SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

PERCATURAN TAKTIKAL DOLAH SALLEH MENJADI, MALAYSIA KE AKHIR AFF (COMBINATION OF EXPERIENCE AND SPEED)

Tahniah kepada skuad Harimau Malaya kerana berjaya memadam kelebihan Vietnam di laman mereka sendiri sebentar tadi. Gol awal menerusi tendangan penalti Safiq Rahim pada minit ketiga memberikan peluang yang seimbang kepada kedua-dua pasukan kerana Vietnam sudah tidak boleh lagi bergantung kepada peraturan jaringan di tempat lawan ketika menang 2-1 di Shah Alam Khamis lalu. Mat Yo (Nor Shahrul Idlan Talaha) juga pada akhirnya menamatkan kemarau gol peribadi apabila mampu mencetak gol menarik pada minit ke-16.

Strategi merehatkan penjaga gol utama, Apek (Khairul Fahmi) dan Mahalli Jasuli, pemain pertahanan yang gemar meninggalkan posisi sebenar ternyata mampu mengurangkan kesilapan bagi menahan asakan bertali arus skuad tuan rumah. Disiplin dan komunikasi benteng skuad negara kelihatan lebih baik serta teratur. Kemasukan semula kapten pasukan, Shukor Adan dan penyerang veteran prolifik, Amri Yahyah menjadi tonik untuk mengkucar-kacirkan formasi gerakan pasukan Vietnam yang menaruh keyakinan untuk layak ke saingan akhir menentang Thailand.

Debaran perlawanan memasuki fasa baharu apabila giliran Vietnam pula dihadiahi sepakan penalti pada minit ke-22. Le Cong Vinh yang menggalas harapan penyokong yang memenuhi Stadium Nasional di Hanoi tidak menghampakan mereka. Namun, kelegaan tuan rumah hanya seketika apabila tujuh minit kemudian Dinh Tien Thanh tertendang bola ke gawang sendiri hasil tekanan barisan hadapan Malaysia.

Shukor Adan menambah keceriaan kem negara apabila menanduk masuk bola tendangan sudut pada minit ke-43. Menyedari bahawa Vietnam sudah terdesak, Malaysia mengamalkan corak permainan bertahan dalam separuh masa kedua. Tambahan pula, sebahagian pemain Malaysia sudah kurang angin dan harus menyimpan tenaga untuk aksi akhir yang dijadualkan pada hari Rabu berikutnya di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Taktik berkubu di kawasan sendiri mendedahkan pintu gol Malaysia sentiasa berisiko tinggi untuk dibolosi. Sayang sekali kerana pemain Malaysia begitu cepat membuang bola tanpa arah tujuan menyebabkan kawalan menjadi milik lawan sepenuhnya. Jurulatih perlu mengulang kaji kelemahan sedemikian apabila berhadapan dengan pemain-pemain muda Thai yang lebih bertenaga.

Nasib baik Vietnam hanya berhasil memperoleh satu gol tambahan menerusi Le Cong Vinh sekali lagi pada minit ke-79. Mungkin Harimau Malaya patut membuat hantaran pendek di bahagian tengah padang, bukan membiarkan lawan bermaharajalela berdekatan kotak penalti. Perlawanan berakhir dengan keputusan jaringan 4-2, iaitu kemenangan mutlak secara agregat 5-4 buat Malaysia.

...

...

1 comment:

Asa Loan said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.