SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, March 11, 2011

ANGKARA GOLONGAN MUNAFIK (THE SHADOW-SIDE OF DECEPTION)

Perkara yang paling berharga dalam kehidupan masyarakat Islam ialah iman mereka. Tiada kompromi tentang kedudukan iman yang membezakan mereka dengan masyarakat yang lain. Ikatan iman (aqidah) mengatur kehidupan masyarakat Islam dalam melaksanakan segala peraturan dan undang-undang (syariat) dan kod pembawaan (akhlak) mereka.

Sejak kewujudan Adam dan Hawa lagi, iman ialah perkara yang paling utama yang hendak dipertahankan. Malah, kesesatan iblis disebabkan keengganan sujud kepada Nabi Adam alaihi's-salam seperti yang dilakukan oleh para malaikat. Sejak itu, iblis telah memohon penangguhan bagi menyeret seberapa banyak manusia supaya turut sesat hinggalah hari yang ditentukan (kiamat).

Iblis, syaitan dan bala tenteranya berusaha merekrut pelbagai golongan manusia yang benci kepada iman dan kebenaran. Dalam al-Qur'an, istilah al-kafirun, fasik dan munafik merujuk kepada seteru masyarakat yang beriman kepada Allah. Golongan munafik misalnya melakukan penyamaran untuk menyusup masuk dan mengelirukan masyarakat yang beriman supaya niat jahat yang mereka sembunyikan tidak ketahuan.

Si munafik akan berpura-pura memihak kepada masyarakat yang beriman, tetapi secara diam-diam dan halus, mereka cuba menanam perasaan ragu dan syak kepada orang-orang beriman. Si munafik juga akan mengadu domba dan menelek-nelek ruang bagi memecahkan kekuatan umat dari dalam. Orang-orang beriman perlu menghindari sifat-sifat nifaq (ciri munafik) dan menjauhi seruan yang didapati ada elemen itu, tetapi dilarang melabel golongan yang disyaki, justeru dikhuatiri akan berbalik kepada diri sendiri.

Senjata bagi orang beriman ialah doa. Memandangkan kehadiran golongan munafik yang begitu licik, maka umat hendaklah sentiasa berdoa agar tidak akan terjebak dengan pesona munafik walau sebesar zarah sekalipun. Umat juga hendaklah sentiasa berwaspada dengan gerakan-gerakan popular yang cenderung ke arah itu...

(sedutan mimbar Jumaat)

No comments: