SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, February 23, 2015

BAB 9, AKHIR NOVEL ‘PANTAI KASIH’ TINGKATAN 4 (UNBLESSED WEALTH)



Sinopsis Bab 9: muka surat 135 – 159

Dr. Uwang menelusuri jalan masuk ke Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) sambil memikirkan punca panggilan kecemasan Dr. Raiha pada pukul 11.45 malam itu. Uwang beranggapan bahawa bukan masalahnya jika berlaku kes kematian pesakit pun, misalnya Unong Siron. Uwang tergambar pesakit berterbangan liar kepadanya termasuk anak Raiha yang melecur parah. Walaupun kereta mewah merempuh bayangan itu berkecai, namun gambaran aneh itu datang lagi. Peristiwa Dr. Sadiz marah kerana Raiha melarikan Porsche kesayangannya bersama Ayu melintas kembali. Dia yang terpaksan menemani bapa saudaranya itu membeli petrol yang digunakan untuk membakar Porsche dan seterusnya menyambar Ayu di situ. 

Tiba-tiba gambaran ibu tua Unong Siron pula muncul. Dia mempersoalkan bayaran kos pembedahan yang begitu mahal. Uwang memaksa dirinya berlembut dengan menyatakan kesukaran mendapatkan jenis tulang gentian yang sesuai dari luar negara. Di dalam hati, Uwang tergelak kerana bayaran menjadi masalah keluarga pesakit. Ibu Unong Siron naik marah lalu menyalahkan kecuaian doktor di PRPK. Uwang memberi jaminan walhal di dalam hatinya hanya mahukan keuntungan. Wanita tua it uterus menyalahkan ubat antibiotik yang diberikan kepada anaknya. Uwang cuba menenangkan ibu Unong Siron kerana bimbangkan nada tingginya didengari oleh pesakit yang menunggu giliran. Wanita itu mengaku dirinya yang bersalah justeru mengadu kepada doktor mata duitan.

Namun, ibu Unong Siron terpaksa merujuk semula PRPK apabila kes itu tidak diterima di hospital kerajaan dan swasta lain. Dr. Uwang tidak menolak kerana baginya pesakit ialah wang. Uwang hanya menuruti kemahuan Dato Ontong untuk menjadi doktor, walhal dia meminati muzik. Uwang digilai ramai wanita, termasuk isterinya sekarang dan Raiha. Uwang mengatasi bapanya dari segi perniagaan kesihatan. Uwang berasa ibu Unong Siron sebagai dungu kerana masih masih mencari doktor berjiwa mulia sebagai pengabdi kemanusiaan. Barangkali pemuda penceroboh lebih sesuai dengan ciri begitu.

Dalam pada Uwang melayan suara aneh itu, pergelangan tangan dan lututnya terasa nyeri, tersentak nafas dan akhirnya tulang rahang dan tangan kirinya lumpuh. Uwang cuba mengawal kereta mewahnya dengan menekan brek, tetapi merempuh tembok garaj. Raiha yang kebetulan mahu pulang terdengar rempuhan itu. Namun, Raiha berkhayal pula terhadap arwah suami, Dr. Sadiz. Setelah Porsche miliknya sengaja dibakar, Sadiz membeli kereta mewah baharu. Malangnya, semasa keluar mahkamah, kereta berkenaan terperosok di bawah lori tangki minyak yang berhenti secara mendadak di kawasan lampu isyarat. Nasib Ayu yang disambar api ketika cuba dilarikan oleh Raiha sehari sebelum dihantar oleh Sadiz ke pusat rawatan khas sama dengan Sadiz yang renting di situ.

