SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, December 15, 2014

GURU BOLEH HIDUP MEWAH? (FAMILY BACKGROUND AND LUCKY DRAW)

Kakitangan perkhidmatan awam, termasuk guru pada amnya tergolong dalam kumpulan berpendapatan sederhana sahaja. Emolumen yang diterima setiap bulan tidaklah sampai melayakkan mereka muncul sebagai orang kaya baharu (OKB) sepertimana usahawan berjaya atau selebriti terkenal. Namun, ada jalannya untuk guru menikmati status kehidupan kelas atasan dengan beberapa syarat.

Sebagai contoh, guru datang daripada latar belakang keluarga yang kaya raya. Walaupun baru melapor diri untuk bertugas, guru sedemikian sudah mampu memandu kereta mewah BMW 5 siri dan menggunakan telefon bimbit tercanggih. Penampilan dari segi gaya dan pakaian juga melambangkan ciri-ciri individu yang berpendapatan lumayan dan moncah.

Penaja guru tadi ialah ibu bapa yang mahu menggembirakan anak dengan hadiah sebagai dorongan untuk melaksanakan tugas sepenuh hati tanpa perlu berfikir tentang langkah berhutang sana sini. Tuah badan macam itu macam cerita khayalan Aladin dengan lampu ajaib. Namun, dalam borang isytihar harta, sumber pembelian kereta mewah yang tersebut hendaklah dicatatkan sebagai pemberian kasih sayang.

Terdapat juga cikgu yang sangat beruntung justeru dikurniakan jodoh yang memiliki akses kewangan yang sangat kukuh. Misalnya, guru wanita bertemu jodoh dengan ahli perniagaan yang murah rezeki, atau sebaliknya guru lelaki bertemu jodoh dengan peniaga wanita seperti itu. Tempias kehidupan pasangan yang senang-lenang turut terkena kepada cikgu ditakdirkan dengan teman hidup bercita rasa tinggi.
sumber ambilan gambar di sini

Selain itu, ada juga guru yang beroleh rezeki dari arah yang tidak diduga-duga seperti janji Allah dalam surah at-Talaq (67:2-3) yang juga dikenali sebagai ayat seribu dinar. Dalam paparan gambar di atas, dua orang guru wanita secara tiba-tiba menjadi pemilik BMW 3 siri yang bernilai lebih daripada Ringgit Malaysia suku juta. Tanpa meletakkan harapan yang menggunung, rezeki datang menggolek.

Guru-guru lain yang bergantung kepada emolumen bulanan serta harus pula menanggung ibu bapa dan adik-beradik yang menjalani kehidupan ala kadar harus menerima hakikat bahawa mereka perlu merancang perbelanjaan yang ketat setiap bulan. Gaji dan elaun yang diterima siap sedia untuk diagihkan kepada insan yang dikasihi, di samping bayaran hutang kenderaan, perumahan, bil utiliti, perbelanjaan rumah tangga dan kad kredit, jika ada. Walaupun pada zahirnya kelihatan sengkek, guru berkenaan wajib bersyukur kerana kesempatan berbakti dengan ikhlas ialah amalan mulia di sisi Ilahi.

Ibnu Khaldun, bapa sosiologi moden yang menamatkan sisa usia dengan mendekam di sebalik jeriji besi, pernah menyatakan bahawa kaum guru hanya menikmati ganjaran kewangan yang rendah. Walaupun demikian, beberapa buah negara telah melonjakkan pendapatan guru melebihi penjawat awam yang lain, misalnya Singapura yang hanya menerima calon guru dalam kalangan bakat terbaik. Di Malaysia sendiri, calon guru perlu mencatat pencapaian 8A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia andai kata berhajat bagi memohon tajaan biasiswa Kementerian Pendidikan (KPM) untuk ke institut pendidikan guru (IPG) atau ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi).

Sebelum kaedah laluan pantas naik pangkat dan time-based diperkenalkan untuk kerjaya keguruan, hanya pengetua sahja yang akan bersara sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan gred DG2 bersamaan DG 48 sekarang. Namun, kini semua guru memiliki kesempatan untuk mencapai gred gaji DG 54 (bersamaan profesor madya) tanpa perlu menggalas jawatan pentadbiran sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri atau KPM. Walaupun harus menunggu sehingga ke penghujung perkhidmatan untuk merasai pendapatan yang boleh tahan tingginya, guru sudah dilazimkan dengan keikhlasan dalam menjalankan amanah justeru bekalan di sana jauh lebih bernilai tinggi ...

1 comment:

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.