SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, February 16, 2015

BAB 4 NOVEL 'PANTAI KASIH' TINGKATAN 4 (LIVING MEMORIES)

Sinopsis
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 52 - 67)

Setibanya di kawasan kondominium, Dr. Raiha masih resah dengan kes Unong Siron, kemudian terganggu pula oleh suara arwah suaminya, Dr. Sadiz yang enggan melepaskan ikatan perkahwinan mereka. Raiha tergelak mengenangkan kalau dia mengadu kepada tok kadi yang sama jantina dengan Sadiz, dia pasti kecundang juga. Raiha bergegas ke pintulif.

Di dalam lif Raiha teringat pula arwah neneknya yang berketurunan Idahan membesarkannnya sejak bayi. kononnya dia keturunan Nunuk Ragung, atau pohon ara berwarna merah. Tiba-tiba lif dimasuki oleh seorang lelaki kacak lanjut usia menolak tubuh Raiha ke dinding lif. Raiha menyatu dengan khayalan silam apabila terjadi peristiwa yang membawa kehamilan anak tunggalnya, Rohayu. Sadiz tidak merestui kandungan Raiha yang didapati tidak normal. Raiha bertahan dengan kehamilannya dan membidas pendirian suaminya. Apabila pintu lif terbuka, segala bayangan tadi lenyap dan Raiha kembali ke alam nyata.

***

Isteri jelita Dr. Uwang menceritakan perbualannya dengan Datu Ontong, bapa mertuanya tentang rakan sekampung Unong Siron yang bersaudara dengan pembantu rumah Datu Ontong. Tindakan bergantung kepada akar kayu di kedai ubat tradisional tidak disenangi oleh Datu Ontong. Isteri Uwang yang kesunyian itu dilayan acuh tak acuh oleh suaminya yang menganggap kaum wanita sebagai tidak berapa cerdik semuanya dan mudah dipermainkan seperti yang dia biasa lakukan dahulu. Uwang juga menganggap bapanya tidak arif tentang perniagaan kesihatan.

Uwang tidak tergugat dengan Dr. raiha dan peristiwa pencerobohan doktor palsu di PRPK. Padanya Datu Ontong dan Dr. Sadiz mengarut, manakala dia lebih fokus untuk memberikan pulangan lumayan kepada pemegang saham PRPK sementelah dia mempunyai kepentingan melebihi 50 peratus. Uwang yang sedang diurut kakinya oleh isterinya tiba-tiba bingkas bangun apabila suara pengacara Money Matters di kaca televisyen tiba-tiba berubah, manakala isterinya berubah seperti anak Raiha, sama ada suara mahupun tubuhnya.

***

Felicia Landosi pula sekan-akan berada di sebuah wad kelas biasa PRPK apabila munculbekas pesakit lelaki di situ. Lelaki malang yang terlantar di katil itu yang bertegas mahu berjumpa Dr. Raiha walaupun Felicia telah mencadangkan doktor-doktor yang lain. Pesakit itu menyeringai aneh dan terus menempelak Felicia sebagai tidak berguna. Felicia didakwa menipu pesakit dengan iklan lisan yang ditokok tambah demi komisen.

Felicia menjegilkan mata,tetapi lelaki itu terus menjerit dan mengungkit tentang layanan yang tidak sepadan dengan kos rawatan yang dibayarnya. Kemudian pesakit lelaki itu terus menanggalkansimen dan splin pada kedua-dua belah kakinya langsung dilempar tepat ke arah kepala Felicia. Namun, tiada kesakitan dirasakan walaupun Felicia terjatuh. Apabila Felicia mengangkat mukanya dia bukan berada di wad kelas biasa atau farmasi, tetapi di stor PRPK.

Watak dan Perwatakan

Dr. Raiha: tegas diri, enggan menggugurkan kandungannya yang tidak normal walaupun didesak oleh suaminya, Dr. Sadiz

Arwah Dr. Sadiz (menerusi imbas kembali):  angkuh, enggan melepaskan Dr. Raiha daripada ikatan perkahwinan secara rasmi

Datu Ontong / bapa Dr. Uwang:  prihatin, bimbang tentang sikap pesakit yang masih bergantung dengan rawatan tradisional

Dr. Uwang:  kebendaan / meterialistik, memikirkan keuntungan melebihi kebajikan pesakit kelas menengah bawahan

isteri Dr. Uwang: patuh / setia, sentiasa di sisi suami serta cuba menggembirakannya walaupun diri sendiri kesepian akibat berjauhan dengan anak tunggal mereka.

Felicia Landosi:  tidak jujur, mendorong pesakit mendapatkan rawatan di PRPK semata-mata untuk habuan komisen

Latar masyarakat

...

...

...

Nilai

...

...

...

Persoalan

...

...

...

Pengajaran

...

...

...

Latar tempat

Di dalam lif kondominium Dr. Raiha:

Rumah Dr. Uwang:

Stor Pusat Rawatan Pantai Kasih: Felicia dibayangi kemunculan bekas pesakit lelaki PRPK

Latar masa

...

...

..

Perbincangan kbkk / kbat

...

...

...

No comments: