SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, March 5, 2011

AMAL JARIAH MEMPERKASA MASYARAKAT (PURCHASING POWER GENERATES ECONOMIC ACTIVITY)

Kesempatan bersua dengan senior ketika di UKM dahulu sedikit sebanyak menyingkap kenangan lama. Penulis blog (PB) terserempak dengan Dr. Haji Abdul Malek Awang Kechil, akauntan bertauliah yang kini Ketua Pengarah, merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Restoran Pondok Minang, bersebelahan Hotel Casuarina, Ipoh. PB pernah mengunjungi banglo YaPEIM di Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur tidak lama setelah Dr. Abdul Malek diberi tanggungjawab menerajui Yapiem yang baharu dijenamakan semula.

Walaupun PB mengenali Dr. Abdul Malek menerusi rakan lain, beliau masih dapat mengecam PB secara sipi-sipi. Beliau ke Ipoh atas urusan rasmi dengan kerajaan negeri Perak. Dalam perbualan ringkas, Dr. Abdul Malek memberitahu bahawa Yapeim masih beroperasi di premis berkenaan sebagai ibu pejabat (walaupun kegiatan yang dilaksanakan menjangkau peringkat antarabangsa). Di samping mengumpul dana menerusi skim amal jariah, Yapeim mempunyai cabang pelaburan dan pembiayaan yang tersendiri.

Sebagai contoh, skim Ar-Rahnu Yapeim diberi tanggungjawab melaksanakan pembiayaan mikrokredit untuk menyalurkan bantuan modal dan bimbingan kepada golongan berpendapatan rendah yang berminat dalam bidang keusahawanan. Pembiayaan mikrokredit diasaskan di Bangladesh dan kisah lengkap berkenaan susah payah pengasasnya boleh dibaca dalam karya rujukan dunia pengurusan, The Blue Ocean Strategies. 

bersambung...

No comments: