SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, February 3, 2015

BAB SATU, BAB DUA NOVEL 'JENDELA MENGHADAP JALAN' (CARING MOTHER, NEW FRIENDS)



Teknik penceritaan: sudut pandangan orang pertama, watak utama (Lili) sebagai pencerita

Sinopsis Bab Satu, muka surat 1 -6

Lili, 17, harus melupakan keinginannya untuk mengisi cuti sekolah (menengahnya) yang terakhir bersama rakan bagi menjaga hati ibunya ibunya yang mahu dia di ke rumah datuk dan nenek di kampung. Ibunya seorang wanita berkerjaya, cantik dan pandai memujuk. Lili 'berbohong' dengan menafikan cakap ibunya bahawa sebenarnya dia tidak gembira bercuti di kampung. Ibu memimpin Lili ke bilik air, kemudian terus memberi nasihat dari luar. 

Usai mandi, ibu masih di situ membantu mengelap tubuh Lili bagaikan melayan anak kecil. Lili melebarkan senyumannya bagi menghilangkan kecurigaan ibunya. Masa berkualiti anak-beranak itu berakhir dengan pujian 'budak baik'. 

Sinopsis Bab Dua, muka surat 7 - 15

Lili berusaha mengikhlaskan dirinya ketika mahu meninggalkan rumahnya di Kuala Lumpur bagi menempuh perjalanan selama lapan jam dengan bas ekspres. Lili memilih tempat duduk paling belakang sambil membaca buku tentang pemakanan sihat. tiba-tiba seorang gadis yang sedikit kelam-kabut menjatuhkan beberapa barang kecil duduk di sebelahnya. Geetha, 19, mahasiswi kejuruteraan awam Universiti Malaya.

Geetha memulakan perbualan tentang cita-cita dan persaingan, tetapi Lili tidak menetapkan apa-apa, malah berasa dia tidak pernah bersaing. Geetha menegaskan bahawa peredaran waktu mengubah banyak perkara, lantas seseorang itu tidak boleh lambat kerana pilihan akan semakin sempit. 

Menyedari Lili tidak berminat, Geetha menubah perbualan terhadap herba lumatan Brahmi di India. Lili berasa pelik justeru Geetha seolah-olah sudah kenal dengannya begitu lama. Geetha menguap dan kemudian berdengkur. Pandangan Lili beralih kepada seorang pemuda persis Cina tau kacukan yang sedang tersenyum kepadanya.

Watak dan perwatakan

Lili / 'aku': Remaja berusia 17 tahun, patuh / taat. Menuruti rancangan ibunya bercuti di kampung sehingga sanggup menyembunyikan hasrat sebenar dirinya.

Ibu Lili: penyayang, mengambil berat tentang segala hal ehwal anaknya walaupun dia sudah anak dara sunti

Geetha: peramah, prihatin. Sedia berkongsi pengalaman dengan Lili yang baru dikenali. Menukar tajuk perbualan demi perasan bahawa Lili tidak selesa.

Latar masyarakat

Masyarakat yang patuh / taat

Masyarakat yang penyayang

Masyarakat yang peramah, masyarakat yang prihatin

Nilai

kepatuhan / ketaatan

kasih sayang

keramahan, keprihatinan

Persoalan

kepatuhan / ketaatan kepada ibu

kasih sayang sesama keluarga

keramahan dalam pergaulan, keprihatinan terhadap keselesaan orang lain

Pengajaran

Kita hendaklah patuh / taat kepada ibu bapa

Kita hendaklah menyayangi sesama keluarga

Kita hendaklah ramah dalam pergaulan; kita hendaklah prihatin terhadap keselesaan orang lain

Latar tempat

rumah Lili

tempat duduk belakang bas ekspres

Latar masa

pagi waktu bangun tidur

pagi waktu perjalanan bas

Perbincangan kbkk / kbat

Tolak ansur dalam keluarga

Pengaruh pengalaman orang lain dalam proses membuat keputusan

No comments: