SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, February 14, 2015

BAB 2 NOVEL 'PANTAI KASIH' TINGKATAN 4 (SHADOW OF THE PAST)

Sinopsis
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 20 - 36)

Setelah menamatkan perbualan telefon, Dr. Uwang terpandang seorang kanak-kanak perempuan di halaman rumahnya. Tidak mungkin dia amah baharu sedangkan isterinya yang jelita sudah bersetuju menjaga banglo, di samping akur bahawa anak mereka hanya seorang. Itu pun, anak itu dihantar ke sekolah swasta berasrama penuh sejak berusia tujuh tahun. Uwang cemas.

Dahulu, Emi, isteri jelita bapanya, Datu Untong sering mengkagumi ketampanan Dr. Uwang. Emi berdiam atas hubungan Uwang dengan wanita muda dan kisah rawatan di hospital. Datu Untong bersetuju dengan Emi aslkan selari dengan etika kedoktoran. Namun, di dalam hati Uwang membantah kerana dia mahu hidup mewah hasil perniagaan kesihatan. Malah, Uwang telah membesarkan Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) daripada tiga orang doktor (Uwang, datu Untong, Alex Ng) serta wad Super VIP.

Sikap dan cara lama bapanya dibandingkan dengan Dr. Raiha yang seolah-olah curiga akan kewibawaannya. Uwang hairan dengan kelainan sikap Raiha yang biasanya tenang sahaja, misalnya 'krisis kecil' lima kali infeksi pesakit bernama Unong Siron. Minat raiha terhadap dirinya juga lenyap. Uwang tidak peduli walaupun berlaku fatal (kematian), atau cakap siapa sahaja termasuk Raiha, asalkan dia boleh buat wang banyak-banyak.

Isteri Dr. Uwang menghentikan lamunan Uwang bahawa hanya mereka berdua di banglo walaupun Uwang 'nampak' kanak-kanak perempuan memeluk isterinya manja. Namun, Uwang terbayang pula wajah arwah anak Dr. Raiha dan pesakit kelas menengah bawah. Suara doktor palsu yang menceroboh PRPK juga terngiang-ngiang dalam ingatannya.

Di bilik pejabat doktor, Raiha juga diganggu suara aneh, tetapi hanya ada tiga orang jururawat di luar biliknya, iaitu Utiah, Alai dan Landosi. Raiha tertekan dengan pembedahan Unong Siron yang baru selesai. Landosi banyak melakukan kesilapan menghulurkan peralatan yang diminta. Raiha berharap penggantian tulang pinggul Unong Siron bakal berjaya. Gambaran peristiwa doktor palsu yang bengis, tetapi berjaya lolos sebelum ditangkap menjelma dalam ingatan Raiha.

Dr. Raiha berasa semua doktor lelaki termasuk Uwang tidak ubah seperti doktor palsu yang menceroboh PRPK tempoh hari. Namun, Raiha akur dia tidak berdaya untuk berundur dari PRPK. Peristiwa Dr. Sadiz, arwah suaminya memecut kereta mewah, kemudian anak tunggal mereka yang mengalami sindrom down disambar api letupan kereta itu di laman rumah tumpangan milik mereka. Senyuman menggoda dan sinis arwah Dr. Sadiz silih berganti. Raiha mengumpul kekuatan diri.

Watak dan perwatakan

Dr. Uwang: kebendaan / materialistik. Mahu mengaut keuntungan besar daripada perniagaan kesihatan PRPK

Dr. Raiha:  teguh pendirian. Serius merawat pesakit bernama Unong Siron yang diambil alih daripada Dr. Uwang

isteri Dr. Uwang:  patuh /taat. menuruti semua kemahuan suami dengan tidak menggaji pembantu rumah; sanggup berjauhan dengan anak tunggalnya

Emi / ibu tiri Dr. Uwang: suka memuji. Menyatakan rasa kagum terhadap kesasaan tubuh Dr. Uwang di hadapan suaminya, Datu Untong

Datu Untong / bapa Dr. Uwang: konservatif, berpegang kepada etika perubatan, tidak bersetuju penjagaan kesihatan suatu perniagaan

Sister Felicia Landosi: cuai, tidak memberi tumpuan terhadap tugasnya di bilik pembedahan Unong Siron

Latar masyarakat

Masyarakat pakar perubatan

Masyarakat yang mementingkan kebendaan / materialistik

Masyarakat yang tegas

Nilai

Keikhlasan: Datu Untong mahu anaknya Dr. Uwang berkhidmat merawat pesakit dengan berpegang kepada etika dan nilai murni

Ketegasan

Ketelitian

Persoalan

Keikhlasan dalam memberi perkhidmatan

Ketelitian mendengar arahan pegawai atasan / pemimpin organisasi

Ketegasan memberi teguran

Pengajaran

Kita hendaklah ikhlas dalam memberi perkhidmatan

Kita hendaklah teliti mendengar arahan pegawai atasan / pemimpin organisasi

Kita hendaklah tegas memberi teguran

Latar tempat

Ruang tamu rumah banglo dua tingkat milik Dr. Uwang

Bilik pejabat Dr. Raiha

Laman rumah tumpangan Dr. Raiha / Dr. Sadiz

Latar masa

Malam musim kemarau panjang

Imbas kembali perbualan Dr. Uwang dengan bapa dan ibu mertuanya

Imbas kembali minggu pencerobohan doktor palsu

Perbincangan kbkk / kbat

Baik buruk perkhidmatan hospital swasta

Tekanan pengalaman lampau / silam

 Perniagaan rawatan bertentangan dengan prinsip kebajikan

8 comments:

Anonymous said...

assalam . cg. apa peristiwa suka yang dirakamkan oleh penulis dalam novel ini ?

unknown said...

Assalamualaikum cg,.. Apa peristiwa penting dalam bab ini ye ?

Unknown said...

Nyah laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

Bagus

Unknown said...

Mana contoh peristiwa bagi persoalan

Wkwk said...

Banyak cekadak plak

Anonymous said...

nk peristiwa menarik bab 2:)

Anonymous said...

nak peristiwa hmm