SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, February 4, 2015

PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR LEBIH BURUK (GLOBAL WARMING AND THE SEA LEVEL)

Musim banjir hampir berlalu sepenuhnya kecuali di beberapa kawasan Sabah dan Sarawak. Namun, ingatan masyarakat masih berlegar tentang bencana banjir yang melanda Kelantan, khususnya di daerah Kuala Krai yang menjadi tempat pertemuan Sungai Galas dan Sungai Lebir. Kerja pemulihan prasarana fizikal dan tempat tinggal masih di peringkat awal.

Pakar dan saintis bidang yang berkaitan berpendapat bahawa sudah tiba masanya suatu bentuk perancangan jangka panjang yang lebih tuntas dilakukan dari sekarang. Fenomena bulan penuh dan muatan air yang tidak dapat ditampung oleh sungai yang mengalami banyak mendapan mengakibatkan limpahan air dengan arus deras. Kemungkinan bahawa fenomena pemanasan global yang mencairkan bongkah ais di benua kutub utara dan selatan yang meningkatkan aras air laut juga tidak boleh ditolak begitu sahaja.

...

...

...

...

...

...

No comments: