SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, February 17, 2015

MASALAH TEKANAN AIR DI ASRAMA SEKOLAH, SBP, MRSM, KOLEJ KEDIAMAN (THE URGENCY OF INOVATION FOR STUDENT'S WELFARE)

Pelajar yang pernah tinggal di asrama dan kolej kediaman hampir pasti memiliki pengalaman bekalan air terputus atau sekurang-kurangnya air yang keluar daripada muncung paip sekadar meleleh atau menitis. Perkara itu menimbulkan krisis pengurusan kebersihan diri dan pakaian. Pelajar juga terpaksa membuang masa mencari sumber air terdekat, atau mengambil jalan singkat membeli berbotol-botol air minuman komersial atau air mineral.

Masalah bekalan air di asrama dan kolej kediaman bukan suatu isu baharu, bahkan telah ada sejak wujudnya konsep asrama dan kolej kediaman itu sendiri. Kadang-kadang bekalan air adalah normal, tetapi intensiti penggunaan secara serentak dalam skala yang tinggi mengakibatkan tekanan air menjadi sangat rendah. Maka, suatu jalan bagi memajukan teknologi bekalan, saluran dan tekanan air ke asrama dan kolej kediaman perlu dicari dengan memanfaatkan kepakaran para jurutera awam dan sarjana sumber air.
Tangki air berkembar di MRSM Parit

Hujah paling mudah bagi menyedapkan hati penghuni asrama dan kolej kediaman ialah pengalaman yang dilalui sangat berharga, serta tidak dapat dibaca dalam buku begitu sahaja. Ayat klise itu hakikatnya suatu bentuk helah bela diri (defence mechanism) atau pelarian (escapism) bagi menutup kecuaian atau ketidakcekapan yang berlaku. Sampai bilakah penghuni asrama dan kolej kediaman yang terdiri daripada generasi Y dan Z boleh memaafkan kelemahan reka bentuk sistem kemudahan asas yang sudah berlarutan sekian lama?

Kemajuan kejuruteraan telah menambah baik pelbagai prasarana fizikal demi kesejahteraan masyarakat yang diburu kesibukan dan persaingan sepanjang masa. Apabila perkara asas seperti bekalan, saluran dan tekanan air masih di takuk lama bermakna sesuatu yang tidak kena menjadi punca. Cabaran itu patut disambut oleh komuniti kejuruteraan sumber air dan sarjana pengurusan sumber air untuk bergerak lebih laju ke arah pembaharuan teknologi yang inovatif.

Sebagai langkah kecemasan seandainya bekalan, saluran dan tekanan air masih bermasalah, pihak pentadbiran asrama dan kolej kediaman hendaklah menyediakan satu kawasan telaga yang menggunakan teknologi pam tradisional. Cara rawatan dan tapisan air supaya mematuhi bacaan pH yang dibenarkan juga boleh diusahakan. Maka, selain mengatasi masalah air dalam tempoh pemulihan yang pendek, penghuni asrama dan kolej kediaman akan belajar sesuatu, paling minimum menghargai kurniaan Ilahi.

...

...

...

No comments: