SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, January 10, 2013

PENGALAMAN MENGAJAR PENGETAHUAN MORAL (EVERY SUBJECT IS EQUAL

Pertama kali penulis blog (PB) diamanahkan mengajar kelas Pengetahuan Moral ialah di Sekolah Menengah Teknik, Ipoh. Terkini, PB masuk ke kelas tingkatan 4 sebagai guru ganti. Maka, kesempatan itu PB gunakan untuk memberi dorongan dan berkongsi pengalaman tentang kepentingan mata pelajaran pengetahuan Moral.

Pernah pada satu tahun, PB mengajar kelas 5 Sains 2 dengan mengambil alih jadual seorang guru yang berpindah ke negeri lain. Gambaran awal PB ialah murid kelas berkenaan memandang Pengetahuan Moral sebagai mata pelajaran pinggiran atau sampingan sahaja. Malah, seorang murid Cina berterus terang bahawa mata pelajaran berkenaan langsung tidak mendatangkan makna kepada dirinya.

Maka, PB mengambil langkah segera melontarkan kaedah konfrontasi supaya murid dapat dikeluarkan dari zon penolakan, lalu masuk ke zon penerimaan secara suci hati. Soalan PB, "siapa yang ingin masuk universiti?" Secara spontan semua murid mengangkat tangan.

Tugas PB sudah menjadi mudah sebab kemasukan ke institut pengajian tinggi tidak bergantung kepada satu-satu mata pelajaran sahaja, sebaliknya pencapaian keseluruhan. Murid yang mengatakan Pengetahuan Moral tidak bermakna tadi pula berharap dapat memasuki Universiti Teknologi Petronas (UTP). Maka, ternyata dia perlu mencatat gred A dalam semua kertas yang diduduki termasuk pengetahuan Moral.

Pada ketika itu peperiksaan SPM hanya tinggal tiga bulan. Perubahan mendadak penerimaan murid terhadap Pengetahuan Moral telah menjadikan waktu pembelajaran Pengetahuan Moral menjadi meriah atau happening. Bagi mengekalkan momentum minat murid, PB membina modul aktiviti bilik darjah yang mirip dengan format peperiksaan, selain mendapatkan maklumat terkini daripada guru Pengetahuan Moral yang terbabit dengan pentaksiran.

Dipendekkan cerita, keputusan mata pelajaran pengetahuan Moral kelas 5 Sains 2 amat memberangsangkan. Hampir keseluruhan calon SPM kelas tersebut mencatat gred A. Budak yang mahu masuk UTP itu juga mendapat semua A, termasuk Pengetahuan Moral, lalu berjaya memperoleh biasiswa Petronas sebagai tajaan pengajian di UTP.

Isi kandungan mata pelajaran pengetahuan Moral menjurus kepada amalan nilai-nilai murni. Murid bukan Islam juga mempunyai hak akses terhadap disiplin, sahsiah dan tingkah laku yang terpuji. Walaupun konsep nilai murni merentas kurikulum sentiasa diberi penekanan, perincian tentang amalan nilai murni masih perlu dibuat secara lebih khusus dan tersurat.

Strategi mengajar di kelas yang dikuasai oleh pendapat negatif dan dipenuhi oleh murid yang enggan belajar sudah pasti berlainan. Guru harus mencari jalan supaya dapat mempengaruhi kumpulan dominan di dalam kelas berkenaan untuk memberi perhatian terhadap aktiviti pembelajaran Pengetahuan Moral. Jika tidak dapat semua sekali, jangan pula hilang semua sekali...

No comments: