SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, March 8, 2011

PENGGANDA PELABURAN (MULTIPLIER EFFECT IN ECONOMY)

Pengganda ialah ukuran tentang perubahan dalam pendapatan negara sebagai akibat perubahan dalam perbelanjaan agregat (AE). Dalam analisis keseimbangan 2 sektor, nisbah perubahan dalam pendapatan negara dibandingkan dengan perubahan dalam perubahan pelaburan. Secara rumus, pengganda ekonomi 2 sektor diringkaskan seperti berrikut:

          M  =    Y ÷ I

           pengganda

           pendapatan negara

           pelaburan

Rumus di atas boleh diubah-ubah mengikut keperluan penghitungan. Misalannya:

            ∆Y = M.∆I


Perubahan pendapatan negara berlaku sebagai akibat perubahan perbelanjaan agregat menerusi proses pengganda. AE boleh berpunca daripada perubahan suntikan (secara langsung), atau akibat perubahan bocoran (secara tidak langsung).

Pengaruh MPC terhadap pengganda

Bagi memperoleh keseimbangan pendapatan negara, suntikan mesti sama dengan bocoran (J = W).

Dalam ekonomi 2 sektor, pelaburan hendaklah sama dengan tabungan, I = S, atau I  =  S 

Maka persamaan M = ∆Y ÷ ∆I boleh diubah kepada M = ∆Y ÷ ∆S ........... (1)

Persamaan (1) di atas boleh dimudahkan lagi dengan membahagikan kedua-dua ∆Y dan ∆S dengan ∆Y:

M  =   ∆Y ÷  ∆Y  /  ∆S ÷ ∆Y  ............  (2)

M  =   1 / MPS  -----------  (3)

M  =   1 / (1-MPC)  -----------  (4)

M  =    1 / (1-b)  ................  (5)


Merujuk persamaan (3), pengganda (M) juga boleh disebut sebagai 1 / kecenderungan membocor sut

MPS mengukur kebocoran yang akan mengecilkan saiz aliran pusingan pendapatan akibat tabungan

b dalam persamaan (5) merujuk kepada MPC dalam persamaan fungsi penggunaan C = a + bYd
 
Contoh:

Andaikan fungsi penggunaan ialah C = 100 + 0.8Y, fungsi pelaburan I = 40, dan berlaku pertambahan pelaburan (+∆I) sebanyak RM10 bilion.

a)  Nilai pengganda:  M  =  1 / (1 - 0.8)  =  1 / 0.2  =  5


b)  Apabila +∆I  =  10,  Y = M.∆I  =  5  X  10  =  RM50 bilion


   (selepas berlaku tambahan pelaburan sebanyak RM10  bilion, pendapatan negara bertambah sebanyak RM50 bilion akibat proses pengganda)


c)   Kesan perubahan pendapatan ke atas penggunaan


      M = ∆Y ÷ ∆C

       ∆C =  M  X  ∆Y

     ∆C  =  5  X  0.8  =  RM40 bilion
   (pertambahan pendapatan sebanyak RM50 bilion membawa pertambahan penggunaan sebanyak RM40 bilion)


d)    Kesan perubahan pendapatan ke atas tabungan


       M = ∆Y ÷ ∆S

       ∆C =  M  X  ∆Y      

       M  =  50  X  0.2  =  RM10 bilion

       (pertambahan pendapatan sebanyak RM50 bilion membawa pertambahan tabungan sebanyak RM10 bilion.

No comments: