SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, February 5, 2015

BAB TIGA, BAB EMPAT NOVEL 'JENDELA MENGHADAP JALAN' (MSYTEROUS GUY, CONSERVATIVE NANY)

Sinopsis Bab Tiga
(teknik penceritaan: sudut pandangan orang pertama, watak utama [Lili] sebagai pencerita)

Geetha turun di pekan Sejahtera, manakala Lili di pekan Sentosa. Pemuda Cina juga turun bersama, tetapi sebuah kereta sudah menunggunya. Lili memasuki kedai untuk membeli oleh-oleh tetapi akhirnya dia tidak membeli apa-apa kerana semuanya boleh diperoleh di kampung. Ketika Lili meninjau kelibat Abang Rashid, pemuda tadi tiba-tiba menegurnya menyebabkan Lili curiga. Namun, pemuda itu mahu memulangkan bukunya yang tercicir.

Pemuda itu cuba memulakan perbualan, tetapi Lili masih berhati-hati. Katanya dia juga hendak ke Kampung Sentosa menemankan bapanya berubat. Sedang dia hendak bertanyakan nama, Abang Rashid pun tiba. Lili seronok pemuda itu kelihatan bingung. Tidak banyak yang dibualkan dalam kereta kerana mereka berdua pendiam dan hanya berkomunikasi dengan pertanyaan asas.

Sinopsis Bab Empat

Lili asyik dengan pemandangan kehijauan kampung. Kelihatan di tengah petak sawah kelibat neneknya yang bertubuh kerdil. Pak Sahak menuju ke surau, serta sempat mengankat tangan ke arah Lili. Sebaik nenek tiba dekat bangsal Abang Rashid, Lili segera meraih tangan nenek lalu menciumnya. Kini, nenek harus mendongak untuk mencari wajah Lili.

Nenek separuh percaya cucunya di situ, tetapi gembira. Baginya, kedatangan Lili ialah 'buah tangan' yang lebih tinggi nilainya daripada oleh-oleh yang tidak sempat dibeli oleh Lili. Nenek menolak kiriman wang ibu Lili, sebaliknya mahu Lili sahaja yang menyimpannya.

Lili cuba memberi pendapat bahawa kubah lebih sesuai dipasang di masjid, bukannya surau yang sudah usang seperti di kampung itu. Namun, nenek beranggapan hal itu urusan kaum lelaki dewasa. Lili sengaja memimpin tangan nenek menuruni bangsal. Lili menghilangkan kesangsian nenek bahawa dia bercuti dua minggu dan beg pakaiannya sudah dihantar oleh Abang Rashid ke rumah nenek.

Watak dan perwatakan

Lili: waspada, tidak mudah menjawab pertanyaan pemuda Cina yang tidak dikenalinya walaupun telah menolongnya mengembalikan buku yang tercicir

Pemuda Cina: jujur, memulangkan buku Lili yang tercicir

Abang Rashid: pendiam, hanya berkomunikasi ala kadar dengan Lili di dalam kereta

Nenek Lili: berterus terang; konservatif, lebih suka untuk tidak campur urusan lelaki dewasa tentang pemasangan kubah surau


Latar masyarakat

masyarakat yang waspada

masyarakat yang jujur

masyarakat yang berterus terang

Nilai

kewaspadaan

kejujuran

ketegasan

Persoalan

kewaspadaan dalam komunikasi

kejujuran sesama manusia

ketegasan ketika menyatakan pendirian

Pengajaran

kita hendaklah waspada dalam berkomunikasi

kita hendaklah jujur sesama manusia

kita hendaklah tegas ketika menyatakan pendirian

Latar tempat

perhentian bas Sentosa: tempat Lili turun bas bersama pemuda Cina yang seperti mengekorinya

bangsal Abang Rashid: Lili memerhatikan urusan penduduk kampung menuju surau

petak sawah Kampung Sentosa: nenek Lili kelihatan di situ sehingga menjelang lewat petang


Latar masa

petang: Lili di perhentian bas Sentosa menunggu Abang Rashid ketika didekati oleh pemuda Cina

waktu hampir Maghrib: Lili berjumpa nenek terlebih dahulu sebelum ke rumah


Perbincangan kbkk / kbat

kepentingan merahsiakan maklumat peribadi

baik buruk sikap konservatif dalam kalangan masyarakat

...

2 comments:

Unknown said...

Please help me I need ban 35 and bab 36 all pls

Unknown said...

Tq for your information