Sementara itu Dr. Uwang yang masih bingung dengan khayalan dan kemalangan yang dialaminya berasa sedang diusung ke bangunan PRPK. Pakaian seragam pembantu rawatan bertukar kepada pakaian pesakit berlumuran darah pada mata Uwang. Dia juga berasa seolah-olah dimasukkan dalam keranda beroda, walhal dia didorong ke meja bedah. Doktor pakar juga kelihatan seperti pesakit itu melakukan pemeriksaan terperinci akan kecederaan Uwang, dan mereka seolah-olah berbalah hebat. Mereka kedengaran seperti berkata penggantian jantung palsu, hati palsu dan otak palsu. Orang kanannya, Felicia Landosi cuba menahan proses pembedahan kerana mahu memastikan kemampuan pesakit membuat bayaran. Igauan Uwang terhenti demi terdengar suara Ariana Abdullah memberitahu Dr. Raiha tentang kemalangan berkenaan.

Dr. Raiha segera memberikan rawatan kecemasan. Ariana berasa hairan kerana tiada panggilan dibuat kepada Uwang, malah kebetulan isterinya tiba serentak menaiki teksi. Isteri Uwang menandatangani surat pembedahan dan penggantian anggota palsu. Uwang bertarung dengan bantahan batinya sendiri, serta bayang bekas pesakit yang dibedahnya. Usai pembedahan, Raiha terserempak dengan Felicia Landosi yang tersedu meminta maaf atas kejadian Rohayu disambar api. Felicia yang membeli minyak petrol dan mengikut Sadiz menjejaki kereta Porschenya yang dilarikan Raiha. Namun, dia tidak mengetahui niat Sadiz yang melepaskan geram membakar kereta mewanhnya sendiri lalu menyambar Ayu. Dia tidak tampil sebagai saksi perbicaraan kerana takut, tetapi peristiwa itu terus menghantui hidupnya. Raiha menghela nafas, menutup mata dan berdoa. Kemudian, Raiha memaafkan Felicia kerana mereka sama-sama mangsa kerakusan Sadiz dan Uwang. Raiha mahu dirinya dan Felicia keluar daripada bayangan peristiwa hitam yang dialami.

Watak dan Perwatakan

Dr. Uwang: kebendaan / materialistik (nama watak yang diberikan mirip sebutan ‘wang’)

Ibu tua Unong Siron: berani, berhujah dengan Dr. Uwang tentang kewangan dan etika kedoktoran

Dr. Raiha: pemaaf, segera memaafkan Felicia yang menceritakan kebenaran dia terlibat dalam kes kematian anak tunggalnya, Ayu bersama Dr. Sadiz dan Dr. Uwang

Ariana Abdullah: bertindak cepat, memaklumkan peristiwa kemalangan Dr. Uwang dengan segera kepada Dr. Raiha

Isteri Dr. Uwang / Puan Uwang:  setia, membuat keputusan segera menandatangai kebenaran pembedahan untuk menyelamatkan suaminya

Felicia Landosi: berterus terang, akhirnya membuat pengakuan jujur tentang kebenaran di sebalik peristiwa hitam yang mengorbankan Ayu, anak tunggal Raiha

Latar masyarakat

Masyarakat yang bersikap kebendaan . materialistic

Masyarakat yang pemaaf

Masyarakat yang bertindak cepat

Nilai

Kemurahan hati

Saling memaafkan

Kesegeraan

Persoalan

Sikap kebendaan yang memakan diri

Kemaafan terhadap kesilapan orang lain
Kesegeraan dalam tindakan


Pengajaran

Kita janganlah bersikap kebendaan / kita hendaklah bermurah hati

Kita hendaklah saling memaafkan sesama manusia

Kita hendak bertindak dengan cepat pada saat cemas / genting


Latar tempat

Di dalam kereta mewah Dr. Uwang

Di luar bangunan PRPK

Bilik bedah PRPK

Latar masa

Menjelang tengah malam

(Imbas kembali) hari keputusan mahkmah keluarga kes Raiha lawan sadiz


Perbincangan kbkk / kbat

Psikologi orang bersalah / tamak

Kepentingan kad insurans / takaful perubatan

Kebajikan pesakit kurang berkemampuan kewangan di hospital swasta

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih banyak-banyak cikgu