Monday, March 28, 2011
MENJANA ISI KARANGAN MENERUSI KAEDAH PENYELURUHAN (GENERIC LEVEL OF DOMAIN AND PARADIGM)
Buntu ketika proses menulis ialah suatu pengalaman yang biasa. Penulis yang ternama juga kadangkala menghadapi keadaan yang sama, tetapi lebih cepat menemui jalan keluar kerana telah memiliki kerangka idea asas. Maka, murid dan dan pelajar disarankan untuk mempelajari beberapa "rahsia" asas yang mungkin dapat membantu mereka melepaskan diri daripada perangkap kebuntuan.
Perbincangan ini hanya memberi tumpuan kepada tujuan penulisan karangan peringkat sekolah dan peperiksaan, dan juga mungkin boleh digunakan untuk penulisan popular. Penulisan ilmiah dan penyelidikan tentulah sama sekali berbeza bagi memenuhi keperluan kaedah dan piawaian pemerolehan data yang khusus. Sebaliknya, penulisan karangan biasa dan popular hanya bermodalkan input minda dan pen.
Antara golongan yang paling banyak menulis karangan ialah kaum wartawan. Mereka perlu bersaing untuk mendapat "scoop", atau pemberitaan yang boleh dijual kepada pembaca. Di samping itu, terdapat bahagian artikel pendek dan rencana yang ditempatkan di bahagian dalam sesebuah penerbitan akhbar atau majalah.
Kaedah asas menulis berita ialah 5W - 1H, iaitu
W = what, apa
W = who, siapa
W = when, bila
W = where, di mana
W = why, mengapa
H = how, bagaimana
Tidak semestinya semua 6 elemen itu mesti ada, atau mesti mengikut tertib susunan. Dalam konteks penulisan karangan biasa dan menulis konsep atau takrifan, kaedah 5W - 1H sangat sesuai. Misalannya, tugasan tentang cara-cara menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat:
Apakah kehidupan sihat yang dikehendaki?
Siapakah yang boleh mempengaruhi pemikiran masyarakat?
Bilakah waktu yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada kelompok sasaran yang berlainan?
Di manakah tempat yang tepat untuk menyampaikan mesej, atau menguatkuasakan peraturan?
Mengapakah golongan tertentu menjadi keutamaan?
Bagaimanakah bentuk penyampaian mesej gaya hidup sihat dapat disebarkan?
Soalan-soalan yang dibentuk dapat membantu penulis membina penyeluruhan (generalisasi) supaya karangan tidak hanya berkisar kepada satu idea tunggal. Kebolehan ini bukan sahaja penting dalam merangka karangan, bahkan dalam menulis isi tersirat rumusan, atau menjawab soalan aras kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (kbkk).
Selain itu, kaedah akronim, singkatan ejaan atau cerita kelakar juga boleh digunakan...
bersambung :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment