(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 68- 84)
Terganggu dengan bayangan arwah anak Raiha di banglo mewahnya, Dr. Uwang berkunjung ke pusat hiburan eksklusif. Namun, kata-kata ayahnya Datu Ontong kpada isteri jelitanya menerusi telefon masih terngiang-ngiang: "Entah apa-apa lagi yang palsu selepas ini. Sudahlah palsu,murah dan tak bermutu pula". Seorang pengunjung wanita muda merenungnya takjub, tetapi Uwang buat tidak peduli. Raiha menerjah minda Uwang, diikuti oleh Unong Siron. Uwang berasa tidak ada salahnya membezakan pesakit kurang berada dengan pesakit elit demi mencari untung besar.
Lintasan gambaran isteri jelitanya dan pesakit kelas menengah silih berganti tidak mampu ditepis. Sejenak kemudian wanita muda yang memandangnya tadi didatangi seorang wanita berpakaian serba hitam, lalu berdakapan. Sedang Uwang asyik memerhatikan gelagat dua wanita itu, Uwang melihat wanita berpakaian serba hitam berubah menjadi Unong Siron, manakala wanita muda itu menjadi arwah anak Raiha. Peristiwa kanak-kanak perempuan itu disambar api turut mengenai tubuh sasa Uwang.
Felicia Landosi juga dibayangi peristiwa kematian ngeri anak Raiha yang silih berganti dengan wajah duka ibu Unong Siron. Kemudian Dr. Mohammad tiba di PRPK kerana panggilan kembali kecemasan kes bayi perempuan pramatang. Rungutan Dr. Mohammad tentang panggilan palsu segera menggemparkan keluarga pesakit yang menunggu di situ. Ariana Abdullah membuatkan Felicia tersentak apabila mengatakan panggilan kecemasan palsu itu dibuat olehnya. Dr. Mohammad menganggap Ariana hanya mengusik, sambil memancing perasaan Felicia. Ariana tidak senang dengan perhatian doktor bujang itu kepada Felicia. Cadangan Felicia supaya Dr. Mohammad bermalam di PRPK disetujui walaupun Ariana berpendapat sebaliknya.
Panggilan palsu, doktor palsu dan ketenteraman palsu ubat batuk merimaskan Felicia. Bayangan peristiwa kebakaran Porsche milik Dr. Sadiz bagaikan infeksi (jangkitan) dahsyat sehingga Felicia bergegas ke bilik air. Tiba-tiba Felicia berasa seperti berada dalam bilik kuliah semasa latihan kejururawatan dahulu. Wajah penceramah berubah menjadi Dr. Uwang, manakala jururawat pelatih menjadi Unong Siron. Mereka mengerumuni rangka tubuh tanpa kepala dan tanpa pakaian di situ.
Felicia berasa rangka tubuh itu dirinya. Dia juga berasa Dr. Uwang menghina dirinya walaupun mereka pernah sama-sama berpakat (demi keuntungan PRPK). Suara Ariana mengejutkan Felicia daripada khayalan dan tangisan dosa silamnya. Ariana menyangka Felicia tergelincir di bilik air itu, tetapi Felicia tergesa-gesa beredar keluar.
Watak dan Perwatakan
Dr. Uwang: kebendaan / materialistik, diburu bayangan dosa silam dan layanan berbeza terhadap pesakitberdasarkan kemampuan kewangan mereka.
Felicia Landosi: perahsia, diburu dosa silam dalam peristiwa kematian ngeri anak tunggal Dr. raiha
Dr. Mohammad: masih bujang / penggoda. Cuba memikat Felicia dengan kata-kata pujian sambil membela Ariana yang dicurigai Felicia.
Ariana Abdullah: prihatin, cuba membantu Felicia yang terduduk kebingungan di bilik air PRPK
Latar masyarakat
Masyarakat yang bersikap kebendaan / materialistik
Masyarakat yang suka berahsia
Masyarakat yang prihatin
Nilai
Kesederhanaan
Kerahsiaan
Keprihatinan
Persoalan
Kesederhanaan dalam gaya hidup
Kerahsiaan kisah silam peribadi
Keprihatinan sesama rakan setugas
Pengajaran
Kita hendaklah bersikap sederhana dalam gaya hidup / kita janganlah bersikap kebendaan
Kita hendaklah merahsiakan kisah silam peribadi
Kita hendaklah prihatin terhadap rakan setugas
Latar tempat
pusat hiburan eksklusif
ruang rehat kaunter penyambut tetamu PRPK
bilik air PRPK
Latar masa
...
...
...
Perbincangan kbkk / kbat
...
...
...
No comments:
Post a Comment