Sophia reda dengan ketentuan Ilahi, tetapi dia sedih mengenangkan cara kematian suaminya Adnan. Selendang merah pemberian terakhirsuaminya dicium berkali-kali. Mak Tijah dan Pakih Muda silih berganti memujuk anak mereka itu. Kemudian mereka menyebut pula nasib Pak Saidi yang tinggal berseorangan.
Jeneral Yamashita berasa gembira atas kejayaan Jepun, kagum akan kehebatan askar Melayu dan geram kerana adiknya mati dek tikaman bayonet Leftenan Adnan. Yamashta mahu membalas dendam dengan memerintahkan Mutuguchi mencari keluarga Leftenan Adnan. Berpandukan risikan, Mutuguchi ke Sungai Ramal. Ketua kampung segera ke rumah Pak Saidi yang ketika itusedang bermain dengan cucu-cucunya. Pak Saidi enggan akur dengan cadangan bersembunyi. Dia mahu melawan, tetapi meminta tiga orang cucunya dilindungi.
Pak Saidi bersedia dengan keris pusaka moyangnya, manakala Sophia dan anak dihantar ke rumah keluarganya menerusi jalan belakang oleh Nordin. Mutuguchi tiba, tetapi Pak Saidi tidak berganjak sambil berbangga dengan anaknya sebagai pahlawan Melayu. Mutuguchi menyuruh dua orang askarnya mengiringi Pak Saidi menuju trak mereka, tetapi tiba-tiba Pak Saidi dengan pantas menikam dua askar berkenaan serta mencederakan lengan lengan Mutuguchi yang hendak menembaknya.
Askar Jepun tidak menembak Pak Saidi kerana perintah asalnya tangkap hidup-hidup. Akhirnya, Mutuguchi menjeritkan perintah bunuh, lalu peluru bersarang di dada Pak Saidi. Kemudian Mutuguci sendiri melepaskan tembakan ke atas tubuh Pak Saidi yang sudah terbujur kaku. Laungan takbir imam dan penduduk kampung menggentarkan Mutuguchi, lalu dia beredar. Petang itu, Pak Saidi dikebumikan sebagai wira yang telah berjaya mengorbankan lima orang askar Jepun dan mencederakan 15 orang yang lain.
Sinopsis Bab 35, akhir: Perjuangan Belum Berakhir, muka surat 352 - 358
Pakih Muda menegah Sophia keluar bekerja, sebaliknya makan apa-apa yang ada sahaja. Tiada penduduk yang berani keluar bekerja dan berniaga kerana keganasan tentera Jepun. Pakih Muda sempat menuai padi sebelum perang meletus, tetapi Sophia mencampurkannya dengan pisang masak sebagai lauk dan ubi rebus untuk penjimatan.
Petang itu Mak Tijah memberitahu tubuh Fatimah, anak Sophia yang baru tujuh bulan itu panas. Pakih Muda memerah daun bunga raya untuk disapu ke tubuh Fatimah. Pada mulanya suhu badan Fatimah turun, tetapi menjelang tengah malam kembali panas. Hujan ribut berlaku dan keluarga Sophia bergelap kerana pelita terpadam. Tiba-tiba tubu Fatimah terasa kaku, sejuk dan tiada lagi denyutan jantungnya. Sebelum Zuhur keesokan harinya Fatimah disemadikan.
15 Ogos 1945
Jepun menyerah kalah kalah akibat bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. British kembali memerintah. Sekolah Kebangsaan Sungai ramal dibuka semula dan Sophia ditawarkan mengajar semula di situ. Pada hari pertama kebali bertugas, Sophia berkenalan dengan duda anak satu, Ustaz Ridwan dari Melaka. Perkenaan itu berakhir dengan ikatan perkahwinan kedua masing-masing.
Sophia dan dua orang anak lelakinya Mokhtar dan Zainuddin berpindah ke Melaka. Setelah empat tahun mengecapi kebahagiaan, Sophia disahkan menghidap leukimia (barah darah). Sophia kritikal empat tahun sesudah itu sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Watak dan perwatakan
Sophia / isteri Leftenan Adnan: tabah, menghadapi kehilangan suami dan anak bongsunya dengan redawalaupun sebagai insan biasa, dia tetap bersedih
Pakih Muda / ayah Sophia: panjang akal, berjya mententeramkan perasaan anaknya Sophia yang dirundung duka, serta mencari jalan untu merawat cucunya, Fatimah yang demam
Pak Saidi: berani, tidak gentar berhadapan dengan askar Jepun yang bersenjata api, sedangkan dia hanya berbekalkan keris pusaka
Jeneral Yamashita: pendendam, memerintahkan Mutuguchi mencari keluarga Leftenan Adnan di Sungai Ramal kerana adiknya terkoeban di tangan Leftenan Adnan
Leftenan Renya Mutuguchi: kejam, melepaskan tembakan terhadap Pak Saidi yang sudah pun terbunuh
Ustaz Ridwan / suami kedua Sophia: ikhlas, mengahwini Sophia kerana mahu melindungi wanita yang dirundung malang
Latar masyarakat
Masyarakat kampung yang bersatu padu
Masyarakat yang berani
Masyarakat yang pendendam
Nilai
Ketabahan
Keberanian
Keikhlasan
Persoalan
Ketabahan dalam menghadapi dugaan kehidupan
Keberanian ketika berhadapan dengan musuh
Keikhlasan dalam meringankan beban penderitaan orang lain
Pengajaran
Kita hendaklah tabah dalam mengharungi dugaan kehidupan
Kita hendaklah berani ketika berhadapan dengan musuh
Kita hendaklah ikhlas ketika menolong orang lain
Latar tempat
Kampung Sungai Ramal
Rumah Pak Saidi
Rumah keluarga Sophia
Latar masa
Malam kejadian hujan ribut
Sebelum waktu Zuhur
15 Ogos 1945
Perbincangan kbkk / kbat
...
...
...
No comments:
Post a Comment