SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, March 4, 2011

AMANAH YANG PERLU DITUNAIKAN (TRUSTWORTHY AS A BENCH MARK)

Amanah ialah perkataan yang hanya memiliki 6 aksara, dan 3 suku kata. Amanah mudah dilafazkan oleh sesiapa jua. Namun, amanah ialah suatu konsep yang berat dan paling sukar untuk dilaksanakan oleh kebanyakan manusia.

Secara paling mudah, amanah ialah tentang memelihara kepercayaan. Apabila seseorang itu diberi kepercayaan untuk menjaga sesuatu harta, atau menjaga sesuatu pekerjaan, mampukah dia menunaikan amanah itu secara total? Adakah dalam pekerjaan misalnya, dia telah memberikan tahap kesungguhan yang optimum, serta tidak pernah mengkhianatinya dengan bermacam-macam helah dan justifikasi?

Mengapakah begitu berleluasanya pecah amanah dalam bentuk penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah daripada pelbagai peringkat organisasi? Sejarah mencatatkan betapa banyaknya pemerintah negara yang zalim, iaitu sentiasa membohongi rakyat jelata dengan harapan palsu, atau kata-kata yang muluk, sedangkan merekalah penyangak terhormat yang begitu rakus merompak kekayaan negara untuk diagih-agihkan dalam kalangan suku-sakat dan konco-konco mereka tanpa rasa bersalah dan malu. Tembelang mungkin dapat ditutup dalam satu-satu masa, tetapi tidak untuk sepanjang masa.

Demikianlah juga mereka yang memiliki kuasa dan pengaruh dalam mana-mana organisasi rasmi dan tidak rasmi. Jika pemegang amanah memilih untuk memberi hak kepada pihak yang tidak layak semata-mata atas dasar hubungan, sambil mengenepikan calon yang lebih layak, lambat-laun mereka bakal berhadapan dengan balasan di dunia dan di akhirat. Walaupun kriteria "layak" itu boleh dimanipulasikan, doa pihak yang dizalimi dan teraniaya tidak ada hijab.

Amanah sesama manusia ialah hubungan berbentuk mendatar. Bagaimanakah pula amanah dalam konteks hubungan menegak dan hubungan transenden? Apakah amanah yang perlu ditunaikan oleh seseorang manusia kepada Yang Maha Pencipta?

Apakah pula amanah manusia terhadap alam sekitar? Adakah manusia sama-sama memulihara ekosistem atau bertindak melakukan kerosakan di muka bumi? Mengapakah segelintir manusia yang jahat sanggup menyakiti muka bumi yang indah ini?

Dalam konteks diri sendiri, keluarga, masyarakat (terutama tetangga), masyarakat, negara dan ummah, adakah segala amanah telah dipenuhi? Tentulah senarainya panjang sekali, dan sukar bagi melakukannya sekali gus. Dengan mengambil kira segala kekangan, sebenarnya manusia masih mampu menunaikan amanah, justeru Allah tidak sekali-kali membebankan manusia melainkan berdasarkan kemampuan yang dimiliki...

(sedutan Mimbar Jumaat)

No comments: