SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, February 2, 2015

SAMBUTAN PERAYAAN DI MALAYSIA BANYAK MEMBAZIR? (CULTURAL BUSINESS)

Orang Arab menyambut hari raya puasa sehari dua sahaja dengan membawa kaum keluarga mengunjungi taman tema atau tempat liburan yang lain. Di negara China dan Singapura, letupan mercun tidak dibenarkan, manakala di India, tiada upacara memecah kelapa dalam kuantiti yang banyak semasa hari Thaipusam. Konsep rumah terbuka musim perayaan tidak menjadi amalan di negara-negara tersebut.

Di Malaysia, keadaannya sangat jauh berbeza. Masyarakat kita tidak kira Melayu, Cina, India, iban dan Kadazan misalnya menyambut perayaan tertentu secara besar-besaran dan meriah sekali. Masyarakat Melayu menyambut hari raya puasa sehingga terlajak bulan Syawal kerana terlalu banyak majlis rumah terbuka anjuran perseorangan, korporat dan organisasi. Faktor kepadatan jadual dan keselamatan menjadi punca rumah terbuka ditetapkan pada hari tertentu sahaja berbanding dengan amalan di kampung yang sentiasa mengalu-alukan tetangga mengunjungi rumah mereka biasanya dalam tempoh minggu pertama Syawal.

Tahun Baru Cina disambut dengan letupan mercun yang membingitkan telinga tanpa henti hingga waktu Subuh, terutama di kawasan perumahan. Tidak diketahui dari mana mereka memperoleh bekalan mercun yang merupakan item terkawal dari segi undang-undang. Sambutan anjuran organisasi tertentu pula dimeriahkan dengan formasi bunga api yang menelan kos yang tinggi juga.

Masyarakat India yang beragama Hindu menyambut Thaipusam di jalan raya menuju kuil terpilih, misalnya dari bulatan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh menuju kuil Bukit Cheroh berhampiran Medan Istana. Laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan bagi membolehkan perarakan kavadi dan mengusung susu, serta kegiatan jual beli di sepanjang laluan. Peniaga Melayu dan Cina turut serta membina gerai menjual pelbagai barang dan perkhidmatan, di samping agensi kerajaan yang hendak mendekati orang ramai secara bersemuka di situ.

Sambutan Hari Gawai dan Pesta Keamatan di Malaysia Timur juga telah diberi taraf nasional dengan kunjungan pemimpin utama negara. Peruntukan khas diberikan supaya semua kaum utama di Malaysia tidak berasa dipinggirkan dalam sambutan perayaan penting. Dari perspektif pelancongan, segala acara perayaan secara terancang itu turut dimasukkan dalam kalendar pelancongan tahunan untuk menggamit ketibaan pelancong secara besar-besaran.

Selain perayaan keagamaan dan suku kaum, negara kita juga menyambut hari kemerdekaan dengan begitu meriah, melainkan apabila bertembung dengan bulan puasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Perancangan sambutan dilakukan sejak berbulan-bulan lamanya membabitkan pelbagai agensi dan organisasi. Perbelanjaan dan pergerakan yang dilakukan bermakna peluang memperoleh pendapatan dan projek bagi pihak lain, terutama peniaga.

...

...

...

...

No comments: