SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, January 1, 2010

KILAS TANGKIS VERSI 2010 MEMBUKA GELANGGANG (BADMINTON STAFF CLUB OF SMI MOVING TOWARD 2010)

Ipoh, 1 Januari 2010 / 15 Muharam 1431

Akhirnya, tahun 2009 menjadi sejarah. Kini, doa kita untuk dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki termakbul sudah. Maka, sama-samalah kita menjaga amanah kehidupan yang sebentar di dunia pinjaman ini. Demikian pesan para bestari dan budiman. Semoga kita mengambil ingatan.

Dari atas kiri: Prakas Rao, Chin, Zulkarnain, Ibrahim
Bawah dari kiri: Azmi, Abdul Aziz, Saiful, Shahruzzaman

Bijak pandai mengatakan bahawa "kesihatan ialah mahkota yang hanya dapat dilihat oleh si sakit". Maknanya, orang-orang yang merasakannya dirinya sihat kadang-kadang lupa untuk bersyukur kepada-Nya. Insan yang bersyukur akan berusaha supaya nikmat yang dikurniakan itu dapat dimanfaatkan ke arah tujuan hidup yang jelas dan cemerlang.

Kelab Kilas Tangkis yang bernaung di bawah Kelab Staf SMK St Michael, Ipoh (SMI) meneruskan agenda gaya hidup sihat untuk guru dengan melancarkan semula aktiviti pertemuan mingguan pada setiap hari Jumaat. Kebetulan cuti tahun baharu 2010, pertemuan diadakan pada sebelah pagi. Pada minggu-minggu seterusnya akan diadakan sebelah petang, kecuali jika hari Jumaat jatuh pada hari cuti atau kelepasan.

Kilas Tangkis telah kehilangan salah seorang tonggaknya, iaitu Maulid Ismail yang barangkali lebih diperlukan oleh kelab badminton di Perlis. Selain itu, as-Syeikh Ahmad Syakir masih dalam tempoh cuti sakit setelah menjalani pembedahan baru-baru ini. Kilas Tangkis mendoakan kesejahteraan kepada kedua-dua mereka. Moga kita dapat bertemu semula di gelanggang dalam tempoh yang terdekat, Insya-Allah...

Kilas Tangkis mempelawa pasukan lain mengadakan perlawanan persahabatan sepertimana tahun 2009. Walaupun Kilas Tangkis dianggotai pemain sambilan (namun, profesional dari segi kerjaya), daya saing yang ditampilkan senantiasa di tahap yang terbaik. Gabungan pemain awal dua puluhan hingga lewat empat puluhan menjanjikan adunan kepantasan dan pengalaman dalam pertarungan. Tambahan pula, baru-baru ini semua pemain Kilas Tangkis telah memiliki peralatan dan pakaian yang bertaraf pertandingan...

Kalah menang ialah adat permainan. Perkara yang lebih diutamakan ialah kemesraan, persahabatan dan kesihatan. Ketiga-tiga elemen itu menjadi bahagian penting dalam meniti kehidupan ini. Semuanya menjadi ibadah jika niatnya betul dan caranya juga kena...

6 comments:

SMI Old Boys said...

syabas kilas tangkis...

sudikah kilas tangkis bermain dengan pemain2 badminton dari SMI OLD BOYS?

diharap satu perlawanan persahabatan dapat dijalankan bagi mengeratkan silatulrahim di antara bekas pelajar SMI dan juga guru-guru SMI...

Anonymous said...

terima kasih atas perhatian

kilas tangkis sudah bersedia

harap old boys senaraikan nama pemain

venue: kompleks mbi

William Yaw said...

i wish i could join but i am too far away.. what a pity.. wish you guys best of luck and have a wonderful new year.

Anonymous said...

beri tip pada mr zul cara untuk mengekalkan stamina pemain 40-an...

William Yaw said...

cikgu zul yg mana? ayah angkat saya?

Anonymous said...

ya... mendahului hingga pertengahan set, habis angin pada penghujung saingan...