SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, March 7, 2011

FUNGSI PENGGUNAAN DAN FUNGSI TABUNGAN (CONSUMPTION AND SAVING)

Kajian makroekonomi tentang keseimbangan pendapatan negara dimulai dengan persamaan Y = C, iaitu jumlah pendapatan sama dengan jumlah penggunaan. Oleh  C ialah bahagian Y yang dibelanjakan, ayat laras ekonomi yang lebih tepat untuk persamaan asas tadi akan berbunyi:

          Ceteris paribus, semua pendapatan telah dibelanjakan

Walaupun demikian, dalam realiti tidak semua pendapatan akan dibelanjakan. Sebaliknya, sebahagian pendapatan akan ditabungkan. Maka, persamaan asas tadi dikembangkan menjadi Y = C + S.

Tabungan ialah bahagian pendapatan yang tidak dibelanjakan. Persamaan atau rumus di atas boleh diubah kepada:  C Y S, atau  C.

Berapa besar saiz C atau berapa kecil saiz S sangat dipengaruhi oleh kecenderungan mengguna sut (MPC, marginal propensity to consume), dan kecenderungan menabung sut (MPS, marginal propensity to save).

MPC ialah nisbah antara perubahan penggunaan dibandingkan dengan perubahan pendapatan. Dalam rumusnya:

          MPC  =  C/Y

MPS  ialah nisbah antara perubahan tabungan dibandingkan dengan perubahan pendapatan. Dalam rumusnya:


          MPS  =   S/Y

Nilai MPC dan nilai MPS disebut dalam bentuk perpuluhan kurang daripada 1, atau boleh juga disebut dalam bentuk pecahan. Sebabnya:


           Y  =  C  +  S   .................................................  (1)


           Y/Y = (C/Y) + (S/Y)  ..................................  (2)


                1  =  MPC + MPS  ............................................ (3)


             MPC  =  1 - MPS  ...............................................  (4)


             MPS  =   1 - MPC  .............................................   (5)


Fungsi penggunaan boleh diterangkan menerusi kaedah gambar rajah, atau kaedah persamaan. Secara gambar rajah, fungsi penggunaan menunjukkan hubungan antara penggunaan dengan pendapatan; manakala fungsi tabungan ialah keluk yang menunjukkan hubungan antara tabungan dengan pendapatan. Dalam bentuk persamaan matematik:


          C  =  a  +  bYd                }       a  =  penggunaan autonomi
                                               }      -a =  makan tabungan lepas (dissavings)
          S  =  -a  + (1- b)Yd           }        b =  MPC
                                               }     Yd = pendapatan boleh guna


Dalam persamaan asas Y = S, hanya penggunaan (dan tabungan) isi rumah yang diambil kira. Tiada komponen pelaburan (I firma), dan tiada campur tangan kerajaan (G = perbelanjaan; T = cukai). Disebabkan tiada T, maka Yd = Y.


          Yd  =  Y  -  T;  apabila T  =  0,  maka  Yd  =  Y - 0   ==>   Yd = Y

Katakan diberi penggunaan autonomi = RM100 juta, MPC = 0.8, maka fungsi C, S ditulis sebagai:

          C  =  100  +  0.8Yd;        S  =  -a  +  0.2Yd

No comments: