SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, February 12, 2015

BAB TUJUH, BAB LAPAN NOVEL 'JENDELA MENGHADAP JALAN' (CROSS CULTURE AND TENSION)

Sinopsis Bab Tujuh
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 44 - 51)

'Aku' (Lili) dan nenek masuk ke kedai runcit Letchumi yang sedang mengunyah sirih. Mereka kemudian ke ruang dapur sambil dihidangkan minuman kotak. Tiba-tiba muncul Geetha, mahasiswi kejuruteraan awam Universiti Malaya yang dikenali 'aku' semasa dalam bas ekspres. Letchumi ibu Geetha, pelanggan  setia minuman herba datuk 'aku'. 'Aku' menolak minuman kotak dan roti buatan kilang yang dihidangkan dengan baik atas alasan kesihatan. Sambil jari-jemarinya lincah menyulam kain perca, Geetha memberitahu betapa ibunya yang memilih kawan boleh rapat dengan nenek 'aku'.
Geetha menebak bahawa 'aku' mewarisi sifat nenek yang pendiam. Namun, 'aku' menyatakan ibunya pula banyak cakap. "Aku' pula berasa hairan dengan tubuh Geetha yang kecil berbanding dengan ibunya. Namun, Geetha percaya bahawa keturunan baharu yang bersaiz sederhana boleh diperoleh menerusi amalan pemakanan seimbang sebagaimanan yang dibuktikan oleh abang sepupu sebelah ibunya.

Setelah hampir satu jam, nenek mengajak 'aku' pulang sambil renungan matanya mengisyaratkan tidak baik mengganggu urusan keluarga peniaga itu. 'Aku' gembira untuk bertemu Geetha lagi, lalu melangkah pantas meninggalkan nenek yang tertinggal di  belakang kerana asyik bertegur sapa dengan orang kampung. 

Sinopsis Bab Lapan
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 52 - 57)
'Aku' selesai solat Zuhur berjemaah bersama nenek dan datuk. Namun, datuk terus khusuk dengan tasbihnya. Kelibat Abang Rashid juga muncul sejenak menghantar bakul buah-buahan. Abang Rashid umpama anai-anai yang bekerja dalam diam. Di meja makan, nenek menegur 'aku' yang dianggap berkasar dengan dua ekor anak kucing yang menggesel kakinya, lalu diusir dengan perlahan. 'Aku' akur dengan nasihat nenek supaya memberi kucing itu makan. Sebenarnya 'aku' fobia dengan kucing kerana pengalaman zaman kanak-kanak dicakar oleh kucing.

Tiba-tiba muncul pula Pak Sahak dan dua orang lagi rakannya memberi salam. Dia mahu memaklumkan kepada datuk kekecohan di surau. Datuk seperti tidak puas hati dengan 'Sugi' yang bukan sahaja menghasut ayahnya William berhenti menerima rawatan tradisional, bahkan menghantar kawan satu syarikatnya memujuk orang kampung menjual tanah. 'Aku' segera ke bilik kerana bimbang diperhatikan, terutama oleh pemuda yang bersama Pak Sahak.

Watak dan perwatakan

'Aku' / Lili: Pendiam, prihatin: cepat menangkap maksud renungan nenek di kedai Geetha untuk tidak berlama-lama di situ

Nenek 'aku': penyayang, memberi nasihat kepada 'aku' supaya tidak berkasar dengan haiwan walaupun 'aku' hanya menolak dua ekor aanak kucing dengan perlahan

Datuk 'aku': berwibawa, menjadi rujukan orang kampung. Pak Shak datang mengadukan kekecohan  yang berlaku di surau mereka.

Letchumi / ibu Geetha: peramah, suka bertegur sapa dengan kenalan di kampung walaupun sebenarnya dia pendiam orangnya

Geetha: menghormati rakan / tetamu, melayan 'aku' dengan begitu mesra serta menghamburkan pujian yang ikhlas apbaila'aku' menolak minuman berkotak dan roti buatan kilang

Abang Rashid: rajin bekerja. Tidak banyak bercakap, tetapi memebereskan kerja dengan baik seperti menghantarkan bakul buah-buahan ke rumah nenek

Pak Sahak: bersegera dalam tindakan, terus merujuk datuk 'aku' supaya kekecohan yang terjadi di surau segera ditangani

Latar masyarakat

Masyarakat yang prihatin

Masyarakat yang peramah

Masyarakat yang rajin

Nilai

Keprihatinan

Keramahan

Kerajinan

Persoalan

Keprihatinan terhadap isyarat komukasi bukan lisan / renungan mata / bahasa tubuh

Keramahan sesama rakan

Kerajinan dalam pekerjaan

Pengajaran

Kita hendaklah prihatin terhadap isyarat komunikasi bahasa bukan lisan

Kita hendaklah ramah sesama rakan

Kita hendaklah rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan

Latar tempat

Kedai runcit Letchumi / ibu Geetha

Rumah nenek 'aku' / Lili

Latar masa

waktu solat zuhur

Perbincangan kbkk / kbat

Perpaduan kaum di kawasan desa

Nilai hartanah di kawasan kampung

Memanfaatkan pengalaman warga emas

Contoh soalan aras komsas

Jelaskan tiga amalan nilai murni dalam novel yang anda pelajari.

Contoh soalan aras kbkk / kbat

Berdasarkan contoh peristiwa, berikan dua watak sampingan yang menjadikan novel yang anda pelajari begitu menarik.

No comments: