SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, February 1, 2015

MENDUDUKI KERTAS ULANGAN STPM: JANGAN HANYA BERHARAP (NOT ABOUT COMMON SENSE, POPULAR IDEAS)

Sering juga pelajar yang tidak berjaya memperoleh gred yang diharapkan dalam peperiksaan berkata, "jawab sudah sedap, hairan masih gagal". Guru yang berpengalaman dalam  urusan pentaksiran tentu bersetuju bahawa pendapat seumpama itu adalah palsu. Peperiksaan ialah tentang sama ada calon menjawab soalan berdasarkan kehendak tugasan soalan atau sebaliknya, bukan tentang sedap atau tidak jawapan dalam skrip seseorang calon itu.

Setiap mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah mempunyai matlamat, sukatan pelajaran dan disiplin pembelajaran yang tertentu. Maka, tugas untuk menolong pelajar supaya sentiasa berada pada landasan disiplin mata pelajaran diserahkan kepada guru sebagai pakar yang memiliki akses terhadap tubuh ilmu dan aplikasinya dalam persekitaran yang berbeza. Pelajar hendaklah sentiasa menghormati guru sebagai sumber autoriri atau wibawa yang sah dalam sesuatu disiplin mata pelajaran.

Pelajar juga hendaklah sentiasa ingat dan sedar bahawa sesuatu mata pelajaran itu tertakluk kepada bidang pembelajaran, kaedah dan laras bahasa yang khusus. Pelajar ditolong untuk menggunakan istilah, konsep, model, pemboleh ubah dan rumus dengan berkesan supaya penyampaian sesuatu huraian tidak lagi bersifat cakap tepi jalan yang berjela-jela. Pelajar ditolong supaya mampu mengungkapkan banyak perkara secara sekali gus dengan ringkas, tepat dan padat.

...

...

...

...

...

No comments: