SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, March 2, 2011

HIJRAH PAK DOLAH DALAM DRAMA "1400" KOMSAS TINGKATAN 5 (THE BLACK MAGIC WEALTH)

Drama dimulai dengan lantunan berlagu kisah Dolah Capik dan Siti Rahimah (berpenyakit kusta) yang telah lama berlaku, tetapi mereka berdua "muncul" semula setiap kali remang senja di tepi laut. Imbas kembali cerita perbualan Dolah dengan Soud tentang nasib dirinya, sambil menyatakan tekadnya untuk menjadi kaya denagn apa-apa cara pun. Seterusnya, Dolah sanggup membantah Maulana yang sedang mengajar di surau bahawa orang batil (pembohong) begitu kaya dan berkuasa. Dolah kemudiannya mendapatkan khidmat pawang dan jin tanah. Dolah tega (sanggup) mengheret mayat ibunya sendiri untuk ditanam di bawah rumah sebagai syarat jin membawa harta karun dan emas permata curi kepadanya. Setelah kaya, Dolah menempah kaki palsu, pakaian mewah, khidmat jurusolek dan arkitek. Namun, usaha Dolah meminang anak menteri dan anak wakil rakyat gagal justeru mereka mempersoalkan sumber kekayaannya. Akhirnya, Dolah menerima Doli yang berjaya memujuk Dolah menceritakan rahsia kekayaannnya.

II

Dolah membeli semua tanah orang kampung untuk memelihara kuda. Sungai tercemar teruk, dan sekalian penduduk kampung menderita penyakit bawaan kuda, khususnya anak-anak kecil yang cacat dan dungu. Dolah berkahwin pula dengan Intan Siti Rahimah yang rajin ke surau dan mengambil berat tentang nasib orang kampung walaupun ditegah oleh Dolah. Siti yang hamil mengidam udang galah, ikan sungai dan pucuk paku kampung walaupun Dolah mahu mendapatkannya dari luar negeri. 

III

Dalam mesyuarat orang kampung, Pak Sudin tidak mahu semua masalah yang menimpa penduduk disalahkan sepenuhnya kepada Dolah, dan konconya Abu Lahab, kerana mereka sendiri yang sanggup menjual tanah. Sedang mereka berhujah, masuk Tipah (isteri Leman) yang sarat mengandung dirasuk hantu kuda yang tidak kelihatan kepada orang lain. Romli menyokong Leman apabila Pak Sudin tidak mahu Dolah dibabitkan. Romli menuduh Pak Sudin tali barut Dolah menyebabkan Pak Sudin dan orang-orangnya marah dan keluar. Haji Sabri cuba menenangkan Romli dan Leman supaya orang kampung tidak berpecah belah.

IV

Di tempat berburu, Dolah disondol seekor binatang seakan-akan babi. Dukun berusaha memulihkan Dolah dengan menyeru-nyeru Moyang Sungai, moyang Hutan dan Moyang Binatang. Sementara itu, di mahkamah terbuka orang-orang kampung, Abu Lahab dan isterinya dimasukkan ke dalam guni, kecuali bahagian muka. Hakim menolak tuntutan supaya tertuduh ditanam hidup-hidup hingga ke pangkal leher di dalam sebuah busut. Sebaliknya, apabila Abu Lahab dan isteri menyatakan rasa insaf, serta sanggup menebus tanah orang-orang kampung denga n kekayaan yang dikumpul sebelumnya.

V

Mak Som Bidan menceritakan perihal Intan Siti Rahimah melahirkan anak yang mirip babi hutan. Mak Som tidak percaya bahawa Siti Rahimah yang begitu baik dan rapat dengan orang-orang kampung menerima nasib demikian. Sebaik sahaja memandang anaknya, Dolah terus mengamuk, lalu menghalau Intan keluar dari kampung dalam kepekatan malam dan hujan lebat. Kemudian Dolah mengigau ternampak jin tanah membawa harta karun. Dolah mengejutkan Doli untuk mengambil periuk emas yang penuh harta karun. Tiba-tiba masuk mayat ibu Dolah yang tidak kelihatan pada Doli. Mayat ibunya meminta Dolah bertaubat dan berhijrah dari kampung itu. Dolah memohon ampun Ilahi sambil membaca surah al-Falaq. Sekonyong-konyong, Doli dan periuk emas lesap. Dolah mendukung mayat ibunya.

VI

Arkitek, tukang pinang, jurusolek dan doktor menagmbil semula barang masing-masing daripada Dolah kerana mendakwa diberi cek palsu. Anehnya, Dolah sudah tidak capik lagi. Dolah berhijrah dan bekerja menjual air, dan sebelah malamnya bersolat, serta membaca kitab. Dolah tidak dapat mengecam Siti Rahimah yang bersentung (berkain sarung menutupi muka), kini anak angkat Pak Imam dan bekas pesakit kusta. Dolah  merapati Siti Rahimah, tetapi Siti Rahimah menafikan dia Intan Siti Rahimah. Dolah menyatakan hasrat untuk menjadikan anyaman Siti Rahimah sebagai reka bentuk hiasan ukiran masjid di seberang sungai. Dolah menghadiahi Siti Rahimah purdah, dibalasi senaskhah al-Quran.

VII

Pak Long membawa berita Dolah karam di sungai. Siti Rahimah kemudian keluar dengan beg kecil untuk mencari Dolah. Pak Long yang tidak pernah bertanya asal usul Siti Rahimah tidak mampu menahan Siti Rahimah pergi, melainkan mendoakan keselamatan Siti Rahimah dan Dolah. Drama diakhiri dengan lantunan berpuisi sang pengucap (pencerita, narrator) kononnya beratus-ratus tahun lamanya, setiap kali senja di tepi sungai, Siti Rahimah yang berpurdah, tetapi tidak berpenyakit kusta, setia menunggu Dolah yang menghias masjid di seberang. Nelayan tidak bernai menyapa, datuk nenek menegah...


Perbincangan

Tema drama:

Pembalasan yang diterima akibat sikap lupa diri hingga membawa perpisahan walaupun telah kembali ke pangkal jalan.

Persoalan:

1   Sikap tidak bersyukur membawa padah:  Dolah Capik sanggup melanggar larangan agama kerana malu dengan dirinya yang cacat dan miskin;

2   Sikap menyalahkan orang lain atas kebodohan diri sendiri: Orang kampung hanya menyalahkan Dolah yang membeli semua tanah mereka, sedangkan mereka yang terpengaruh dengan pujukan Abu Lahab, konco Dolah

3   Sikap prasangka membawa perpecahan:  Tuduhan Romli terhadap Pak Sudin sebagai tali barut Dolah menyebabkan Pak Sudin dan orang-orangnya meninggalkan mesyuarat

4   Kemuliaan hati menolong orang yang mengalami kesusahan:  Tuk Imam sanggup mengambil Siti Rahimah sebagai anak angkat walaupun dikatakan menderita penyakit kusta.

5   Sikap rendah diri dalam pergaulan:  Intan Siti Rahimah menolak layanan istimewa orang kampung kepadanya. Contohnya, hanya duduk di atas tikar mengkuang, walaupun dihamparkan tilam yang empuk.

6   Kesanggupan meninggalkan kesenangan untuk bertaubat:  Dolah akur dengan "nasihat mayat ibunya", seraya (lalu) berhijrah meninggalkan kekayaan yang dikumpul dengan jalan yang salah.

3 comments:

along-fizah-2011 said...

Assalamualaikum,
Saya nak tanya kenapa nama drama tersebut ialah 1400, Apakah kaitannya sengan drama tersebut?

pengunjung blog said...

barangkali 1400 itu ialah hijrah. pak dolah mulanya capik, kemudian jadi kaya, akhirnya miskin semula tetapi lebih mulia.

perubahan daripada keadaan bahaya / keburukan kepada keadaan selamat / kebaikan ialah hijrah sebagaimana yang berlaku dalam sejarah Islam lebih 1400 tahun silam. Wallahu a'lam.

Anonymous said...

apa teknik plot drama ni?