SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, February 11, 2015

BAB 1 NOVEL 'PANTAI KASIH' TINGKATAN 4 (DEALING WITH UNDISCLOSED MOTIVE)

Rujukan naskhah asal naskhah novel edisi murid;: muka surat 1 - 19

Sinopsis

Dr. Raiha berasa ngeri dan takut apabila meniliti filem sinar-X pesakit bernama Unong Siron. Komplikasi berulang kali yang berlaku hanya menimpa pesakit daripada keluarga berpendapatan sederhana atau rendah. Raiha baharu sahaja mengambil alih kes Unong Siron daripada Dr. Uwang, pemilik Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) itu. Dr. Raiha cuba merungkai kerusuhan hatinya secara bersemuka dengan Dr. Uwang, sebaliknya menerima jawapan acuh tak acuh.

Raiha memiliki sejarah istimewa dengan Dr. Uwang, bermula sebagai siswi bidang ortopedik (pembedahan tulang) di bawah bimbingan Dr. Uwang, kemudian sebagai pembantunya di bilik pembedahan hospital kerajaan dan majlis ceramah kepakaran. Raiha juga pernah menaruh hati kepada lelaki berkeaan yang sudah beristeri. Raiha kemudian menolak pelawaan Dr. Uwang untuk menyertai PRPK, sebaliknya menerima lamaran Dr. Sadiz, duda beranak dua walaupun dibantah keras oleh ayahnya atas faktor usia. Setelah 10 tahun, Raiha menjanda dan menyertai PRPK.

Usai pembedahan sendi tulang pinggul Unang Siron, Raiha kembali bersendirian di pejabatnya menimbau kenangan silam. Arwah bapanya menganggap Raiha lebih sesuai menjadi suri rumah sepenuh masa daripada pakar bedah sepertinya. Arwah membandingkan arwah ibu Raiha (meninggal ketika melahirkan Raiha), jururawat yang sentiasa sibuk. Arwah juga mempunyai dua orang anak lelaki, seorang hakim dan seorang lagi pengarah. Kematian anak tunggalnya juga mengganggu fikiran.Unong Siron terpaksa menangguhkan pengajiannya ke luar negara walaupun sudah menggenggam ijazah sarjana. Dia sudah menjalani lima kali pembedahan dengan Dr. Uwang dan keenam dengan Dr. Raiha.

Sister Felicia Landosi juga diganggu bayangan peristiwa silam serta amaran Dr. Raiha dan Dr. Uwang tentang ikrar kejururawatan. Felicia Landosi menyembunyikan rahsia hitamnya daripada Lisa Chung, jururawat berusia lanjut yang bertugas di kaunter penyambut tetamu yang perasan dia pucat. Pertanyaan Lisa mengingatkan Felicia terhadap Dr. Mohammad yang diminatinya, tetapi telah 'bermesra' dengan jururawat lain. Peristiwa anak Dr. Raiha yang rentung dalam kebakaran di hadapan matanya kembali menjelma dengan suara aneh. Dia juga resah kalau-kalau kegiatan sulitnya di ruang farmasi dan ketagihan ubat batuk di situ terbongkar.

Felicia menjerkah Ariana yang asyik bergayu di telefon sehingga PRPK pernah diceroboh oleh doktor palsu. Ariana mengawal marah, sebaliknya memberitahu dia melayan panggilan Dr. Mohammad menyebabkan Felicia cemburu. Felicia cuba melupakan teguran Dr. Raiha disebabkan dia berkasar dengan ibu Unong Siron.

Felicia bertukar ke syif malam. Diatidak lagi perlu berpura-pura mesra atau melaksanakan tugas rutin menyelia jururawat muda. Dia hanya perlu memastikan pesakit tidur. Hakikatnya dia tidak pasti sama ada berminat dalam kerjayanya sekarang seperti yang diingatkan oleh Dr. Raiha.

Watak dan perwatakan

Dr. Raiha pertengahan 30-an. Baru 6 bulan bertugas di PRPK.
Tegas, berpegang kepada etika dan tanggungjawab kedoktoran sesungguh hati. Mengambil berat tentang pesakit berpendapatan sederhana, Unong Siron.

Dr. Uwang, pertengahan 40-an. Pakar bedah, pemilik PRPK.
Sinis, suka menyindir dan acuh tak acuh. Kurang mengutamakan pesakit berpendapatan sederhana.

Unong Siron, gadis remaja. Pesakit Dr. Raiha.
Polos, menerima sahaja rawatan di PRPK walaupun berulang kali mengalami komplikasi.

Sister Felicia Landosi, jururawat senior yang berwatak misteri. Sering diganggu dosa silam kematian anak Dr. Raiha.
Perahsia. Menyembunyikan ketagihan ubat batuk dan mencurinya di farmasi.

Ariana Abdullah, jururawat terlatih yang happy-go-lucky.
Tenang dan bersahaja. Tidah mudah melatah dengan asakan provokasi Felicia Landosi tentang dakwaan kecuaian dalam tugas.

Latar masyarakat

Masyarakat personel / petugas perubatan.

Masyarakat yang tegas.

Masyarakat yang tenang.

Nilai

Ketegasan

Ketenangan

Kerahsiaan

Persoalan

Ketegasan terhadap kakitangan bawahan

Ketenangan menghadapi sangkaan buruk orang lain

Kerahsiaan yang bersifat peribadi

Pengajaran

Kita hendaklah tegas dalam menunaikan tugas kepimpinan

Kita hendaklah tenang dalam menghadapi sangkaan buruk orang lain

Kita hendaklah merahsiakan hal yang bersifat peribadi

Latar tempat

Pejabat Dr. Raiha

Ruang kaunter penyambut tetamu PRPK

Ruang farmasi PRPK

Latar masa

Tahun pertama Dr. Raiha masih bergelar siswi perubatan

Ketika arwah ayah Dr. raiha masih hidup

Syif bertugas waktu malam

Perbincangan kbkk / kbat

Kesesuaian wanita sebagai pakar bedah

Keperluan kad insurans kesihatan terhadap golongan miskin

Pematuhan piagam pelanggan di hospital

1 comment:

Anonymous said...

thanks boss...dri unknown,,