SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, February 6, 2015

BAB 33 NOVEL 'LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA: JATUHNYA KOTA SINGA' (FORCED TO SURRENDER)

Rujuk naskhah novel edisi murid: muka surat 336 - 344

Sinopsis

Maxwell dan Jeneral Percival memuji semangat perjuangan askar Melayu di Bukit Candu hingga gugur semuanya. Mereka bersetuju memindahkan askar Melayu di Pasir Panjang ke Alexandra. Maka, Jepun mudah menawan Pasir Panjang. Mutuguchi terpaksa akur terhadap perintah Jeneral Yamashita menyerang Alexandra walaupun tentera Imperial letih dan kehabisan peluru. Pasukan tambahan pimpinan Jeneral Nishimura masuk ke Hospital Alexandra dan membunuh secara rambang, termasuk doktor dan pesakit dengan tikaman bayonet. Sebanyak 400 orang lagi dikerah berjalan sejauh 400 meter ke banglo berhampiran, didera dan akhirnya ditembak mati keesokannya.

Menjelang tahun baru Cina (15 Februari) Jepun berleluasa kerana tentera berikat kian lemah. Percival mencadangkan supaya mereka menyerah kalah secara terhormat. Dia kemudian menghubungi Yamashita menawarkan gencatan senjata, tetapi Yamashita bertegas mahu mereka menyerah kalah. Akhirnya, dengan jaminan surat perjanjian keselamatan, Percival akur. Tentera berikat menyerah kalah secara rasmi di kilang kereta Ford, Alexandra. Wibawa kegagahan orang putih jatuh kerana tumpas dalam masa 69 hari sahaja kepada Jepun.

Di Sungai Ramal, Pak Saidi dan Sophia menaruh harapan walaupun Mak Milah sudah terlantar kerana kehilangan Ahmad. Apabila sahih berita Leftenan Adnan gugur, Sophia menangis tanpa henti, manakala Mak Milah semakin menderita sehingga meninggal dunia di pangkuan Pak Saidi beberapa hari kemudiannya. Mamat dan Nordin yang lolos daripada serangan Jepun di Kota Baharu kembali ke kampung turut bersedih.

Di Bukit Candu, Haji Burhan dan penduduk kampung cuba semula mengkebumikan jenazah askar Melayu, tetapi mendapati kemudiannya telah dipindahkan ke banglo lama. Mereka terkejut apabila menemui Koperal Yaakub yang masih bernyawa. Menerusi cerita Koperal yaakub mereka percaya bahawa mayat Leftenan Adnan telah dibakar kerana dendam.

Watak dan perwatakan

Jeneral Percival: 

Jeneral Yamashita: tegas, menolak alasan Mutuguchi agar tentera Imperial berehat dahulu sebelum meneruskan serangan ke Alexandra.

Mak Milah:

Haji Burhan: amanah / bertanggungjawab, tetap mahu mengekebumikan jenazah askar Melayu yang terkorban di Bukit Candu walaupun keadaan sangat bahaya.

Koperal Yaakub


Latar masyarakat

Masyarakat yang tegas

Masyarakat yang amanah / bertanggungjawab

...

Nilai

ketegasan

...

...

Persoalan

...

...

...

Pengajaran

...

...

...

Latar tempat

...

...

...

Latar masa

...

...

...

Perbincangan kbkk / kbat

...

...

...

1 comment:

GoEatNugget , Love ya'll! said...

minta guna sebagai bahan rujukan ye cikgu :) terima kasih