SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, December 16, 2014

PU YEOP KONGSI PENGALAMAN TERTINGGAL ANAK DI LEBUH RAYA (REASONABLE CARE TO AVOID RISK TO THE LOVE ONE)

Semasa dalam perjalanan pulang dari Kuala Kangsar tengah hari tadi, kebetulan penulis blog (PB) mendengar siaran radio Sinar.fm sepintas lalu. Walaupun stesen radio retro berkenaan bukanlah kegemaran PB kerana terlalu banyak celoteh juruhebah yang kurang produktif serta muzik rock yang membingitkan telinga, tetapi sesekali input juruhebah berpengalaman seperti Kak Bek (Abby Fana) dan Jamal Jamaludin sangat berguna. Kali ini kisah PU Yeop (Mohd Zainudin bin Mohamed Zaini) mengingatkan PB tentang peristiwa seorang pegawai Bank Islam cawangan Ipoh yang kehilangan anak selama beberapa hari ketika membeli-belah di gedung perniagaan terkemuka, Sogo di ibu kota.

Cerita yang keluar daripada mulut PU Yeop sendiri di stesen berkenaan turut tersiar dalam akhbar Sinar Harian edisi on-line (klik di sini). Sebagai pendakwah selebriti yang dikenali ramai (kelahiran program realiti rangkaian Astro), peristiwa yang menimpa PU Yeop segera mendapat maklum balas pembaca, sama ada yang positif mahupun negatif. Keberanian PU Yeop sebenarnya mendedahkan diri beliau kepada risiko soal siasat pihak berkuasa jika didapati terdapat asas kecuaian (klik di sini untuk perspektif undang-undang).

Hakikatnya, perkara yang berlaku kepada keluarga PU Yeop boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Walaupun semua orang tidak mengingini nasib malang terkena kepada diri dan orang yang disayangi, begitu banyak faktor luar kawalan yang boleh muncul secara tidak diduga. Segala langkah yang perlu mungkin telah diambil, tetapi kecuaian orang lain (pihak ketiga) yang bertindak atau tidak bertindak dalam keadaan lazim telah menjejaskan mangsa.
pemandangan Kuala Kangsar pagi tadi
tempat PU Yeop  memenuhi undangan ceramah

PU Yeop juga telah membuat keputusan yang sangat berisiko tinggi apabila tidak berpatah balik ke stesen minyak Shell di kawasan rawat dan rehat Gurun setelah tiba di rumah beliau di Taiping. Beliau hanya pasrah dan tawakal sambil menghubungi pihak Plus dan polis untuk menjejaki anaknya, Muhammad Iskandar Zulqarnain, 8 yang sudah terpisah hampir dua jam. PU Yeop mahu memenuhi jemputan ceramah di Kuala Kangsar sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Allah telah memakbulkan doa PU Yeop dan keluarga. Sekembali daripada ceramah di Kuala Kangsar itu, Iskandar sudah terpacul di muka pintu rumah. Iskandar dihantar pulang oleh sebuah keluarga dari Changlun, Kedah yang hendak menghadiri suatu majlis kenduri di rumah saudara mereka di Bagan Serai. 

Banyak hal yang boleh dipelajari dan dijadikan iktibar berdasarkan peristiwa yang dialami oleh PU Yeop sekeluarga dan kes-kes lain yang dilaporkan dari masa ke masa. Dalam apa-apa jua keadaan, kanak-kanak hendaklah dianggap sebagai insan yang tidak berdaya dan hendaklah sentiasa dilindungi oleh orang dewasa yang memiliki tanggungjawab (excercising the duty of care). Ibu bapa dan orang dewasa tidak boleh sama sekali terlepas pandang akan pergerakan kanak-kanak bagi melindungi mereka daripada sebarang bahaya.

Dari segi undang-undang sivil, seseorang itu masih diklasifikasikan sebagai kanak-kanak (juvana) selagi belum menyambut ulang tahun kelahiran ke-18. Dari segi Islam, seseorang kanak-kanak mencapai usia akil baligh berdasarkan tanda-tanda tertentu, misalnya bermimpi 'basah'. Walaupun demikian, darjah kematangan dan kepekaan seseorang kanak-kanak itu tidak dapat diukur dengan hanya merujuk usia biologi per se.

Maka, tidak kira sesibuk mana atau kesegeraan apa pun, orang dewasa yang memikul tanggungjawab berdasarkan hubungan khusus dengan kanak-kanak tidak boleh atas apa-apa jua alasan untuk berlaku cuai sehingga mendedahkan mereka kepada risiko. Kalau dalam rombongan sekolah, sebelum bas bergerak, guru pengiring hendaklah menghitung bilangan peserta rombongan beberapa kali sehingga berpuas hati dan muktamad. Terima kasih PU Yeop atas perkongsian pengalaman benar yang begitu berterus terang ...

2 comments:

Alongxp said...

benda kalau nak jadi, dari ramai2 tu, sorang pun tak perasan atau tegur pasal sorg hilang kan? setiap yang berlaku tu mesti ada hikmahnya kan?

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.