaikum cikgu. sorry i just found your blog and at the sametimes saya tgh dilemma. saya sdg menuntut di poli kos civil engineering. all of sudden, permohonan saya ke uitm diterima kos estate management. saya taktahu samada nak stay poli atau pergi ke uitm. mohon pandangan cikgu, tq.
Salam,
Nelson Teh: mungkin dah selesai urusan. maaf, tak sempat memberi cadangan
Nurul Nadiah: barangkali sudah menerima tawaran politeknik. Insya-Allah, boleh bawa
Nisa Ichah: kedua-dua diploma. jadi setara. pada saya, elok teruskan poli untuk kelayakan kejuruteraan. masa ijazah, boleh bertukar kepada pengurusan ICT sebagai contoh. kebolehpasaran sdri lebih luas sebab ada dwipengkhususan
Wallahu a'lam ...
Assalamualaikum cikgu,
Boleh bagi penerangan pasal dip teknologi polimer UiTM.
Asslam cg ,
Saya nk minta pendapat cg , sy pelajar lower 6 skrg dalam aliran sastera dan dapat tawaran jurutera perkhidmatan bangunan di polimas . Sy bercita2 ingin mnjadi seorg guru dalam masa yang sama sy risau klau sy stay form6 dan tak dpt pointer yg bgus untk sambung study ke pringkat deg . Perlu ke sy terima tawaran ke poli ?
W.Salam Aiza Zafreena,
ganti cita-cita guru kepada pensyarah. masuk poli dan cuba capai pngk terbaik sepanjang pengajian. atau solat istikharah untuk beroleh petunjuk.
Wallahu a'lam
Salam kak wanie . Kk wanie pilih f6 ke poli . Saya pon dlm dilema mcm kak wani jgk �� . Tlg saya pleasee .
Salam. Pd pandangan tuan... mana lebih elok.. jmti (diploma teknologi kejuruteraan kkmputer) @ politeknik primiwr (dip kejuruteraan elektronik komputer). Adakah kedua-dua dip ini sama?. Tk atas perhatian Tuan...
Salam. Antara jmti (dip teknologi kejuruteraan komputer) & poli primier (dip kejuruteraan elektronik kompiter) mana lebih sesuai utk sambung pgajian? Apa beza kursus antara keduanya.. tk
Salam...cikgu ..saya sekarng di f6 tpi saya dpt twaran dip akauntansi di politeknik arau (PTSS) ....di f6 saya ambil eko sej bm pengajian am ..saudara ii saya suruh saya ambil poli sbb tkut saya tdk boleh bwa sub sej dan result spm sej saya hnya mndpt C dngn bntuan open book...jadi persoalan saya sama ada saya pergi poli atau stay f6 dan adakah kalau saya smbung dip poli saya akn dpt smbung pembelajaran saya di uitm atau universiti luar negara
Saya nk mntk pendapt cikgu....dn adakah betul orng ckp diploma politeknik Semarang laku
Kalau exam di politeknik dalam bahasa ape. English or bahasa Melayu??
anon june 2: bergantung kepada kursus dan pensyarahnya
W.salam,
boleh daftar poli. Insya-Allah jika pencapaian cemerlang boleh sambung ijazah di mana2 uni dalam atau luar negara
Wallahu a'lam ...
assalam saya dpt twrn dari ktpm johor f6 dan polimas..tpi xtahu yg mna terbaik utk saya sbb kos yg berbeza..mohon jawab sbb saya buntu ahaha trima kasih
Assalam cg.sya student course CAT di uitm shah alam ,then sya decide untuk brhnti half way due to financial problem sbb course ni too expensive.sya dah belajar almost 3 month course tu.bila stop,sya confuse sama ada sya perlu ambil uitm intake disember or poli second intake ? Any suggestion ? ?
Salam cikgu..
Anak perempuan saya dapat tawaran politeknik primer bidang electrical engineering dan tawaran uitm pengurusan maklumat. Mana lebih baik..utk masa depan dia.
assalam semua ..saya puan sue kaunselor akademik.
saya suka mencadangkan adik2 lepasan SPM 2019 ni .bole bertanya pada saya wsp 011-16930576.bidang terbaik sekarang adalah dalam diploma logistik dan bekalan rangkaian dan juga bidang peruncitan..inilah bidang yg saya nampak mudah memohon epekerjaan dan banyak pula peluang pasaran kerja..
jadi kepada lepasan SPM boleh contact madam ya..mdm sudah 8 tahun mengajar kolej dn pusat pendidikan..insyAllah mdm share info..tq
bole ka lps ambik diploma politeknik konvesional sambung degree d tmpt lain? sbb politeknik konvesional smpai d ploma sja setahu saya
Assalamualaikum cikgu, saya sarah. Saya nak tanya, kalau saya masuk poli atau poli premier diploma jurusan perniagaan antarabangsa atau mana2 aliran sastera, time degree nanti boleh ke saya tukar kepada bidang undang undang?
Salam...
Sya student form 6 (lower) tpi baru-baru ni sya dpt tawaran pra diploma... Patutkah sya tolak atau terima ?
salam CG, saya sekarang sedang melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 Kos perakaunan, tapi saya Ada mendapat tawaran politeknik seberang perai diploma akauntasi, Yang mana perlu saya ambil??
Betul ke ? Boleh saya tahu ?
Cikgu nak Tanya ni klau saya ni amik prinsip perakauanan , perniagaan Dan seni Di form 4 . Adakah saya blh memohon Dan mengambil course sbgai PA ?
nama sy hayati,saya juga mengalami situasi yg sama skrg .. jd apa keputusan yg awak ambil? mohon untuk berkongsi pengalamannya💕.. terima kasih
Post a Comment